Assalamualaikum and selamat malam..
Aku tengah layan cerekarama kat tv3 ni. Pelakonnya Ery Putra and Nik Zaris Nellydya (pelakon Spa Q). Agak best jugak. Tapi sambil-sambil layan tu, tangan aku ni rasa gatal pulak nak menaip. Memandangkan aku tengah dalam mood rajin, baik la kalau aku teruskan menaip. Sebelum mood tu menghilang. Betul tak kawan-kawan? Hehe.
Kalau korang ada baca entri aku sebelum ni, korang mesti tau yang kat office aku sekarang dah banyak perubahan. Walaupun proses perubahan tu banyak mengganggu emosi kebanyakan staff terutama aku, tapi alhamdulillah semua tu dapat diselesaikan. Bos tak banyak komen. Mungkin dia puas hati. Tapi tak boleh nak agak. Bos serius beb! Tak berani nak tanya. Haha.
|
Masa hari pindah barang. Area tempat duduk aku. |
|
Orang kuat masa hari gotong-royong tu. Kesian dia kena angkat banyak barang. Huhu. |
|
Masa ni dah siap kemas sikit. Saja pedajalkan Kak Liza. Tangkap gambar masa dia tengah minum air. Laju je dia nak tutup muka. Malu-malu kucing konon. Haha. |
|
Selerak gila kan? Ini sebenarnya masa belum siap kemas. |
Lepas semua dah siap pindah tempat duduk, kerja masing-masing pun dah berubah. Aku pun dah banyak belajar kerja-kerja baru. Kena banyak bertanya pada yang pakar. Malu bertanya sesat jalan. Ye tak? Alhamdulillah dapat kerjasama yang daripada semua orang. (Tak semua orang jugak sebenarnya. Haha)
Semalam pulak, Cik Kema suruh aku ambik alih satu kerja tu. Agak mengejutkan jugak sebab sebelum ni ada sorang kat SSM yang diarahkan buat kerja tu. Aku boleh je buat kerja tu tapi tertanya-tanya jugak kenapa tiba-tiba serah kat aku. Rupa-rupanya, orang tu tak buat pun kerja tu. So, secara automatiknya bos suruh la aku yang buat. Tapi agak malang sikit la sebab bos nak semua tu siap 1 April 2011. Wow.. Mati kering la aku kena buat semua tu sorang-sorang. Adeh..
So, memandangkan kerja yang bertimbun tu + nak buat folder meeting MBJ yang Pak Syed asyik tanya dah siap ke belum tu, terpaksa la aku merajinkan diri datang ke office harini. Agak ramai jugak yang datang. Antaranya ; Cik Kema, Abang Zack, Abang Mok, CC Zaini Othman and CC Zaini Baharun. Aku bawak adik aku untuk tolong aku siapkan folder-folder meeting tu. Ingatkan boleh la buat kerja lain. Tapi tak sempat. Terpaksa la buat hari Isnin nanti. Haisshh..
|
Folder yang terpaksa aku siapkan tadi. Terpaksa import adik aku untuk tolong. Haha. |
|
Siap jugak akhirnya. Yey!! |
|
Kemas tak tempat duduk aku yang baru ni? Masa ni dah nak balik. |
|
Siram pokok angkat aku ni dulu sebelum balik. |
Aku siapkan semua kerja masa dah dekat pukul 3.30 petang. Singgah surau solat dulu sebelum gerak balik. Tapi bukan balik terus ye kawan-kawan. Korang semua tau kan apa ada kat Dataran Merdeka harini dengan esok. Tak silap aku ada Konsert Terima Kasih Harian Metro sempena sambutan 20 tahun Harian Metro. Alang-alang dekat je dengan office aku, baik aku singgah jenguk-jenguk apa yang best. Tapi tadi cuaca agak panas sikit. Asyik beli air je. So, layan jela gambar yang aku sempat ambik sekitar Dataran Merdeka tadi.
|
Booth Era FM. Ada game menari ikut yang ditayangkan kat skrin tv. Macam best. Tapi segan nak join. :-) |
|
Kat pentas tu pulak ada pertunjukan tarian. Best tengok satu group tu menari. |
|
Yang ni mungkin pentas untuk konsert malam ni. |
|
Adik aku nak jugak posing. Huh |
|
Antara booth yang ada. |
|
Antara benda yang kitorang dapat masa merayap kat situ tadi. |
Nota Cik Rimau : Entri ni taip awal dah. Tapi disebabkan upload gambar makan masa sikit, lambat la post jawabnya.. Huhu.
6 ulasan:
rajin cik rimau OT lagi
atok.. cik rimau bukan rajin.. tp terpakse.. haha.. lau x, nnt bos marah.. bos xbuat pon surat ot tu.. dah berkali mintak.. hurmmm
tempat baru azamn baru :)
RAJIN CIK RIMAU CITE TTG OFIS YE.
azhan : hehe.. azam baru mmg ade.. tp xtau berjaya ke x je.. huhu
nurun : memang byk la pon.. dah kbykan mase dihabiskan kt pejabat je.. hehehe
Catat Ulasan