Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

13 Jun 2011

Kenapa Bersikap Begini???

Assalamualaikum and selamat malam..


Harini malas story apa-apa pasal office. Sakit kepala kot nak fikir pasal office kat rumah. Hehe. Malam ni nak story pasal sikap je kot. Well, korang sendiri pun sedia maklum. Kita manusia ni, rambut je sama hitam (ada jugak rambut warna lain kan.. hak hak hak), tapi hati lain-lain. Sama jugak dengan sikap. Bukan semua orang punya sikap yang sama. Ada sesetengah yang sikapnya menyenangkan hati and ada sesetengah pulak yang menaikkan darah orang lain. Sikap yang menaikkan darah orang ni la yang aku komen sikit. 


Sebelum aku bagi komen aku, korang teliti dulu contoh-contoh kat bawah ni. Pernah tak korang alami situasi macam kat bawah ni?


Situasi 1
Korang tengah nak beli barang / bayar bil. Korang pun pergi la ke kaunter dengan muka yang manis je. Tanya orang kat kaunter tu pun dengan nada yang biasa je. Tapi entah apa anginnya, orang yang jaga kaunter tu boleh pulak layan korang dengan kasar. Bagi bil pun macam nak campak je kat kita. Muka dia pulak, tak payah cerita la. Memang langsung takde senyum.


Situasi 2
Korang melepak dengan kawan kat rumah. Konon-konon duduk menyewa serumah la. Korang dah masak untuk makan. So, korang pun ajakla kawan tu makan sekali. Ingatkan lepas makan, si kawan ni nak la tolong kita kemas or buat la apa yang patut. Basuh pinggan ke apa ke. Rupa-rupanya langsung tak. Dia boleh bangun blah macam tu je. Dah la tak tolong masak, kemas pun tidak, boleh cabut macam tu je. Ish ish ish.


Situasi 3
Korang kat rumah / kelas / pejabat. Tak kisah la kat mana-mana pun. Katakan la korang nampak sorang kawan ni tengah jalan berdekatan dengan barang kawan lain yang berterabur kat lantai. Kawan korang ni tadi jalan kat situ macam tak nampak apa-apa pastu terus jalan kat korang. Bila korang tanya kenapa tak tolong alihkan, dia bagi jawapan yang agak kurang menyenangkan. Contohnya macam ni la, " Eh, kenapa pulak aku nak tolong alihkan? Bukan barang aku pun." 

Sama jugak la kalau bagi contoh macam ni . Pinggan mangkuk berlonggok dalam sinki. Tapi semua pakat pandang je. Takde sape nak tolong clear kan. Semua buat tak nampak. Bila ditanya kenapa tak tolong je basuhkan, kawan-kawan jawab, "takde masa nak basuh." Tak pelik ke? Masa untuk tambah pinggan mangkuk kotor dalam sinki tu ada pulak ye? Untuk basuh setiap kali lepas makan takde pulak. Ke mana pulak masa tu dibuang? --> (Berdasarkan pengalaman tapi diubah sikit-sikit. Hehe.) [Pehal tiru style kr pulak ni?]


Situasi 4
Ini aku ambik contoh apa yang jadi kat pejabat aku tadi la. Pagi tadi, masa aku sampai pejabat, aku nampak kawan-kawan sepejabat yang masuk pukul 7.30 pagi tengah berdiri kat beranda. Aku ingatkan kenapa la kan. Then, baru aku teringat yang kunci pejabat bukan pada orang yang selalu pegang. Ada lagi sorang yang pegang. Malangnya, orang yang pegang kunci tu pulak datang lambat. Area 7.15 pagi kot baru dia sampai. Sampai je, dia terus bukak pintu and pergi kat tempat duduk macam biasa. Tak rasa bersalah ke buat kawan-kawan tunggu lama? At least, say sorry pun dah ok. 



Ok. Cukup la empat situasi sebagai contoh. Komen aku untuk situasi 1. Tak profesional langsung. Terlampau ikut perasaan. Tak hormat pelanggan. And mungkin jugak kurang budi bahasa. Aku faham mungkin agak meletihkan kerja macam tu. Kena hadapi kerenah pelanggan yang bermacam jenis. Mungkin jugak masa tu dia tengah bad mood or tengah hadapi hari yang buruk. Tapi jangan la tunjukkan apa masalah kita tu kat pelanggan. Profesional la sikit. Jangan campurkan kerja dengan hal peribadi. Muka kalau boleh, ukirkan la senyum. Walaupun mungkin masa tu korang penat sangat, cuba la untuk maniskan muka. Senang sikit hati pelanggan. (Tak tuju kat semua. Aku tuju kat someone kat Mid Valley. Haha. Lepas geram ni.)


Untuk situasi 2 pulak. Satu perkataan je. MALAS. Haha. Sakit hati beb kalau ada member macam ni. Makan nak. Nak tolong kemas or basuh pinggan, tak nak pulak. Terus lesap. At least, tolong la sikit. Paling kurang pun, ucap la terima kasih sebab dah masak and dah tolong kenyangkan perut tu. Ini tak. Buat macam big boss pulak. Ingat kawan tu kuli ke? Ish ish ish.. (Pernah jugak ada pengalaman. Huhu)


Situasi 3, sikap pentingkan diri sendiri. Kita ni hidup bermasyarakat. Jangan la amalkan sikap macam tu. Langsung tak ambik kisah hal orang lain. Asyik kisahkan diri sendiri je. Bila orang tak ambik peduli hal kita, tau pulak melenting. Kecoh satu dunia konon orang tu pentingkan diri la. Orang ni tak ambik tau hal orang lain la. Ohhh.. Tau pulak nak touching. Tapi bila kita buat perangai macam tu, tak fikir pulak perasaan orang sekeliling kita. Macam mana penerimaan dorang bila kita berperangai macam tu. Hidup ni kan umpama roda yang berputar. Ada masa kita di atas, and ada masanya kita di bawah. So, jangan la kita amalkan sikap ni selagi kita masih hidup. Takut nanti, bila kita perlukan bantuan, orang tak nak tolong kita disebabkan sikap kita ni. Betul tak? :-)


Situasi 4 pulak, sikap sukar mengakui kesalahan diri and susah nak nak mintak maaf. Kita semua ni manusia biasa. Tak terlepas dari melakukan kesalahan. Setiap masa, ada je kesalahan yang kita buat. Tak kira la sama ada secara sengaja atau pun tidak. Jadi, tak salah rasanya kita mintak maaf bila dah buat salah. Jatuh ke ego kalau setakat nak mengakui salah sendiri or mintak maaf? Aku rasa tak kot. Orang lagi kagum dengan kita ada la. Sebab berani akui kesalahan. Tak gitu? Tak perlu la nak tinggikan ego tu. Tak ke mana pun. Hanya ucapkan maaf. Hati kita sendiri rasa tenang, orang yang menerima maaf kita tu pun takde simpan rasa lain kat kita. Kan aman je.. Hehe.



Ok la. Macam panjang je. Mesti korang bosan baca. Sorry la. Aku dah agak kurang semangat nak membebel sekarang ni. Mana pergi semangat membara aku dulu tu ek?? Ada sesiapa nak bagi tips untuk menaikkan semnagat aku macam dulu? Kalau ada, meh kasi khidmat nasihat sikit. Hehe. Sebelum aku beradu di khayalan (tajuk lagu ke ni?), jom kita renungkan ayat kat bawah ni.


Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.



Nota Cik Rimau : Sangat happy sebab Hazama menang. Hazama best. Hehe. 
Ps : Cik Rimau tak tuju pada sesiapa pun entri ni. Hope takde yang terasa. Entri ni sekadar peringatan untuk diri Cik Rimau sendiri jugak. Cik Rimau hanya manusia biasa. Kalau ada yang terasa bila baca entri ni, Cik Rimau mintak maaf ye. :-)

8 ulasan:

Ayie Abas berkata...

CIK IJA...SITUASI2 YG ADA DLM ENTRY nie MMG SERING BERLAKU...AYIE RASA KEBYKKAN ORG PERNAH ALAMINYA.

Mohamadazhan.com berkata...

salam kak...betul, saya sangat setuju.

susah nak cari sahabat yang ikhlas ni....tetapi kita cuba menjadikan diri sebagai seorang sahabat yang baik pada teman...mudah2an keikhlasan tu membuahkan rahmat =)

ORLANDO AHMAD berkata...

situasi satu: gua pernah terkena, dan gua hampir baling barang ke muka cashier tu... silap besar la kurang ajar ngan gua...

Fadzli Amir berkata...

Salam...lama tak singgah...biasalah, memang pernah melalui semua perkara di atas...tapi org lelaki lain sikit, biarkat diorang lah....

Cik Rimau berkata...

Ayie : yup.. saje nak bg mane2 yg buar mcm ni, x truskan dgn sikap ni.. hehe

Cik Rimau berkata...

azhan : ya betul.. cik rimau ade je kawan sbnrnye.. kwn baik.. rapat.. tp atas satu sebab, ktrg da xcontact.. xbestnya rase.. huwaaaa

Cik Rimau berkata...

Jari Yang Terbarai : waaa.. ganasnye dia.. hik3.. tp betul la kan.. kena la layan customer dgn baik.. jgn la gaye kurg aja.. mane la kite x bengang.. :-)

Cik Rimau berkata...

Fadzli : tq singgah sini.. hehe.. memang boleh biar je.. tp lame2 jd geram lak.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...