Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

24 Januari 2011

Pengalaman Jatuh Katil Kat Asrama

Salam...

MySpace Cerita harini pasal jatuh katil. Sebelum tu aku nak tanya korang sikit. Korang pernah jatuh katil tak? Maybe ramai yang pernah. Tapi jatuh katil depan member-member or jatuh atas orang lain pernah tak? Aku pernah! MySpace Masa tu aku stay asrama (just ada satu dorm je sebab asrama tu kecik je). Bukan sekali aku jatuh dari katil tau. Ada la dalam dua kali. Malu betul bila diingatkan balik. Tapi takpe. Aku tetap nak story kat korang pengalaman aku jatuh katil dulu. Meh layan cerita mengarut aku. Hehe.

Kejadian 1
Masa ni aku form 3 kalau tak silap. Ada satu pagi tu. Lepas Subuh. Masa sarapan kat asrama selalunya 6.30 pagi. Nak tunggu makanan sampai pun lambat lagi masa tu. Nak bersiap pun macam pelik je kan pukul 6 pagi dah siap pakai uniform sekolah. So, apa lagi. Membuta la jawabnya. Aku tak ingatla aku mimpi apa masa tu. Tapi sedap je aku golek atas katil tu. Sedar-sedar dah kat lantai je. Aku cuba-cuba la bukak mata. Tapi bukak kecik jela. Sekali nampak senior-senior and member tengah usha pelik je kat aku. Aku dah malu gila masa tu. Spontan keluar idea kat otak. Terus aku buat-buat mamai naik atas katil balik. Pastu sambung tidur macam takde pape yang berlaku. Tapi dengar jugak la suara senior-senior tu cakap sesama dorang sambil gelak-gelak. Hampeh sungguh. 

Actually tak sambung tidur pun. Tapi disebabkan nak cover malu punya pasal, terpaksa la buat-buat tidur. Ingatkan masa nak turun sarapan takde la orang yang nak bangkitkan cerita tu. Sekali dorang bantai bukak cerita tu masa tengah makan. Sensasi betul cerita aku jatuh katil. Almaklum la kan, tak pernah-pernah ada sejarah jatuh katil kat asrama tu. Kira aku orang pertama la. Tak sangka aku dah wujudkan "Hari Ini Dalam Sejarah" kat hostel tu. Haha. Bangga sekejap. MySpace (Apa la. Jatuh katil pun nak bangga.)


Kejadian 2
Masa ni aku tak sure aku form berapa. Mungkin form 4 or form 5. Antara dua tu la. Kat asrama aku tu, ada sesetengah studentnya ni berperangai pelik. Katil sendiri ada tapi nak jugak tidur atas lantai. Yang tak bestnya, area bawah katil aku la jadi port tidur budak-budak junior ni. So, ada satu malam ni. Kebetulan malam tu, budak-budak ni tidur la bawah katil aku. Tak silap aku, dalam pukul 2 pagi kot aku terjaga sebab aku rasa aku tak berada di atas katil secara tiba-tiba. Haha. Pastu aku rasa macam ada orang tolak aku. Siap ada bunyi suara tengah tahan sakit pulak tu. Sekali aku bukak mata, aku nampak muka budak A. Dia cakap macam ni, "Kak Raja, sakitla". Tapi masa dia cakap ni, dia bukan sedar sangat pun. Tengah mamai jugak tu. Aku apa lagi. Sepantas kilat terus naik atas katil balik. Sambil-sambil tu terus memikir macam mana aku boleh jatuh tergolek atas budak tu. MySpace


Bangun pagi esoknya, masa sarapan kecoh cerita aku jatuh katil. Siap landing atas budak A tu. Hampeh tol. Diam-diam sudah la kan. Malu aku. MySpace Haha. Kawan-kawan aku pun bantai gelakkan aku. Masuk kes yang tu, dah dua kali aku jatuh katil. Tak pernah dibuat kat orang. Haisshhh. Nasib baik masa tu senior-senior yang jadi saksi aku jatuh kali pertama tu dah takde. Kalau tak... Malu tak terkata la jawabnya. Hehe.

Itu cerita pasal aku sendiri yang jatuh katil. Kenangan yang memalukan tapi bila diingatkan balik rasa macam nak tersengih sorang-sorang je. Korang ada tak pengalaman jatuh katil ni? Kalau ada, sudi-sudikan lah share kat aku. Hehe.

Nota Cik Rimau : - Harini bos SSM yang baru dah masuk. Macam garang. Huhu. 
                                - Esok gaji. Masyukkk... :-)

2 ulasan:

spongebob berkata...

kahkahkah..............asal la cik rimau tido ganas sgt?naseb bek la xpenyek budak yang kne tindih tu.hahaahah.memang lawak sgt2.akit pwewut den.kwang3

Cik Rimau berkata...

haha.. mane de ganas la.. "ter" je.. hik3.. sape suh die tido bawah katil.. kan dah kne..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...