Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

03 April 2011

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010

Assalamualaikum and selamat malam semua..


Malam ni seperti yang kita semua tau, ada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands. Aku sure mesti ada antara korang semua yang melekat kat depan tv nak tengok senarai pemenang. Aku pun sama. Tengah mengadap tv sebab nak tengok sape yang menang and nak tengok persembahan-persembahan artis. Ada yang best ke tak. Hehe.


ABPBH tahun ni bertemakan Moden Klasik. So, kebanyakan perkara or benda perlu la mengikut tema yang telah ditetapkan ni. Termasukla pakaian and persembahan. Majlis ABPBH untuk tahun ni dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada Azlan and The Typewriter yang menyanyikan lagu Jeritan Batinku. Diikuti dengan Ning Baizura & Farhan yang membawakan lagu Asmara and Adira dengan lagu Bunyi Gitar.


Untuk ABPBH kali ni, Raja Azura, Sharifah Shahirah and Zizan Raja Lawak dipilih untuk menjadi pengacara majlis. Agak kelakar gandingan dorang bertiga ni. Banyak buat lawak menggunakan loghat Nogori (Atok suka la tu. Huhu). Memang kelakar. Siap menyanyi lagi tu masa mula-mula pembukaan. Memang tak silap la keputusan untuk pilih dorang bertiga ni jadi pengacara. (Aku suka Zizan je sebenarnya. Sebab dia best. Haha)


Banyak jugak artis popular yang terlibat untuk menyampaikan trofi kepada pemenang. Antaranya, Shah Jaszle, Kamal Adli, AG Hotfm, Ashraf Muslim, Shahir AF8, Fasha Sandha, Sharifah Zarina, Fizz Fairuz, Irma Hasmie, Jehan Miskin, Dynas, Aida Aris, Aida Khalida, Sheera Iskandar, Juliana Evans, Natasha Hudson, Hans Isaac, Raja Azmi, Rita Rudaini, Ahmad Idham, Anita Sarawak, Faizal Tahir, Johan Raja Lawak and Usop (Hantu Kak Limah).


Persembahan-persembahan untuk ABPBH tahun ni pun boleh tahan hebatnya. Antara artis yang membuat persembahan : Hujan (Muda), Ana Raffali + Altimet & Danie Hasbullah (Kalau Berpacaran), Nabil + Along + Angah + Johan & Zizan Raja Lawak (Pak Hitam), Anuar Zain (Sedetik Lebih), Yuna (Gadis Semasa + Dan Sebenarnya + Penakut), Ella + Shima & Alyah (Dua Insan Bercinta + Permata Biru + Kesal + Gemilang) and persembahan terakhir yang disampaikan oleh Dato' Siti Nurhaliza (Bukan Cinta Biasa + Nobody + Nirmala).

Ok la. Malas nak bebel panjang-panjang dah. Jom usha senarai pemenang. (Sambil tengok sambil menaip ni tau. Rajin gila kan? Hehe)


Senarai Pemenang ABPBH 2010

1. Artis Duo / Berkumpulan Popular - 6ixth Sense

2. Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha

3. Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail 

4. Artis Komedi Wanita Popular -Noorkhiriah

5. Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani

6. Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi

7. Artis Baru Lelaki Popular - Shahir AF8

8. Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

9. Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak

10. Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

11. Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Raja Lawak

12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Dato' Rosnani Jamil

13. Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir

14. Pelakon Filem Wanita Popular -  Lisa Surihani

15. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali

16. Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
17. Penyanyi Wanita Popular - Yuna

18. Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam

Anugerah Artis Mobile Popular 2010 - 6ixth Sense


Korang puas hati tak dengan dorang yang dipilih jadi pemenang ni? Aku ok je kot. Tapi agak terkejut la bila Fasha Sandha yang menang untuk Pelakon TV Wanita Popular. Kan ke banyak gosip yang tak elok didengar pasal dia kebelakangan ni. So, macam pelik jugak la bila masih ramai lagi yang nak undi dia. Lisa Surihani and Tiz Zaqyah pun kalah tau. Apa pun, itu rezeki dia kan? Janji yang menang Anugerah Bintang Paling Popular tu artis yang aku suka. Sape lagi kan? Mestila Shaheizy Sam. Suke gila kat dia. Huhu.



Nota Cik Rimau : Esok kerja. Rasa lemah je nak pergi kerja. Dah la kena datang awal esok. Terpaksa la kan. Dah Cik Rimau yang pegang kunci. Adeh.. Tapi takpe. Kena semangat jugak sebab nak hantar claim OT bulan lepas. Hahaha. :-)

12 ulasan:

Arshieda Nabila berkata...

wow!!giler cepat update pasal ABPBH...hahaha

ayie berkata...

tahniah shaheizy sam menang abp 2010.. "tapi deme suke usop menang.. rindu nak nyanyi lagu soley2"..haha

Khairul Onggon berkata...

tgk sikit2 je heee.. :)

Unknown berkata...

hihi...macih cik rimau... =)
atok suko fasha sandha tu monang.....lakonan dio memang bagus...

zih@n berkata...

walaupun dh ngantuk tetap tahan gak sebab nk tgk siapa artis paling popular..shaheizy sam..

Cik Rimau berkata...

Arshieda Nabila : hehe.. alang2 tak tau ape nak update.. tu yg cik rimau story itu je.. hik3

Cik Rimau berkata...

ayie : suke sam jugak ke? huhu.. usop smlam memang lawak gile.. kan kan kan? hehe

Cik Rimau berkata...

wa khairul onggon : lor.. nape xtgok sampai abis.. best tau.. hehe

Cik Rimau berkata...

atok : ui.. yeke suke sbb die pandai berlakon.. ke sebab die comeyy?? hehe.. (gurau je tok)

Cik Rimau berkata...

zih@n : itu la.. cik rimau pon same.. sanggup tunggu tu.. cik rimau memang bajet sam menang.. xpon yuna or zizan.. nsib baik first choice yg menang.. hehe

kay_are berkata...

x tengok langsung cite ni rasenye.. huu x minat r tengok award..

Cik Rimau berkata...

kay_are : adeh.. rugi la xtgok.. ade usop wilcha ag tu.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...