Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

10 April 2011

Jujurkah Anda?

Assalamualaikum and selamat malam..


Apa khabar korang malam ni? Sihat? (Gila punya soalan. Dah malam baru nak tanya.) Korang buat apa ni? Jom layan cerekarama malam ni. Rintihan Kalbu tajuknya. Nampak macam best. Menyampah watak wife kepada Iqram Dinzly tu. Jahat punya menantu. Suka-suka hati je nak buang mak mertua dia macam tu je. Geram nie tau. Huh.


Ok. Tak payah cakap pasal cerekarama. Korang pun boleh tengok sendiri. Malam ni nak story pasal sikap jujur dalam kehidupan seharian kita ni. Tak kisah la dalam situasi apa or kepada siapa pun. Korang rasa korang jujur ke tak? Kalau tanya aku, of course aku akan jawab, aku jujur ikut keadaan la. Tak semestinya kena jujur setiap masa. Perlu sesuaikan dengan situasi. Kalau terlampau jujur pun, takut nanti dipergunakan orang. So, kena pandai-pandai la kan? Hehe.


Tapi satu keadaan ni, memang aku titikberatkan sikap jujur. Berniaga. Ya, berniaga. Korang yang berniaga jangan salah faham. Aku bukan nak kata korang menipu ke apa ke. Aku cuma nak tekankan kat sesetengah peniaga yang bersikap tidak jujur dalam berniaga. Ada yang jual benda yang dah tak elok, ada yang suka cakap putar-belit and ada jugak yang suka ubah-ubah harga. Aku bukan nak salahkan semua peniaga. Kalau mana-mana yang tak buat apa yang aku nyatakan tadi, hope jangan ambik pusing dengan apa yang aku cakapkan tadi. Itu pandangan and apa yang aku nampak la. 


Contohnya kat dengan office aku tu la. Ada kantin kat depan office aku. Tak ramai sangat yang berniaga kat kantin tu. Faham-faham jela kalau dah kawasan office tu agak ceruk. So, ada satu kedai tu. Bukan kedai la. Kira gerai je la kot sebab kecik je. Sebelum ni, yang meniaga tu orang kita jugak. Tapi tak lama lepas tu tukar. Still jual benda sama, cumanya peniaga yang bertukar. Kalau dengan peniaga sebelum tu, harga tetap. Tak berubah-ubah. And berpatutan. Tapi bila yang baru ni berniaga (bukan warganegara Malaysia), harga ikut dan je. Suka-suka je nak letak harga. Kejap naik, kejap turun. Dah la suka layan pembeli lelaki je. Kita ni yang dah lama beratur, dia boleh layan lelaki-lelaki yang baru datang. Bikin panas je.


Itu tak kisah la kan. Itu dia sendiri yang gatal nak melayan lelaki. Yang aku nak pertikaikan ni, harga barang yang dijual. Katakanla nasi goreng ayam sebagai contoh. Harini beli RM 3.50. Esoknya dah jadi RM 4.00. Esoknya lagi naik sikit lagi. Tak pelik ke? 1 hari je harga naik melampau. Harga tak tetap. Penyudahnya, kena boikot la jawabnya gerai tu. Salah siapa? Salahkan diri sendiri. Jujurlah kalau nak berniaga tu. Jangan suka-suka hati je nak letak harga. Nanti pelanggan lari.



Nota Cik Rimau : Bila claim OT bulan lepas nak masuk ni. Haisshhhh...

5 ulasan:

aNiss :):) berkata...

cik rimau.. sabar deh.. huhuhu~

CintaZulaikha berkata...

sama gila citer ni ngn tpt saya keje dlu..mentanglah diorang ada kontrak ngn tpt tuh, dy main letk jek arga makanan..naiknya pulak tk hengat2..cu bayang klu time tu tgh bulan..tak ke meraban dibuatnya~~

skjpa 2 inggit..3 ari pastu naik plak 4 inggit...jauh gila beza..

rj Etika berkata...

hahaha...asyik bising pasal claim ot je cik rimau ni kan. ;p

tapi siyes. ade gerai yg dekat dengan ofis ni pon camtu. orang melayu ye kawan-kawan. -.-"

mula2 beli nasi lemak die harga RM1.50. Minggu depan beli naik harga jadik RM1.70.

Bape minggu seterusnya pulak naik jadik RM2.00.

Macam !@#$%^&*. urghhh!

Bunga berkata...

kita bakor..bakor jer kedai cam tu..hahaha...

tapi penjual ni kena jujur..tapi kadang2 xdapat nak salahkan penjula..mmg barang sekarang dah naik..semua dah naik..

kay_are berkata...

x tengok sangat cite tu.. tapi memang kejam r menantu.. ish ish.. tapi ok r, bese tengok cite mertua yang kejam.. lol! owh, macam tu nye peniage pun ade ye? ske2 ati je naik harga makanan.. em..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...