Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

07 April 2011

Kenapa Cik Rimau?

Assalamualaikum and selamat malam..

Kalau korang perasan la kan, aku sekarang ni macam takde mood je nak merepek kat sini. Kenapa ye? Tak minat blog dah ke? Bukan macam tu. Maybe sebab sekarang ni aku selalu balik lambat. Sabtu pun datang office. Life lebih banyak kat office daripada duduk kat rumah. Nak buat macam mana. Tuntutan kerja. Hope tak berlarutan. Tak sanggup dah nak duduk office je. Nak jugak masa untuk diri sendiri. Settle semua nanti nak pergi karaoke la. Boleh tak? Hehe.


Semalam CintaZulaikha tanya kat ruangan komen entri semalam pasal nama yang aku guna kat blog ni. Kenapa aku guna nama Cik Rimau. Terima kasih tanya. Pernah jugak nak terangkan kenapa guna nama ni. Tapi kemalasan sikit. Hehe. Ok. Agak-agak korang kenapa ye? Rasanya mungkin ada yang dah tau kot. Kalau korang baca entri ini, mesti korang dapat agak. Untuk pengetahuan korang, aku suka binatang besar ni. Bagi aku, harimau sangat la comel rupanya. Lebih kurang macam kucing. Cuma saiz je besar. Aku paling suka anak harimau dengan harimau putih. Gila comel la. Sampai aku buat wallpaper pc aku kat office satu masa dulu. Tak caya ek? Ini buktinya.

Pc aku kat office.

Tapi lepas tu tukar kepada gambar ombak/pemandangan sebab orang-orang office cakap ganas sangat wallpaper aku ni. Seram dorang. Terpaksa la aku tukar. Laptop ni pulak, aku saja je guna kucing mata kuyu + perut boroi sebab aku memang pencinta kucing. Hik hik hik. Comel pun comel. Bila on je laptop, senang hati dapat tengok kucing cute. (Ya, aku gedik. Kah kah kah)


Berbalik pada nama tu, aku tau ada yang pelik kenapa mesti guna nama Cik Rimau. Dah la tajuk blog ~Bila Hati Berbisik~ (Jiwang gila). Url blog pun jiwang. Tapi nama Cik Rimau. Apa kes entah. Ala, sekali sekala jadi ganas + jiwang + sedikit gedik. Hehe. Kalau korang pernah baca entri awal-awal kat blog ni, aku guna nama eija89. Tapi lepas dah banyak kawan kat dunia blog ni, aku terfikir nak tukar. Saja nak guna nama selain daripada nama betul. Baru best. Bajet misteri. (Padahal korang tau je sape aku dengan gambar-gambar yang aku tayang kat sini.)


Aku pernah terfikir nak tukar url untuk sesuaikan dengan nama aku ni. Tapi atas nasihat seseorang, aku batalkan. Takpe la pelik sikit kan. Ala, korang boleh panggil aku Ija, Cik Rimau or Raja. But better jangan panggil Raja la. Tak suka. Cukupla dari sekolah sampai kerja ni, asyik Raja je. Tapi kalau Ila Kecik takpela sebab dia kawan office aku. Korang kena panggil Cik Rimau or Ija je ye. :-)



Nota Cik Rimau : Sangat penat. Mau tidur. Dah jarang merayap ke blog orang lain. Kat office buat kerja je. Balik pulak lambat. Kadang-kadang ada kerja yang Cik Rimau bawak balik. Sabtu pun kerja. Kemungkinan besar, Sabtu and Ahad ni pun kena OT jugak. Nasib baik la boleh claim. (Tak puas hati sebab claim bulan lepas tak masuk lagi.)

6 ulasan:

rj Etika berkata...

ye...maskot rimau memang sangat ganas.
tapi url gile jiwang. hahaha.
combination yg sangat pelik. ;)

CintaZulaikha berkata...

Oooooooooo gitooo ker..kihkih. intresting plak bla baca, wlupon ayat tu ada gaya2 nak tidor...hihi

berehatlah yer~~

Meteoragurlz berkata...

mmg anak raja ni ganas sebenarnya tp dalam hati ada taman.hahah..opss..

Khairul Onggon berkata...

Grrrr... gauuu... gauuuu! hehehe.. suka nama tu... best ape :)

aLieF si Muncung ManiS berkata...

rimau comel...tapi anak rimau comel lagi..hehhee..lepas ni tukar nama jadi cik naga pulak..dan alief tukar nama jadi encik panda..comel...huhuhuh

Cik Rimau berkata...

rj Etika : itu la psal.. hehe.. nak ubah url karang, hilang lak kawan2 alam maya ni.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...