Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

28 April 2011

Boleh Tak Kalau Tak Meludah Depan Orang?

Assalamualaikum and selamat malam...


Harini kerja kat office ok je. Cuma masa nak balik tadi je bos kecik mintak aku tolong dia siapkan satu surat tu. Kesian pulak tengok dia. Aku buatkan jela. Lepas settle tolong dia, aku kemas-kemas meja then cabut. Bas lambat betul sampai. Naik lenguh kaki nak tunggu bas sampai. Apa kes entah lembab sangat. Nak je aku bakor.. Hahaha..


Masa tengah tunggu tu, ada la satu bas yang nak ke Mid Valley sampai. Berhenti dekat je dengan aku. Aku buat tak nampak jela sebab aku bukan nak naik bas tu pun. Tengah aku terjengket-jengket nak usha bas dah sampai ke belum, tiba-tiba je ada someone ni meluru ke arah aku. Tangan dia pulak buat gaya macam suruh aku ke tepi. Aku undur la setapak ke belakang. Laju je perempuan tu jalan depan aku. Tiba-tiba dia stop. Betul-betul dekat dengan aku. Aku perhati jela dia. 


Then.. Korang tau apa dia buat? Haktuihhh.. Wei.. Dia meludah depan aku tu. Aku nampak pulak tu apa yang dia ludahkan. Eeee.. Geli siot. Mati selera. Kembang tekak aku. Takde sivik punya orang. Meludah merata-rata. Agak-agak la kot ye pun nak meludah. Pergi la cari toilet. Tak pun kalau dah tak tahan sangat, cuba la pergi ke mana-mana lorong sunyi yang takde orang nampak. Ini tidak. Selamba badak dia je nak ludah. Terdiam aku kejap. Lepas je aku ternampak tu, air liur sendiri pun tak boleh nak telan. Terbayang je apa yang aku dah nampak tu. Hampeh betul la. Mujur aku bukan tengah minum or makan masa tu. Kalau tak, memang aku muntah depan-depan dia jugak. Nak sangat kan buat orang muntah. Hahaha.


Aku tak kisah sangat kalau lelaki yang buat. Ini perempuan ok. Tak sopan betul. Seotai-otai or seganas-ganas aku ni, takde la sampai nak buat macam tu. Haisshh.. Ada jugak manusia macam ni. Kena bagi pelajaran sivik kot nak buat orang tadi tu sedar. Tak pun meh aku je yang sekolahkan dia. Sure menangis aku basuh dia kaw-kaw. Kih kih kih. 



Nota Cik Rimau : Still tak jumpa lagi la surat tu. Hilang macam tu je. Risaunya.. Mana Cik Rimau nak cari ni.. 

2 ulasan:

deeya berkata...

perempuan tu mesti ta cantek kan cik rimau ?? tak pun dia bajet cun sangat .. apsal ta kasi makan sup kaki cik rimau jer time tu . huhu ~

mykhalis berkata...

itu kire ok.. ini ada yg jenis tarik kahak depan orang tapi dia tak ludah pun..senyap je..dia telan balik agaknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...