Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

06 Jun 2011

Raptai Penuh APC

Assalamualaikum and selamat malam semua..


Harini agak penat sikit. Balik pun lambat. Area pukul 7.50 malam baru jejak kaki kat rumah. Maunya tak letih. Penangan APC esok la ni. Area pukul 10.30 pagi tadi semua staff Bahagian Khidmat Pengurusan gerak pergi Puspanitapuri kat Putrajaya tu. Sampai je kat sana, masing-masing buat kerja seperti yang dah dipersetujui sebelum ni. Staff seksyen aku duduk je mula-mula tu. Sebabnya, kebanyakan staff seksyen aku terlibat dengan benda-benda belakang pentas, pendaftaran and barang-barang untuk majlis esok. Untuk susunan and hiasan dewan, seksyen lain yang uruskan. Tapi aku and Ila Kecik ada la jugak tolong dorang. Bosan kot duduk diam tak buat apa-apa. 


Maybe disebabkan kitorang tak banyak kerja kena buat harini, bos asyik paksa aku and staff SSM yang lain untuk berlakon jadi VVIP la, penerima anugerah la. Macam-macam watak dah kitorang lakonkan. Walaupun jadi penerima olok-olok je, aku tetap rasa nervous nak naik pentas pergi ambik sijil. Macam betul-betul pulak rasanya. Haha. Aku rasa la kan, kalau la ditakdirkan satu hari nanti ada rezeki dapat jadi salah seorang penerima APC, mau aku boikot tak nak pergi ambik sijil kat pentas. Kecut siot. Kih kih kih.


Lepas semua benda dah boleh dikatakan settle, kitorang gerak balik ke office. Tak silap aku, kitorang sampai office balik pukul 5.30 petang. Lebih kurang masa tu la. Sampai office tu bukannya kitorang terus balik rumah pun tau. Kitorang kena pulak settlekan folder-folder sijil. Sudahnya, 7.10 malam baru dapat balik (aku ingat sebab aku tengok jam masa keluar dari office.. hehe). Mujur sampai kat tempat bas, terus dapat naik bas. Kalau terlepas tu, mau terlepas Maghrib. Huhu. Nasib baik sempat.


Ok. Korang tengok jela gambar ni. Sikit je aku snap. Asyik ke hulu ke hilir je. Tak sempat nak tangkap banyak-banyak. 

Masa nak gerak ke Puspanitapuri. Muka-muka lapar tak sempat sarapan. Makan atas bas jela jawapnya. Huhu.
Piala pusingan untuk Anugerah Mithali KP. Tertanya-tanya ni. Siapa la gerangan penerimanya ni ek. Hurmm..
Ahli -ahli koir jabatan yang tengah tunggu dipanggil ke pentas sambil buat latihan.
Pelakon-pelakon undangan yang dipaksa jadi VVIP. Hak hak hak.
Banyak gila ikan kan? Geram aku tengok. Terus aku snap. Risau je handphone aku jatuh dalam kolam tu. Haha.
Dewan makan yang dah siap disusun untuk majlis esok.

Ok la korang. Ini jela kot aku sempat merepek. Malam ni mungkin tak sempat lawat blog korang. Aku nak tidur awal. Esok kena ada awal kat office. Kalau tak kena tinggal da.. Adeh.. Aku mintak maaf ye korang semua. Huhu.



Nota Cik Rimau : Harini Cik Rimau sampai office pukul 6.40 pagi tau. Apa mimpi pergi awal harini, Cik Rimau pun tak tau. Agak-agak esok boleh tak sampai office macam pagi tadi?? Harap boleh la. Hehehe.

2 ulasan:

Ayie Abas berkata...

CIK IJA...hehe..NAMPAK MCM MERIAH AJE MAJLISNYA....RAPTAI APC...??? APA BENDA tuu...???

Cik Rimau berkata...

Ayie : uik.. cik rimau ade bgtau la APC tu ape.. hurmm.. actually, APC tu singkatan utk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.. semalam ade full rehearsal utk majlis tu.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...