Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

22 Mac 2011

Segmen Aku dan Sekolah

Malam ni rasa gatal nak join segmen anjuran Cik Aniss yang bakal ambik result SPM esok. Tiba-tiba rasa nak imbas memori dulu-dulu. Rindu kawan-kawan sekolah. Rindu nak gaduh and belasah kawan-kawan macam dulu. Betapa ganasnya aku masa sekolah dulu. Hehe.




Makna Sekolah Bagi Anda?
Bagi aku, sekolah adalah tempat untuk menuntut ilmu. Sekolah jugak la yang ajar aku untuk hidup berdikari. Kenal kawan-kawan yang best. Dapat cikgu-cikgu yang baik. Sekolah dah macam rumah kedua bagi aku sebab aku stay asrama. Haha


Ceritakan Kenangan Manis Anda Di Sekolah
Kenangan manis eh. Hurmm.. Banyak kot. Aku ni duduk asrama dari form 1 sampai form 5. So, memang banyak kenangan. Nakal tak kot. Tapi melanggar peraturan asrama. Curi-curi seludup handphone. Bila kantoi, semua handphone cikgu rampas. Tapi tu tak mematahkan semangat kitorang untuk bersms or call sape-sape. Sebabnya, ada yang sanggup pulak pinjam handphone kawan yang tak duduk asrama. Tak pun, sape yang bawak handphone ke asrama, bagi kawan yang tak duduk asrama tolong simpankan. Malam-malam kawan tu akan datang kat pagar asrama kutip handphone. Faham-faham jela cikgu suka buat spot check time kitorang pergi kelas. 

Sepanjang duduk asrama, kitorang paling happy kalau hari Sabtu. Sebab boleh tengok tv dari pagi sampai malam. Jakun woo kalau dapat tengok tv. Selalu pergi sekolah dengar kawan-kawan cerita tengok cerita itu la. Cerita ini la. Kitorang tak dapat tengok. Hangin je. Sabtu jugak boleh outing. Suka sebab dapat merayap walaupun ada dihadkan jumlah student yang boleh keluar. And Sabtu jugak hari untuk keluarga datang melawat. Memang best. 

Selain tu jugak, aku banyak jadi wakil sekolah dalam bermacam jenis pertandingan. Pergi kem or kursus macam-macam peringkat. Best woo dapat ponteng kelas. Cikgu pun tak halang. Duduk kelas pertama time tu. Cikgu asyik cari kitorang je untuk jadi wakil sekolah. Best jadi harapan sekolah ni. Haha. Boleh buat budak-budak kelas lain jealous. (Gurau je. Aku baik masa sekolah. ^-^ )


Ceritakan Kenangan Pahit Anda Di Sekolah
Seingat aku, takde kenangan pahit. Semua manis belaka. Kalau ada pun, mungkin rasa terkilan sikit masa sambutan Hari Kantin. Boleh pulak masa Hari Kantin tu diadakan, aku punya tekak buat hal. Rasa nak muntah sepanjang hari. Apa pun tak boleh nak masuk tekak. Padahal masa tu macam-macam jenis makanan dorang jual. Aku tak boleh nak merasai keseronokan macam kawan-kawan lain. Sangat jealous okeh. Yang paling buat aku geram, elok je aktiviti jualan Hari Kantin tu dah nak tamat, baru la tekak aku boleh terima makanan. Haiishh..

Nak tengok gambar aku masa sekolah? Cuba korang teka mana satu aku. Hehe.

Masa form 5. Kurang sorang. Warga 5 Sains 1 Tahun 2006 dengan guru kelas Cikgu Jamil (Cikgu Fizik jugak).

Dengan Teacher Durrah.

Dengan Cikgu Jamil masa dah dekat nak SPM.

Dengan Cikgu Kang (cikgu Matematik).

AJK Majalah Sekolah Tahun 2006.

Dapat tau dah ke mana satu aku? Aku yang paling ganas. Agak-agak korang yang mana satu?


Nota Cik Rimau : Badan dah mula panas. Nak demam ke Cik Rimau malam ni? Selsema pun dah mai ni. Haisshh..

10 ulasan:

aNiss :):) berkata...

hahaha :) ta taw yang mane satu cik rimau dlm gambar.. em, mekaseh sebab join wpun demam.. makan ubat taw.. doakan aniss esok :)

JHaZ KiTaRo berkata...

nice.. :) salam.. rajin2, meh laa ziarah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca my travelling experiences to 45 buah negara.. :)

dwatyKNY berkata...

rindunya nak gi sekolah... hehehe

Cik Rimau berkata...

aniss : hehe... xkenal cik rimau? adeh.. mane yg aniss nampak gaya ganas semacam je, cik rimau la tu.. hehe

Cik Rimau berkata...

jhazkitaro : salam.. ok.. akan diterjah.. hebat la 45 negara tu..

Cik Rimau berkata...

dwaty : cik rimau ni ag rindu.. hehe

eastbullet berkata...

tu gambar pertama tu memang banjir betul ke edit..?? :P

time sekolah menengah EB tak banyak sangat experience. sebab asyik2 tukar sekolah dari form 1 sampi form 5..

tapi time sekolah rendah jin penuh satu badan buat jahat..

eastbullet.com

Unknown berkata...

cik rimau mana satu? hehe...kompemlah yang paling ganas tu...

Cik Rimau berkata...

eastbullet : itu gambar tuan pye blog yg anjurkan segmen tu.. cik rimau xpasti betul ke x tu.. huhu..

Cik Rimau berkata...

atok : yup.. atok, yg sume gaye ganas tu, cik rimau la tu.. kat kelas tu, cik rimau je girl paling ganas tau.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...