Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

03 Mei 2011

Betul Ke Mimpi Jumpa Haiwan Tandanya...

Assalamualaikum and selamat malam...


Sape tau tafsir mimpi? Hehe. Tiba-tiba tanya. Mereng ke apa aku ni kan. Well, saja tanya. Sebab tadi masa kat office, aku cakap la aku mimpi jumpa harimau. Pastu ada sorang akak tu cakap, kalau mimpi jumpa haiwan, maksudnya tak baik or bahaya. Aku ingat dia gurau je. Yela kan, takkan la setakat mimpi harimau nak makan aku pun ada maksud bukan-bukan. Mimpi kan mainan tidur je. 


Tapi tak lama lepas tu, akak tu datang ke meja aku. Dia cakap benda yang sama. Aku tanya la, apa yang bahayanya? Dia bantai tanya aku balik. Dia tanya lagi, dalam mimpi tu, harimau tu sempat apa-apakan aku ke tak. Aku cakap la tak sempat. Aku sempat lari. Dia cakap baguslah. Sebabnya yang selalu dia dengar orang cakap, kalau mimpi jumpa haiwan, maknanya ada orang nak hantar sihir. Kalau dalam mimpi tu haiwan tu sempat apa-apakan orang yang mimpi tu, maknanya sihir tu dah berjaya dikenakan. Kalau haiwan tu tak sempat buat apa-apa, yang mimpi tu terselamat daripada sihir yang nak dihantar tu.


Terkejut pulak aku dengar. Biar betul.. Seram pulak. Takkan la kot. Mana aku ada musuh. Kot ye pun ada, takkan la sampai nak main sihir. Syirik wei.. Jangan la nayakan aku. Huhu. Tapi kan korang semua yang baik hati, betul ke apa yang akak tu cakap? Ada sesiapa antara korang yang pakar tafsirkan mimpi? Meh la share kat aku apa maksud mimpi aku haritu.. Takut ni.. Huwaaaaaaaaaaa...



Nota Cik Rimau : Esok petang ada gotong-royong memasak sempena sambutan Hari Pekerja yang dibuat Khamis ni nanti. Then, Khamis nanti ada pulak Hari Terbuka Seksyen Sumber Manusia. Jumaat pulak ada Mesyuarat Retreat Bahagian Khidmat Pengurusan kat Cherating. Wahhhhhh.. Macam busy sangat je kan?? Poyo.. Haha

12 ulasan:

BuDaK PeGheLiH berkata...

yeke?? nape saya rasa mcm saya pn slalu jer mimpi binatang.. selalunya mesti ular.. hehehe.. tp pkr bnda tu mainan tidur je la.. xpnh amik serius pn..

Faizal Fredley berkata...

ustaz FF cakap sapa yg mula2 tafsir mimpi yg tu akan jadi kenyataan....kalau elok, elok la jadi nya....tapi x tahu la kan...ni semua kerja tuhan...semoga kita dijauhkan dr segala bencana yg menimpa

Drunbella Khoo berkata...

a'ah i pun penah dengar ceramah kat tv3 ke mana ntah.
kalau mimpi pasal haiwan buas, kiranya melibatkan sihir.
i slalu jugak dok mimpi macam tu.
tp malas laa nk pikir bukan2.

Cinderella berkata...

http://tafsirmimpi.org/category/m

cube try check..
org kata mimpi tu mainan tidur..tapi kdg2 bole jadi suatu petanda..
apa2 pun jgn terlalu percaya dgn tafsir ni

Puteri Iqa Izyan berkata...

baru cakap pasal mimpi semalam :)
ramai yang tau psl2 tfsr mimpi ni.
tp kebanyakan mimpi ni mainan tidur je.
tapi mintak jauh lah kalau mimpi yang buruk2 :)

Cik Rimau berkata...

nana : cik rimau pun anggap mainan tidur je.. tp bile ade yg cakap macam tu, jadi takut lak.. huhu

Cik Rimau berkata...

faizal : hurmm.. betul tu.. amin..

Cik Rimau berkata...

drunbella : yeke.. tadi try jugak search.. jumpe macam2.. tp kebanyakan cakap melibatkan sihir..

Cik Rimau berkata...

cinderella : tq bg link.. dah tgok td.. huhu.. macam-macam tafsiran.. :-)

Cik Rimau berkata...

iqa : harap mcm tu la kan.. moga dijauhkan dr segala bahaya.. amin..

Muhammad Burn berkata...

betulla tu...

Cik Rimau berkata...

Muhammad Burn : Apa yg betul? xpaham... huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...