Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

05 Mac 2011

Sabtu Untuk Berehat, Tapi Aku Kerja La Pulak..

Assalamualaikum and selamat hari Sabtu semua..

Harini aku nak cerita pasal apa ye? Hehe.. Cerita semalam tu adalah cerita yang benar-benar berlaku dalam kehidupan aku. Bukan cerita rekaan aku ye. Tapi harini tak nak cerita pasal kenangan pahit tu dah. Semua tu pun dah berlalu. Walaupun aku rasa aku yang paling malang dalam dunia ni, tapi aku sedar yang sebenarnya ada lagi yang lebih malang dari aku. So, better teruskan hidup dan jangan asyik mengeluh je. Betul tak kawan-kawan? :-)


Pagi tadi aku bangun awal sebab nak pergi office. CC mintak kitorang tolong dia buat satu kerja tu. Ikutkan aku rasa tak nak datang. Tiba-tiba pulak sakit perut gila-gila pagi tadi. Punya lama aku duduk menung je depan cermin masa nak bersiap. Berbelah bagi nak pergi ke tak nak. Yerla kan. Nak jalan pun sakit, camne nak sampai ke office? Pengsan karang sape nak tolong? Tapi disebabkan dah cakap nak datang, gagahkan jugak la pergi ke office. Singgah 7 Eleven beli ubat and roti untuk breakfast. 


Bas pun macam faham-faham je aku tak nak tunggu lama. Elok je sampai kat tempat menunggu tu, bas pun sampai. Aku turun kat LRT Bangsar sebab nak ambik teksi je. Malas nak jalan kaki tengah sakit-sakit tu. Tapi malang sungguh nasib aku pagi tadi. Rupa-rupanya jalan nak ke Masjid Negara tu tutup pulak. Aku dah la fail kalau nak ikut jalan lain. Mujur jugak pemandu teksi tu masuk kat Taman Tasik Perdana. Ingatkan boleh la masuk kat traffic light yang dekat dengan area Tugu Negara tu. Sekali terlepas pulak sebab aku  tengah bercakap dengan Kak Liza kat telefon. 


Aku mintak pemandu teksi tu pusing balik. Tapi dia degil nak lalu ikut jalan belakang Rumah Persekutuan tu. Aku nampak ramai tentera. Terfikir jugak, apa dorang buat kat situ. Sampai jalan pun kena tutup. Bila sampai je kat bulatan yang depan Masjid Negara tu, sekali lagi malang menimpa. Jalan tutup jugak wei.. Adehh... Mengapa ini terjadi padaku?  (Ayat poyo. Haha)  


Geram betul rasanya. MySpace Disebabkan dah takde jalan nak u-turn and ada tentera yang tengah kawal trafik, pemandu teksi tu suruh aku turun je kat situ. Hampeh punya teksi. Ada ke patut. Menyesal aku naik teksi. Kalau aku tau aku kena jalan kaki jugak akhirnya, sah-sah la aku takkan naik teksi. Rugi duit aku je. Huh. Lepas je aku bayar duit tambang, aku pun keluar la dari teksi tu dengan muka bengang. Mamat-mamat askar yang tengah duduk atas kuda-kuda tu pandang je aku. Alamak ai.. Kenapa la dia turunkan aku kat situ pulak? Dah nampak ada tentera-tentera pakai baju t-shirt merah kat atas kuda-kuda tu, awat la dia pergi turunkan aku kat situ?


Aku ni dah macam rusa masuk kampung pulak masa tu.  MySpace Teragak-agak nak lintas jalan. Karang kena marah pulak. Tengok dorang pegang senapang. Tak pasal-pasal aku kena tembak karang kalau main lintas je depan dorang. Tengah aku berbelah bagi nak lintas ke tak nak, tiba-tiba salah sorang mamat askar berkuda tu cakap kat aku yang aku boleh lintas je. Hehe. Malu teman. Hik hik hik. Terkedek-kedek la aku lintas jalan. Ramai tau askar kat situ. Maunya tak malu. Semua pakat pandang je aku jalan kat situ. Dah rasa macam VIP pulak kat situ.


Nak control malu punya pasal, aku call Kak Liza.Sambil berjalan tu, aku bagitau la Kak Liza yang aku kena jalan kaki jugak sebab jalan banyak yang kena tutup. Kak Liza gelak je. Hampeh betul.  Aku dengar ada bunyi orang ketawa belakang aku. Bila aku toleh ke belakang, aku tengok mamat-mamat askar yang pakai baju putih bersampin tu tengah gelak sambil pandang kat aku. Gelakkan aku ke wei? Nak kena belasah agaknya. MySpace


Tapi aku buat tak tau je and teruskan berjalan. Sekitar KTM tu sunyi sepi je. Maklumlah jalan dah kena tutup. Takut jugak aku lalu kat situ. Takde orang lain. Aku sorang je. Bila dah sampai kat dalam sikit, lega la sikit sebab ada guard kat setiap jabatan kat dalam tu. Guard yang dekat Jabatan Kesihatan tu selalu ada kat pintu pagar. So, takdela takut sangat. Aku nampak ada beberpa buah kereta yang macam tersesat jalan je. Mesti tersalah masuk tu. Kesian..


Aku sampai serentak dengan Abang Mok and Abang Zack. Kitorang naik ke office pukul 9 pagi. Sampai je aku terus bedal roti dulu. Pastu makan ubat walaupun masa tu rasa sakit dah kurang. Then Kak Liza pulak offer aku roti canai. Aku makan je. Dah orang bagi. Hehe. Pastu sambung kerja semula. Tapi tak bagi sepenuh tumpuan pun kat kerja tu. Sambil-sambil tu bukak blog and sembang dengan member kat yahoo massenger. Jahat kan? Tak lama lepas tu, Ila, Ain and Abang Mat pulak sampai. Buat kerja yang sama jugak.


Masa pukul 11 pagi, masing-masing dah mula mengantuk. Aku pun asyik menguap je. Sudahnya aku bangun merayap kacau CC and Abang Mok. Sekejap je pun. Lepas tu buat kerja balik. Then masak maggie kat pantry and makan berdua dengan Kak Liza. Geng lelaki awal-awal lagi dah melantak maggie. Bila aku balik ke tempat semula, Abang Mat dah terlentok je kat kerusi. Mengantuk katanya. Lepas tu dia bukak lagu Siti Nurhaliza and nyanyi kuat-kuat. Haha. Dah datang pulak gilanya tu. Abang Zack dari jauh perli Abang Mat nyanyi lagu perempuan. Apa da...


Dalam pukul 3 petang, aku kemas-kemas barang sebab nak balik dah. Kebetulan Abang Mok pun dah nak balik. Aku tanya dia lalu mana. Dia kata lalu Dayabumi. Tumpang dia jela sampai ke Dayabumi. Mujur jugak aku balik masa tu. Aku tengok langit dah gelap je. Takut hujan. Esok dorang kata nak datang lagi. Aku? Dah sah-sah aku jawab tak nak. Aku nak rehat ok. Huhu.



Nota Cik Rimau : Cik Rimau bosan ni. Nak online facebook je macam takde mood. Nak ym pun, ym lupa nak install semula.. Malasnya...

9 ulasan:

Nurun berkata...

buat ot sambil berinternet ye...

Cik Rimau berkata...

heheh.. sekali sekale je.. hik3

Nurun berkata...

singgah lagi. sy xble nk drop komen kt shoutbox la.

Cik Rimau berkata...

hurmm.. nape ye.. pelik nie.. huhu

Suhami Ahmad berkata...

Ayooo Cik Rimau, besh nya life kerja Cik Rimau...tukar ngan atok nak??

NaNaoSaKi berkata...

hakhak..sabar je la.. tapi tentera mmg mcm tu.. mcm xpnh tgk pompuan jer.. masa saya skolah dulu saya masuk PKBM wanita.. so ada sekali tu kena pegi kem diorang.. mmg nmpak semua laki jer.. cam xde pompuan pun.. so mcm dorang tgk je kami yg pompuan2 ni.. huhu

kt KL slalu mcm tu kn.. saya dulu duk kat pantai dalam :)

Cik Rimau berkata...

Atok : bukan stiap mase best tok.. ade mase2nye je.. hehe.. xmau.. atok dok la ctu diam2.. hak3

nanaosaki : hehe.. tau xpe.. hurmm.. skrg nie stay mne lak?

NaNaoSaKi berkata...

da balik kg..duduk kt perlis :) rasa aman duduk kt kg..kt kl sesak sgt..

Cik Rimau berkata...

uik.. keje sane la ek? cik rimau pon dah mula rse sesak dok kl nie.. takut pon ade.. dah brape kali kne gangguan seksual.. haisshh.. rse mcm nak je balik kg.. tp....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...