Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

02 Mac 2011

Bang Bang Boom Kenakan Aku

Ok. Tiba-tiba rasa macam nak mengarut sekali lagi. Hehe. Aku baru je lepas layan Bang Bang Boom ni. Tiba-tiba teringat balik satu kenangan yang memalukan aku. Tapi apa kena-mengena dengan Bang Bang Boom pulak ni kan? Of course ada kena mengena. Aku terkena dalam rancangan Bang Bang Boom ni dulu tau. Mangkuk tol la. Huhu.

Seingat aku, masa tu dorang shoot kat depan LRT Central Market. Aku dengan dua orang kawan office nak lintas jalan nak pergi ke tempat bas yang dekat dengan LRT tu. Dari jauh aku dah nampak dah dorang. Aku memang dah tau itu memang krew-krew Bang Bang Boom. Sape tak kenal si kepala botak tu, memang sah dia tak pernah tengok Bang Bang Boom la selama ni. Haha.

Aku bajet aku takkan terkena la sebab aku memang dah tau sape dorang. Masa tu dorang kenakan orang dengan cara menghadang orang yang lalu lalang sepan LRT tu menggunakan kayu apa entah dorang bawak. Dorang siap berpakaian ala-ala orang yang kerja kat tapak pembinaan. Aku dengan kawan-kawan ni selamba jela jalan. Ingatkan bila kitorang dah tau yang dorang tu krew Bang Bang Boom, dorang takde la nak kacau. Sekali dorang bantai halang jalan kitorang.

Puas kitorang ke hulu ke hilir nak lepas. Kawan aku yang dua orang tu, akhirnya dapat melepaskan diri. Malangnya aku yang tersekat. Geram betul. Lama jugak aku ke hulu ke hilir. Ikutkan nak je langkah. Tapi pakai kain pulak. Macam tak senonoh je pakai kain nak langkah tinggi-tinggi. Last-last aku give up. Dorang pun tanya la aku, tau tak aku dalam rancangan apa. Aku terus jawab, aku tau. Aku belasah salah sorang tu and cakap nak cepat. Aku tolak dia ke tepi then terus lari kat kawan-kawan yang tengah gelak tunggu aku kat tangga LRT tu. Hampeh punya kawan. Boleh tolong gelak jer.. Grrrr.. 

Aku pun laju je nak blah. Jantung aku masa tu, aku rasa macam baru lepas lari merentas desa je. Aku bebel kat kawan-kawan yang gelakkan aku tu. Baru je nak cabut, ada sorang perempuan tu panggil aku. Mintak persetujuan untuk siar kat tv. Kot-kot dorang tayang nanti aku nak marah or nak saman ke, dorang ada bukti yang aku dah bagi persetujuan. Aku main sain je. 

Tak silap aku, dua or tiga bulan lepas tu, episod aku terkena tu keluar kat tv. Kebetulan aku baru balik dari OT. Kawan-kawan serumah pulak lepak kat kedai makan bawah rumah masa tu. Aku pun join la sekali. Tengok kat tv kat kedai tu ada tayang cerita Bang Bang Boom. Bila tengok je ada orang pakai baju macam kerja kat tapak pembinaan, aku dah dapat agak tu episod yang dorang rakam kat CM tu. Aku tengok jela. Sekali part yang aku terkena tu pun keluar jugak. Kawan-kawan terus jadi macam excited. Dorang gelakkan aku. Hampeh betul. Tak lama lepas tu, ada la tiga empat sms masuk. Kawan-kawan tanya, betul ke aku mangsa tu. Aku iya kan aje. Tak sangka ramai pulak kawan yang tengah tengok cerita tu masa tu. Mengong betul la. Malu aku. 

Esoknya pulak, abang yang meniaga kat depan office tu tegur aku macam ni, "eh, ini kan yang masuk Bang Bang Boom tu?" Adeh.. Ramai la pulak yang kenal aku tengok rancangan tu. Memang kebetulan sungguh la kan? Kecoh sekejap kat office pasal aku masuk rancangan tu. Aku ada download video tu. Saja nak simpan nak tengok muka geram aku masa tu. Haha. Nak tengok ke? Errr.. Tak payah la. Hehe. Malu nak tayang.


Nota Cik Rimau : Sudah mengantuk lorr. Cepat pulak mata ni mengantuk malam ni.. Haissshhh.. Tidur jom......

9 ulasan:

sya hassan berkata...

woahh.. free2 dpt msuk tv la neh?? hehe..

ayie berkata...

naaakk..masuk cpt dlm blog...haha

Cik Rimau berkata...

sya hassan : kebetulan nak terkena dengan dorang.. nak buek cmno.. hehe

Ayie : xnak... hahahahaha.. cri sndiri.. lalala~~~

Nor ' Atikah bt NorBaki berkata...

wah!!! glamour sat la ek.. masuk tv... hahahhaha

Cik Rimau berkata...

Haha.. mane de glamour la.. kwn2 je yg kenal sy.. hik3.. dorg la yg glamourkan.. kih3

NaNaoSaKi berkata...

sonok ape masuk tv.. hehehe.. xkisah la terkena ke ape :p

Cik Rimau berkata...

ala.. xbest la.. wat segan je.. hak3

! Encik Nakal ! berkata...

ahhahah~~lawak laa~~best pe kena cam tu~~..

ala publish la video tu kat youtube,nakai nk tgk~ahaks

Cik Rimau berkata...

Mane bley nakal oi.. nnt u all gelakkan cik rimau.. malu la rimau.. hak3.. cukup la kwn2 rimau gelakkan dulu.. xmau dah kne gelak.. hik3.. best mnde.. segan tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...