Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

12 Jun 2011

...

Assalamualaikum and salam sejahtera..


Dah dua hari takde entri baru. Mood blogging agak kurang dua tiga hari ni. Ditambah dengan rasa malas yang melampau. Sebab tu la bersawang je blog ni. Lagipun dah dua hari aku tidur awal. Pukul 9 malam dah lelap. Awal gila kan? Mana la nak sempat update. Hurrrmm..


Hujung minggu ni agak bosan. Takde ke mana pun. Semalam je ke office. Mulanya aku nak bawak adik aku je buat kawan. Sekali abang aku pulak mengamuk sebab tak dapat ikut. Siap hempas-hempas barang lagi tu. Malas nak panjangkan problem, bawak jela sekali. Habis cerita. Nasib baik la semalam tak ramai yang OT. Yang ada pun Kak Ziha and Kak Su je. Kalau tak mesti ramai yang tanya, kenapa aku bawak adik and abang aku sekali. Huhu.


Semalam aku balik dekat-dekat pukul 3 kot. Sampai kat Central Market (CM), aku dengar bunyi macam orang nyanyi. Konon nak berhenti la sekejap kan. Sekali tengok, semua orang kat bawah khemah yang kat depan pentas tu pandang kat aku. Pelik jugak aku. Bukan sorang dua yang pandang. Semua sekali ok. Terpaksa la aku batalkan niat nak singgah tengok-tengok kejap. Terus halakan kaki ke dalam CM tu. Beli air mineral. Pastu balik rumah. Lagi bagus. Hehe.


Hurrmm.. Esok aku kena pergi kementerian sekejap. Baru teringat lor.. Adeh.. Sape la punya kerja letak nama aku, Kak Su and Abang Mat untuk pergi perhimpunan bulanan tu. Malas betul. Kalau perhimpunan bulanan jabatan, ok la jugak. Ini kementerian punya. Tak pernah-pernah aku pergi. Dah la campur dengan semua jabatan. Macam mana la esok kan. Pergi pulak dengan akak yang suka bajet bos tu. Mati kutu aku esok. Haiisshhh..



Nota Cik Rimau : Cik Rimau nak Hazama menang boleh tak??? Hehehehe...

6 ulasan:

kay_are berkata...

same r.. dah lame gile tak online.. bile dah keje.. tibe mase time bz.. blog pun terpakse r kite lupekan jap.. g kementerian? bukan senang tu.. peluang datang sekali je tau.. hee

ske lagi fina menang ^__^

Mohamadazhan hjDesa berkata...

selamat bertugas dengan ceria =)

Bapak berkata...

memang hazama menang pun..hhehe

Cik Rimau berkata...

kay_are : tu la kan.. bile da keje ni, byk yg kena korbankan.. mase brsame family pon terpakse dikurangkan.. haisshh.. (hazama menang.. hehe)

Cik Rimau berkata...

azhan : hehe.. tq yer..

Cik Rimau berkata...

Bapak : yup.. cik rimau happy.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...