Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

01 Mei 2011

Esok Cuti.. Sukanyerrr

Assalamualaikum and selamat malam..


Hari ni 1 Mei. Macam biasa la. Sambutan Hari Pekerja a.k.a Hari Buruh. Disebabkan jatuh pada hari cuti, secara automatiknya, cuti tu dibawak ke esok. (Untuk semua industri ke or kerajaan je? Aku tak pasti sangat.) Bagi yang dah bekerja, aku sure korang semua happy kan. Lama sikit dapat berehat. Aku pun happy. Dapat la lepak lama sikit kat rumah. Kalau tak, memanjang kat pejabat. Huhu.


Ada akak-akak kat office aku yang ambik kesempatan ni untuk balik ke kampung. Ada yang pergi bercuti. Aku je yang takde plan nak ke mana-mana. Nak buat kerja pun, macam takde mood je ni. Bawak balik rumah bajet nak buat la. Sekali dapat menghadap laptop, langsung tak pandang kerja. Apa nak jadi entah. Hehe.


Harini jugak, aku dapat berita yang menggembirakan daripada one of my best friend. Dia sms aku tadi. Dia bagitau aku yang dia dah bersalin 25 April yang lepas. Harini baru keluar hospital. Happy betul aku bila tau dia dah ada baby. Aku mintak gambar anak dia. Malangnya tak boleh pulak. Nak kata setting handphone aku problem, ok je. Tapi biasanya, aku tak boleh nak mms bila kat rumah je. Kalau aku luar kawasan rumah, boleh pulak. Masalah line ke? Hurmm.. Sudahnya, aku cakap kat dia, hantar Selasa nanti jela sebab masa tu aku kat luar kawasan rumah. Sanggup tu kan? Hehe. 


Ini la dia kawan baik aku tu. Agak-agak muka anak dia, ikut muka sape? Mama ke papa? Hehe.

Tengok kawan dah kawin, dah ada anak, jealous la pulak. Tapi aku tak ready lagi kot nak kawin. Perangai pun macam budak-budak lagi. Ada hati nak kawin. Mimpi la kau Ija oi. Haha. Er.. Tapi, tak salah nak berangan kan? Kih kih kih...



Nota Cik Rimau : Tengok Mentor tadi. Shiha and Ratna masuk separuh akhir. Tapi Cik Rimau lagi suka kalau Shiha and Ayish yang masuk. Tak gemar sangat dengan Ratna. Hehe. Walaupun Ayish tersingkir, Cik Rimau rasa persembahan dia minggu ni ada peningkatan. Minggu depan untuk kumpulan B pulak. Cik Rimau rasa Aiman kot tersingkir. Haha. (Sorry peminat Aiman.)

1 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

salam

datang mengaum di sini.hehe

selamat pengantin baru =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...