Assalamualaikum and selamat sejahtera..
Korang semua sihat?? Ada yang demam ke? Kalau ada, rajin-rajin la minum air masak ye. Jangan lupa makan ubat. Kalau tak ok jugak, pergi la jumpa doktor ye. Hehe. Amboi Cik Rimau ni kan.. Nasihat orang bukan main lagi. Padahal diri sendiri pun baru baik demam yang memakan masa hampir dua minggu jugak untuk kembali sihat macam biasa. Ya.. Betul ni. Aku dah sihat and aku sangat happy. Hehe. Tapi masalah telinga belum settle 100% lagi ni. Kejap ok kejap tak. Nasib baik la pendengaran tak terganggu. Alhamdulillah..
![]() |
Esok Isnin ye kengkawan. Bekerja la kita sekuatnya. Adoooiii.. (Gambar pinjam kat Pakcik Google.) |
Hurrrmm.. Esok hari Isnin. Monday Blues orang office aku panggil. Or mungkin korang semua pun guna istilah yang sama untuk menggambarkan betapa beratnya hati nak pergi kerja or kelas pada hari Isnin. Betul tak kawan-kawan semua? Sama la dengan aku. Rasa malas je nak bangun awal. Lebih-lebih lagi pada hari Isnin. Faham-faham jela kalau dah dapat rehat dua hari kat rumah. Mula la rasa malas nak kerja. Kalau boleh rasa nak sambung je rehat lama-lama kat rumah. Tapi apakan daya. Dah itu tanggungjawab kita pada kerja. Nak tak nak kena la paksa diri untuk pergi jugak kerja or kelas walaupun dalam kepala membayangkan betapa happy nya kalau dapat lepak-lepak kat rumah. 

Esok mungkin satu lagi hari yang busy bagi aku and kawan-kawan office yang lain. Terutama sekali kawan-kawan dari Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang merangkumi Seksyen Kewangan, Seksyen Pentadbiran, Seksyen Sumber Manusia and Seksyen Teknologi Maklumat. Esok akan diadakan raptai penuh untuk Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2010 jabatan aku. Kemungkinan besar, semua staff BKP terlibat. So, mungkin sehari suntuk kitorang kena bertapa kat dewan (tak ingat nama dewan tu) Puspanitapuri, Putrajaya tu. Mesti bosan kan... Haisshh..
Nota Cik Rimau : Cik Rimau dah sihat. Tapi kan.. Nampaknya demam tu dah berpindah kat adik and abang Cik Rimau pulak la. Haha. Kawan-kawan kat office pun Cik Rimau perasan ada yang macam nak demam dah. Apa citer ni.. Huk huk huk. Alhamdulillah dah sihat. Tak mau demam dah. Hehe. :-)
4 ulasan:
huhuk..cik rimau telah menjadi penyebar virus demam.hehe
haha..Alhamdulillah dah cihat..
azhan : adeh.. mane de la.. xbaik tau ckp gitu.. antibodi dorg yg lemah.. hik3
bunga : alhamdulillah.. lega ni.. hehe
Catat Ulasan