Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

08 Jun 2011

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

Assalamualaikum and selamat sejahtera...


Harini office aku ada majlis besar, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Alhamdulillah.. Aku sampai awal macam semalam. Yang kelakarnya, orang yang pesan beria-ia suruh datang awal sebelum pukul 7 pagi tadi, dia pulak yang lambat. Kih kih kih. (Gelak jahat ni.) Huhu.


Bila semua benda dah ok, masing-masing gerak ke kenderaan nak pergi Puspanitapuri. Malangnya, aku pulak terkontang-kanting takde geng kena naik bas. Adeh.. Nasib baik ada Kak Intan. Rupa-rupanya dia pun tak dapat naik kereta jabatan tu. Dah penuh dengan barang. Takpe la kan. Naik bas pun ok je. Lagipun jabatan dah sediakan tiga bas untuk ke sana. Dua bas kementerian and satu bas pinjam kat Jabatan Kesihatan sebelah office kitorang tu. Tapi aku rasa macam tak penuh je tiga-tiga bas tu. Huhu. Mungkin sebab ramai yang pergi bawak kenderaan sendiri kot.


Masa sampai je kat Puspanitapuri tu tadi, aku bajet nak pergi sarapan dulu la dengan Ila Tecik. Sekali kena buat kerja dulu da.. Adeh.. Berbunyi-bunyi perut tahan lapar. Haha. Nasib baik la masa dah lengang sikit, VIP pun dah masuk dewan, Ila Tecik ajak pergi sarapan. Apa lagi. Perut pun dah berkeroncong. Ikut jela. Tapi makan kena express la. Nak kena cepat sebab nak kena buat kerja balik. Ila Tecik kena jadi tukang bagi buku cenderamata (yeke cenderamata??) kat VIP. Sudahnya, terpaksa la makan macam dah sebulan tak makan. Huhu.


Lepas makan, sambung buat kerja balik. Actually, kerja aku harini takde la terlampau banyak macam yang lain. Maybe sebab aku jual bunga je kot. Hehe. Tapi susah jugak ek nak jual-jual ni. Aku dah la tak pandai nak mengayat orang untuk beli. Malu la nak panggil-panggil orang. Mujur ada jugak yang nak beli. And mujur jugak Ila Tecik nak tolong aku jual. Takde la aku segan sangat. Bila ada kawan, berani sikit nak bercakap dengan orang. Hik hik hik. Thank you la ek Ila Tecik. :-) And tak lupa jugak kepada Kak Su, Kak Liza and Ain sebab sudi tolong. 


Masa semua orang dah masuk ke dalam dewan, tinggal la aku and member-member yang jaga kaunter pendaftaran kat luar dewan. Kitorang pun apa lagi. Naik tocang la. Haha. Semua mula keluar handphone and kamera masing-masing. Posing banyak-banyak kat bunga. Kih kih kih. Aku tak minat sangat nak bergambar ni tapi terpaksa jugak la. Nak jugak ada kenangan. Ye tak? Hehe. Lepas majlis tamat, Encik Yoon (tauke bunga) cakap, siapa nak bunga boleh ambik free je. Terus macam kena histeria je member-member yang tolong aku jual. Hampeh tak. Hahaha. Berebut dorang nak bunga. Aku pun ambik la sejambak bunga ros yang ada 9 kuntum ros tu. Tapi tak puas hati la sebab tak dapat warna merah. Huhu. Dapat warna peach je. Nasib baik bau wangi. Suka suka. Hehe. ( Eh kejap. Sejak bila aku suka bunga ni??)


Lepas bunga habis, kitorang kemas sikit-sikit tempat jual bunga tu. Then serbu dewan makan. Ikutkan ada meja khas untuk urusetia. Tapi dah Kak Najwa (salah sorang staff SSM yang jadi penerima anugerah cemerlang) ajak makan semeja dengan dia, aku duduk jela. Segan jugak la sebab husband dia ada sekali. Dah la aku sorang-sorang je menyemak kat meja dia. Then, aku ternampak Kak Intan and Kak Ziha tengah jalan cari tempat. Terus aku panggil. Ada jugak geng kan. Hehe. 


Menu makan harini, ok la aku rasa. Walaupun tak berapa nak gemar ayam lemon tu. Manis lor. Huhu. Lepas makan, ada sesi bergambar. Macam-macam aksi ada masa photographer cakap buat gaya bebas. Overall, aku rasa BKP berjaya la jayakan majlis ni sendiri. Ada jugak terdengar pujian daripada staff bahagian lain. Maybe dorang tak sangka BKP dapat handle majlis ni walaupun masih ada terkurang sana sini. InsyaAllah, kalau tahun depan BKP diberi kesempatan untuk handle big event ni lagi, kitorang semua akan usaha sedaya upaya untuk buat yang lebih baik daripada tahun ni.


Majlis berakhir area pukul 11 kalau aku tak silap. Lepas semua dah settle, kitorang gerak balik ke office. Tertidur aku dalam bas. Penat sangat. Sampai je kat office, aku tengok jam dah pukul 1.10. Tiba-tiba aku dengar bos cakap, sape-sape nak balik angkat tangan. Aku ingat dia main je. Bila dia tanya sekali lagi, aku angkat la tangan. Bos cakap, sape yang angkat tangan boleh balik. Terus yang lain pun cakap nak balik. Yang tinggal pun Kak Intan and Pak Syed je kot. Yang lain semua cabut..


Ok la. Tak perasan pulak dah pukul 12 malam. Aku nak tidur ni. Tapi sebelum tu, cuci mata dulu dengan gambar-gambar ni. Gambar dalam dewan tak banyak sebab aku duduk luar je. Huhu. Layan...


Cantik kan bunga ni.. Geram tengok.

Inila Ila Tecik. Dia ada blog sebenarnya. Tapi tak tau nape dia privatekan. Hurmmm..

Bersedia menunggu ketibaan KSU Kementerian Perumahan and VIP-VIP yang dijemput.

Nampak tak Pak Syed? Harini dia jadi pembaca doa.

Ketibaan KSU and VIP. Tak nampak sangat muka sebab snap dari  jauh. Huhu.

Meja untuk jual bunga. Ada macam kedai bunga tak?? Hihi



Kumpulan koir Jabatan.

Ini semua urusetia yang menjayakan majlis harini. Entah apa dibuat orang belakang tu sampaikan Dato' KP and dua orang Timbalan KP tu mendongak pandang dorang. Ish ish ish. :-)

Ingat lagi piala ni? Nak tau sape penerimanya??

Datin Nooraini (baju pink) ni la penerima Anugerah Mithali Ketua Jabatan untuk tahun 2010. Tahniah datin. (Actually, datin ni pernah jadi ketua seksyen aku tau. Kira ex boss la ni.)

Terkilan masa ni sebab aku tak dipanggil untuk join. Haha. Sentap siot. Aku baru berangan nak ambik gambar berlatarbelakangkan hiasan pentas tu. Sekali terlepas da. Sampai hati dorang tak ajak aku. Huwaaaa...

Boss dengan Kak Intan.



Bunga yang aku dapat free tadi. Untung tau jadi tukang jual bunga. Kan dapat free. Huhu. Sepatutnya ada 9 kuntum bunga ros ni. Tapi dah ditibai Kak Ziha tadi. Huhu. Nasib baik ada banyak. Hik hik hik. Wangi tau. Suka bau dia. :-)


Nota Cik Rimau : Gambar tak banyak la. Huhu. Ok la.. Ngantuk dah ni. Selamat malam semua... Cik Rimau tidur dulu ye.. Hehe.

8 ulasan:

Ayie Abas berkata...

CIK IJA...GAMBAR KE-2 LAST(berdua)...YG PAKAI TUDUNG & PAKAIAN PINK tuu CIK IJA KE...???

Mohamadazhan.com berkata...

wahhh..meriah ja tu majlis...bos pula sporting.hehe

amry berkata...

penat mak baca dekkkkk.....cik rimau tak dapat anugerah ker? hehe

Mas berkata...

blogwalking n done folo u..

Meteoragurlz berkata...

ila tecik ye..ehehe..dah x privete pon..came cik rimau..

Cik Rimau berkata...

Ayie Abas : Bukan la.. haha.. amboi ayie.. mentang2 la awek tu comey.. :-)

Cik Rimau berkata...

azhan : meriah jugak la.. yg penting, pngurusan atasan puji majlis anjuran ktrg ni.. berbaloi la jugak kerja yg ktrg dah buat.. rse dihargai jugak la.. hehe.. bos memang baik pon.. :-)

Cik Rimau berkata...

amry : adeh.. tak layak kot.. nak buat cmne.. buat kje bgai nak rak pun, pegawai yg nilai cik rimau tu dengki lak.. die bg markah rendah.. siap boleh suruh pgwai penilai pertama potong mrkah cik rimau.. mals nak harap.. lgpun cik rimau baru keje 2 tahun.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...