Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

01 Mac 2011

Kesengalan Di Waktu Pagi

Assalamualaikum and selamat pagi semua. Aku baru je sampai pejabat ni. Pagi ni naik teksi sebab hujan agak lebat kat kawasan rumah aku. Masa aku bangun nak mandi pagi tadi, takde pulak tanda-tanda nak hujan. Baru je nak jejak kaki ke dalam bilik air, tiba-tiba pulak dengar bunyi hujan turun. Haiiisshhh...

Lepas siap-siap, aku turun ke tempat tunggu bas. Ada la dalam lima minit tunggu kat bus stop tu. Tak lama lepas tu bas pun sampai. Aku tengok nombor bas tu dari jauh. Confident dah tu memang bas aku. Aku pun selamba badak je naik bas tu. Sekali sampai kat traffic light, bas tu masuk kiri. Aku dah mula cuak. Fikir balik. Betul ke tak bas yang aku naik ni. Aku pandang orang-orang dalam bas tu. Dalam kepala dah teranya-tanya, kenapa banyak muka dalam bas ni aku tak familiar je. Kalau ada yang aku kenal pun, ada la sorang dua. 

Aku usha sekali lagi. Kenapa dorang tak gelabah pun bas masuk simpang kiri ni? Semua muka rileks je. Sah la aku salah naik bas ni. Sampai kat LRT Universiti, aku tengok ramai yang turun. Aku teragak-agak nak turun. Tapi bila fikirkan takut terlepas ke mana-mana, aku pun turun la jugak. Aku terus beli tiket untuk ke Bangsar. Mujur masa tu baru 6.45 pagi. Sempat la jugak nak ke Bangsar semula. Dari Bangsar aku ambik teksi ke pejabat. Yang peliknya, masa lalu kat kawasan Masjid Negara tak hujan pun. Uishh. Hujan sekerat-sekerat la pulak. Hehe. Apa-apa pun, yang penting aku dah pun selamat sampai kat pejabat ni. 


Nota Cik Rimau : Kepala dah mula pening. Nak demam pulak ke? Takpe-takpe. Panadol ada dalam beg. Hehe.

5 ulasan:

Unknown berkata...

hihi...cik rimau cik rimau...seb bek tak sampai ke seghomban....

Cik Rimau berkata...

Hahaha.. Atok ni.. Takde la sampai sane.. Serius Cik Rimau nampak itu nombor bas yg bese Cik Rimau naik.. Tak tau lak die tibe2 magik bertukar.. Haha

amry berkata...

dah lama la tak naik bas kota ni. tak pandai nak naik pon. hehehe

Unknown berkata...

haish....musti mamailah tu...nasib baik sompek poie kojo kan

Cik Rimau berkata...

Amry : uissshh.. xkan xpndai kot.. skrg ni da mkin maju.. main pakai kad plak nak turun n naik..


Atok : Mane de mamai la tok.. Segar bugar ag.. Ujan time tu.. Huhu.. Sempat aje.. Kalau naik kete, 7-8 minit je nak ke ofis dr umah cik rimau.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...