Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

04 April 2011

Tak Tau Tajuk Apa 2

Assalamualaikum and selamat malam semua..


Semalam sana sini bercerita pasal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010. Aku ingatkan sikit jela yang nak story pasal ni. Sekali merayap je, terkejut aku. Banyak gila rupanya yang nak bercakap benda yang sama. Tajuk pun lebih kurang sama je. Termasukla aku sekali. Adeh.. Lupakan pasal tu, Yang pasti ada satu tarikan yang membuatkan semua orang tergelak besar. Dengan lawak loghat Perak pure yang sangat bersahaja, gandingan Usop Wilca dengan Johan memang boleh buat semua orang kat dalam dewan tu pecah perut tahan gelak. Bukan kat dewan je kot. Kat rumah ni pun riuh jadinya dengan gelagat dorang. Memang terbaik la. Famous jadinya loghat Perak. (Negeri aku. Haha)



Baru kejap tadi aku bukak youtube. Ada video part Usop Wilca dengan Johan. Baru semalam video tu dipos ke Youtube, tapi harini dah ada 36,628 orang yang dah tengok video ni (setakat yang aku tulis ni la). Padahal baru sehari. Gila famous la pakcik ni. Tak sangka kan, sekarang ni kebanyakan dialog daripada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tu dah menjadi ikutan kebanyakan orang. Contohnya, "kite bakor je", "cer citer...cer citer" and banyak lagi. Apa pun, terima kasih kepada orang yang paling banyak berjasa mempopularkan loghat Perak di serata Malaysia. Siapa lagi kan? Tak lain dan tak bukan, Mamat Khalid. 


Korang jangan salah anggap pulak. Bukan la bermaksud aku nak kata loghat negeri lain tak best. Semua best. Semua ada keunikan tersendiri. Cuma aku tak sangka la loghat negeri ni yang aku sendiri pun jarang nak guna, boleh jadi famous macam ni. Sangat tidak sangka. Hehe. Kalau negeri atok and ayie ada cerita Aku Budak Minang, sekurang-kurangnya Perak ada jugak cerita yang boleh dibanggakan sebab menggunakan loghat Perak. Hehe. 



Nota Cik Rimau : Apa Cik Rimau merepek ni pun, Cik Rimau tak tau. Haha. Bengang dengan internet ni ha. Lambat macam siput. Nak je humban ke laut. Huh.

10 ulasan:

ayie berkata...

hehe..amboi.. ayie lak terkenea..hehe.. eh kita kan satu malaysia.. semua orang boleh guna dialek negeri..hehe

rj Etika berkata...

hahahaha....diorang tu memang best gile pon.
Suke dengar diorang ckp perak.

Arshieda Nabila berkata...

yes....suek perok......ayah AN dr perak tp banjar la....;-)

Khairul Onggon berkata...

Tak tgk lagi lam utube hehehe.. Tapi pelbagai loghta mmg best trutama skali loghat utara mmg mghiburkan :)

Unknown berkata...

Atok banggo dongan loghat atok =)

Cik Rimau berkata...

ayie : ala ayie.. cik rimau xkutuk pun kan.. ehehe.. yup betul tu.. tp ade gak loghat ngri lain yg cik rimau susah nak faham.. ehhe

Cik Rimau berkata...

rj Etika : betul3.. hehe..

Cik Rimau berkata...

arshieda : oh.. yeke.. arshieda pulak xlahir kat perak ke? hehe

Cik Rimau berkata...

khairul : lor.. rugi xtgok.. sekejap je dah byk org tgok.. hehe.. sume loghat best.. :-)

Cik Rimau berkata...

atok : yup.. cik rimau pon tok.. tp dok kl ni jarang gune.. krg ckp perak krg, ramai lak xtau.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...