Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

17 Jun 2011

Tabahkan Hati Hadapi Ujian

Assalamualaikum and salam Jumaat  semua..


Update pendek je ni. Rehat dah nak habis. Tak nak cakap panjang. Tengok je gambar and baca la keratan paper harini yang aku ambik dari laman web Sinar Harian. Berkaitan dengan kematian wife Encik Yoon (Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan aku). Takziah dari kami warga Jabatan. And semoga dapat tuntut keadilan kalau terbukti betul punca kematian isteri and anaknya tu disebabkan kecuaian pihak hospital yang terlibat. Still terbayang muka anak sulung Encik Yoon yang masih tak tau apa-apa asyik bertanya mana ibunya. Kebanyakan staff jabatan yang datang ziarah masa kat Unit Forensik, HKL haritu tak dapat tahan sebak bila dengar pertanyaan anak sulung Encik Yoon tu. Semoga Encik Yoon tenang hadapi situasi ni.

Gambar cilok dari Pakcik Google.

Suami nekad saman hospital pakar di atas kematian isteri dan bayi

PASIR PUTEH – Seorang suami, Yoon Boon Chew, 35, nekad ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur di atas kecuaian kakitangannya, sehingga menyebabkan isteri dan bayi di dalam kandungan meninggal dunia.

Beliau yang merupakan seorang pegawai kerajaan dan bertugas di sana, berkata, tindakan tersebut ingin diambil oleh beliau apabila melihat sendiri bagaimana isterinya, Wikiam a/p Eh Pot, 35, diperlakukan semasa hendak melahirkan anak kedua mereka di sana.

“Kejadian ini berlaku dari jam 3.30 petang hingga 11 malam pada Selasa lalu sepanjang isteri saya menjalani rawatan di sana untuk bersalin.

“Pada awalnya isteri saya mendaftar di sana selepas doktor mendapati mendiang sudah tiba masa untuk bersalin, pada masa itu kandungannya berusia sembilan bulan dua minggu,’’ katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah mertuanya di Kampung Siam, Kertik Buluh, Cherang Ruku, Semerak di sini, semalam.

Menurutnya, semasa proses bersalin beliau melihat kakitangan hospital tersebut berada dalam keadaan kelam kabut dan peralatan tidak mengcukupi sedangkan ia adalah sebuah hospital pakar.

Boon Chew berkata, akhirnya sekitar jam 11 malam isteri serta bayi di dalam kandungannya disahkan meninggal dunia akibat dipercayai air ketumban mendiang memasuki ke dalam saluran darah dan terus masuk ke paru-paru sehingga menghalang pernafasan.

Beliau berkata, oleh kerana rasa tidak yakin, beliau telah membuat laporan polis di Kuala Lumpur dan membawa mayat isterinya untuk dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur pada pagi Rabu itu.

“Melalui laporan awal daripada bedah siasat tersebut, kematian itu dipercayai ada kebarangkalian kecuaian daripada pihak hospital tersebut.

“Apa-apapun laporan sepenuhnya belum disiapkan lagi dan saya akan menunggu sehingga siap sebelum tindakan selanjutnya akan dibuat,’’ katanya.

Jenazah Wikiam yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Sri Tasek, di sana, dibawa pulang ke kampung halamannya di sini, petang kelmarin di mana beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik kepada Ketua Kaum Siam di Semerak, iaitu Eh Pot a/l Eh Boon, 63, dan isterinya, Mek Chu a/p Isin, 57.


Sumber dari sini.

10 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

Ya ALlah...kesiannya...bukan nak cakap la...hospital kerajaan memang kurang pekerja...semua jadi lambat...kualiti boleh dipertikai juga...byk kes da...

sakiminie berkata...

saya sebagai salah seorang anak murid cgu yg prnah cgu ajar turut kesian atas kemalangan tersebut.....
semua pelajar smk seri tasik turut sedih atas permergian mendiang cikgu wikiam...

aLieF si Muncung ManiS berkata...

masyaAllah..semoga nanti kalau alief jadi doctor,,tidak diuji dgn ujian mcm ni...:P

ORLANDO AHMAD berkata...

kesiannya, moga mendapat keadilan yang setimpal.. ish, kesian lebih2 lagi kat si anak :(

kay_are berkata...

uissh.. siap masuk paper?? tapi memang salah hospital r kan.. cane hospital pakar tapi peralatan tak cukup ni? takkan kerajaan takde duit nak beli kot.. ish ish

Cik Rimau berkata...

Azhan : erkk.. pembetulan.. bukan hospital kerajaan lorr.. hospital swasta.. huhu.. HKL hanya utk buat post-mortem.. :-)

Cik Rimau berkata...

sakiminie : sabar ye.. kami yg xkenal dia pun, dpt rasekan die sorg yg baik.. same mcm husbandnye.. mnyedihkan sbb jd mcm ni..

Cik Rimau berkata...

alief : yup.. moge alief jd doktor yg hebat.. dpt rawat cik rimau.. nak free boleh?? hahaha

Cik Rimau berkata...

Jari Yang Terbarai : tau xpe.. nak nangis tgok si anak.. huhu

Cik Rimau berkata...

kay_are : erkk.. hospital swasta la.. huhu.. tu la pelik.. camne bole xckup peralatan sdgkan hospital pakar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...