Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

30 April 2011

Jangan Jadi "Talam"...

Assalamualaikum and selamat malam..


Sekali lagi membebel. Saja nak story something yang membuatkan aku rasa sebal je bila pandang someone tu. Haha. Korang nampak kan tajuk tu. Jangan jadi talam. Talam yang aku maksudkan bukan talam yang buat hidang makanan tu. Bukan ye kawan-kawan. Talam yang aku maksudkan, perumpamaan yang selalu kita gunakan untuk merujuk kepada seseorang yang suka bermuka-muka. Tak tau jugak? Adeh.. Talam dua muka tu la. Huhu. Faham dah kan? Tak faham jugak, korang cari la kamus ke apa ke nak bagi faham. Hehe.


Aku tak pasti korang pernah jumpa ke tak manusia yang bersikap talam dua muka ni. Tapi kalau tanya aku, jawapan aku semestinya pernah. Selalu sangat rasanya. Baru-baru ni pun ada. Aku betul-betul tak sangka perangai orang tu macam tu. Memang la aku pernah dengar cerita pasal dia sebelum ni, tapi tak tau pulak apa yang orang selalu cakapkan tu memang betul. Memang gila la kan kalau dalam masa beberapa saat je apa yang kita cakap dah sampai ke orang lain. Hurmm.. Nampak je baik. Rupa-rupanya.. Hantu betul..


Aku memang marah and kesal dengan sikap orang tu. Korang sakit hati tak kalau ada orang yang baik-baik dengan korang tapi dalam masa yang sama dia pergi burukkan kita kat orang lain? Memang tak boleh terima betul sikap macam tu. Dasar tikam belakang punya orang. Kalau setakat dia jadi tukang sampai tu takpela kan. Asalkan apa yang disampaikan tu benda betul. Ini tidak. Kita cakap lain, dia pergi sampaikan lain pulak. Sudahnya, nama dia naik, nama kita busuk. Tak sakit hati ke macam tu? Geram betul.


Apa pun, aku harap orang tu sedar la cepat. Jangan ingat apa yang dia buat, kitorang tak tau. Sampai bila orang tu dapat sorokkan perangai dia tu. Lama-lama, orang tau jugak. Harap insaf la cepat. Jangan teruskan sikap yang teruk tu. Jangan sampai satu hari nanti semua orang tak nak bertegur dengan dia sudah la. Aku pun dah mula rasa tawar hati nak bersembang dengan dia sekarang ni.. Hurrmm..



Nota Cik Rimau : Best pulak layan cerita Secret kat tv8 ni. Cerita hantu. Tapi sekarang nak layan cerekarama la pulak. Cinta Si Bunga Tembam. Best ke tak ek? Tengok iklan macam seronok je.. Hehe.. Jom layan..

4 ulasan:

Meteoragurlz berkata...

sapa 'talam' yang ko maksudkan tu??aku ke??huhu..yelah ko kan dah jarang nak bergosip dengan aku sekarang ni..huhu..

Muhammad Izuan berkata...

http://syurgaituindah.blogspot.com/2010/05/bukan-kisah-kuih-tepung-talam.html

Cik Rimau berkata...

ila : hahaha.. bukan ko.. ade la seseorang.. lalala

Cik Rimau berkata...

Muhammad Burn : Uik.. ade jugak entri pasal talam nie ye.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...