Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

24 Mac 2011

Nak Membebel Je...

Assalamualaikum and selamat malam semua..

Harini aku bangun pergi kerja macam biasa. Cumanya, hujan yang lebat membuatkan aku lambat turun ke tempat tunggu bas. Malas aku nak redah hujan. Sampai je kat tempat tunggu bas tadi, ada something pulak yang jadi. Masa tu bas dah sampai. Hujan pun dah tak lebat sangat. Ramai yang beratur kat luar bas tu. Aku malas nak berebut. So tunggu jela sampai dapat naik. Masa tengah tunggu tu la, tiba-tiba dengar ada suara orang menjerit. Suruh tolong angkat orang. Aku toleh la. Aku ingatkan ada orang jatuh kat dalam longkang besar kat situ. Sekali aku terpandang ada sorang lelaki terbaring dekat dengan lopak air. Terkejut aku. 

Suara-suara yang menjerit suruh tolong angkatkan tu still jugak menjerit. Tapi rasa macam kelakar sikit la perangai orang-orang yang menjerit tu. Yela kan. Daripada dorang menjerit suruh orang angkatkan, kenapa tak dorang je yang angkatkan? Haisshh.. Tapi aku respect kat sorang budak sekolah tu. Dia yang first pergi dekat lelaki tu. Dia nak tolong angkat. Tapi lelaki tu macam pengsan sekejap. Then tiba-tiba menggeletar. Ada orang cakap, mungkin dia terkena sawan. Aku tak pasti betul ke tak. Tapi rasa kesian jugak kat dia. Mujur lepas tu ada dua orang lagi lelaki datang tolong dia. Tak lama lepas tu  dia dah boleh bangun balik. Naik satu bas dengan aku. Kesian baju dia basah. Hurmm..

Harini kat pejabat, takde pape yang best. Kerja macam biasa. Lunch hour pulak pergi makan kat Pasar Seni. Faham-faham jela bila time gaji ni kan. Semua pergi mengeluarkan duit. Asyik bertembung dengan orang-orang yang bawak bungkusan benda ni.

Gambar KFC ni dipinjam dari Inchek Google.

Pastu Kak Liza cakap macam ni, "Biasa la kalau time gaji." Haha. Memang betul pun kan? Time gaji baru masuk je dapat enjoy and makan best-best. Bila sampai tengah bulan, semua pakat duduk dekat pejabat je. Betul tak? Tak semua la kot. :)

Sebelum balik office balik, kitorang singgah Dayabumi. Saja jalan-jalan. Pastu aku pilih sendiri hadiah birthday aku. Haha. Jahat kan? Eh.. Biarla. Dah memang seksyen aku ada buat peruntukan untuk bagi hadiah birthday kat staff-staff yang sambut birthday. Alang-alang nak pilih hadiah, baik aku pilih sendiri. Baru puas hati. Betul tak kawan-kawan? 

Then, masa nak balik office balik, Cik Nita tersalah letak token parking tu. Kelam-kabut kitorang cari. Cuak jugak kalau hilang. Sebab sebelum ni ada sorang kawan dah terbuat token tu hilang. Kena denda RM40 selagi tak pulangkan balik. Nasib baik tadi kitorang jumpa jugak. Haisshh..


Nota Cik Rimau : Dah semakin sihat. Yey! Oh ya. Tadi pun ada kawan belanja makan KFC tu. Rezeki.. Hehe.. Ok la. Nak layan cerita Korea pulak. Dah gila layan Korea balik. Nak join? Jom la.. Hehe.

11 ulasan:

amry berkata...

kena sawan kot tu....bagusnyer budak lelaki tu..bagus!

KFC. sama la ngan eden. time gaji boleh la.huhu..tapi sekarang tak lagi walaupon gaji,kena jimta.ingat time tak ada duit.hehe

besday?? bila kah tarikh itu..nak bagi hadiah banglo ni..kekeke

Nurun berkata...

sedih bl bygkn situasi lelaki tu. =(
keje gov ek?
nnt buat satu entry ttg hadiah bufday tu ye.
fyi: ur blog link already in my blog. =)

Nurun berkata...

sedih bl bygkn situasi lelaki tu. =(
keje gov ek?
nnt buat satu entry ttg hadiah bufday tu ye.
fyi: ur blog link already in my blog. =)

Suhami Ahmad berkata...

bagus budak laki tu...bolih buek menantu tu

aLieF si Muncung ManiS berkata...

bagus nye budak sekolah tu..entah2 dia tak dpt angkat badan org jatuh tu..cik rimau,,betul tu..kalau dpt gaji je mesti enjoy,..mcm mmber alief gak..bila biasisiwa masuk,kompem enjoy..bila duit abis,maggie jadi mangsa..haha..lapar pulak bila tgok kfc tu..huhhu

Cik Rimau berkata...

amry : memang bagus.. cik rimau suke sikap die.. cik rimau rase nak tolong mase tu.. tp cik rimau pon ngah demam mase tu.. tak mau la kena hujan.. mujur budak tu pergi kat lelaki tu.. indian boy.. baik sangat.. yg lain stkat pandang je.. hurmm..

cik rimau pon dah kurang dah belanja banyak time gaji.. jimat.. harga barang naik je.. gaji xjugak naik..

besday miggu lepas la.. kan cik rimau ade story kt sini.. hehe

Cik Rimau berkata...

nurun : hehe.. ala.. segan la nak buat entri pasal adiah tu.. tq yer..

Cik Rimau berkata...

atok : ok gak tu atok buat menantu.. tp nanti kawin mix la.. hehe.. otak lebih berkembang tok.. bagus2.. hehe

Cik Rimau berkata...

alief : kawan alief ke alief sndr yg enjoy tu? haha.. cik rimau enjoy pon ikut keperluan la.. selebihnye kne jimat.. dok kl ni banyak pakai duit.. hehe

kay_are berkata...

pe jadi kat yang jatuh tu pastu?? suspen.. tbe2 ade kfc lak.. ish memang saje wat jeles ni.. huu

Cik Rimau berkata...

kay_are : die ok je.. pastu die bangun lek and naik bas g keje mcm bese.. tp dgn baju yg basah la.. huhu.. kfc tu sebab time gaji.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...