Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

19 April 2011

Rojak Story 4

Assalamualaikum and selamat malam..


Aku tengah layan cerita Sahara kat tv3 ni. Sambil tu dengar lagu jiwang-jiwang. Jangan nak kata rimau tak boleh nak jiwang. Rimau pun ada mood jiwang tau. Cuma kebanyakan masa lebih suka mengaum and berburu je kot. Haha. Merepek la pulak. :-)


Harini pejabat sunyi sikit. Exam jabatan dah mula. So, seminggu ni staff Unit Latihan kena keluar untuk jadi pengawas exam tu. Tinggal la semua staff Unit Perkhidmatan. Takde la dengar suara mengusik Abang Lan and Abang Zack sepanjang minggu ni. Yang kedengaran hanyalah suara seseorang tu. Aku agak geram dengan dia. Semalam dia suruh aku pergi taklimat HRMIS untuk sub-modul Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Selasa depan kat kementerian. Kebetulan, semalam jugak senarai tugas yang baru bos keluarkan kat semua staff. Dalam senarai tu, aku dah tak payah nak jadi pembantu dia untuk siapkan kerja-kerja berkaitan MBJ. 


Aku nak maklumkan kat dia, maybe aku dah tak patut libatkan diri dengan taklimat tu sebab aku dah tak buat. Baik bagi orang yang terlibat je kan? Malangnya, lain yang aku harapkan, lain pulak yang jadi. Dia cakap dia boleh cakap kat bos kalau aku nak buat. Aku cakap direct je yang aku lagi suka kalau aku dah tak tolong handle MBJ. Tapi biasa la kan. Dia ni jenis yang suka potong cakap orang, buat kesimpulan and keputusan sendiri. Puas aku cakap kat dia yang aku ok dengan senarai tugas yang baru tu. Aku baru nak happy sebab tak payah jadi pembantu dia. Sekali tadi dia pergi jumpa bos cakap pasal tu. Sudahnya, aku kekal jadi pembantu dia. Tak sukanya!!!


Hurrrmm.. Esok ada Hari Terbuka Seksyen Sumber Manusia (SSM). Aku memang takut nak berdepan dengan staff-staff bahagian lain yang bakal datang esok. Ada la beberapa sebab kenapa aku takut. Mujur esok aku ada kursus kat Hotel Grand Continental. Tiga hari beb. Tak payah masuk office. Best gila. Best untuk tiga hari jela. Masuk balik Isnin depan, memang kena ada ketahanan mental yang kuat kot. Mungkin.. Tunggu jela. Haha. Esok makin sunyi la office. Tinggal sembilan orang je kat office. Kesian dorang kena layan staff-staff bahagian lain.



Nota Cik Rimau : Tiba-tiba terfikir satu ayat ni. Tak pasti la ayat ni kategori apa. Perumpamaan kot. "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa." Cik Rimau rasa macam pelik je ayat "kerana pulut santan binasa" tu. Bukan ke kerana santan, pulut binasa? Haha. Jangan marah Cik Rimau. Cik Rimau cuma rasa macam tak sesuai je. Hehe.

1 ulasan:

rj Etika berkata...

hamboi...siap buat kajian peribahasa lagi. hahahaha. maybe die nak bg sedap ritma belakang je kot.

urghh!! geram gile tengok Sahara. Baik tak bertempat. tahpape. !@#$%^&

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...