Assalamualaikum and selamat malam semua..
Penatnye harini. Baru je sempat layan blog ni. Semalam aku tak sempat nak taip apa-apa. Tertinggal sehari update blog. Geramnya! Nak tau kenapa aku tak cerita apa-apa semalam? Tak nak tau?? Tak nak tau takpe. Aku cerita jugak. Haha.
Actually semalam, aku dah bukak dah blog. Pastu aku bukak pulak dvd My Girl aku yang baru dipulangkan sorang akak kat pejabat tu. Layan kejap cerita tu. Pastu tiba-tiba terlelap. Sedar-sedar dah pukul 12.30 malam. Cerita panda kat tv tu pun dah habis. Tengok facebook, ada beberapa message kawan-kawan kat facebook chat. Nak balas pun dah lewat sangat. Habisla kawan-kawan cop aku sombong lepas ni. Huhu.
Semalam kat pejabat, berlaku satu situasi tegang melibatkan semua staff Seksyen Sumber Manusia (SSM). Tengah aku khusyuk mengadap kerja, tiba-tiba je aku tengok kat kaunter depan kecoh. Aku dapat agak dah apa yang jadi sebab hari sebelum tu pun dah kecoh sikit. Bos pulak memang dah bad mood dari awal pagi. Tak pasal-pasal semua kena tempias kemarahan bos. Maunya tak marah. Tak pasal-pasal seksyen aku dituduh hilangkan something yang sangat-sangat penting. Aku tak tau salah pada pihak mana. Tapi kalau betul seksyen aku salah letak, mesti kitorang dah jumpa barang yang hilang tu. Mustahil la tak jumpa sebab semua orang cari kat semua ceruk office. Tapi entahla.. Malas nak salahkan sesiapa. Siapa salah siapa betul akan terbukti jugak satu hari nanti. Betul tak kawan-kawan? Hehe.
Lepas dah settle cari barang tu, kitorang balik ke tempat masing-masing and sambung kerja semula. Tak lama lepas tu, Cik Nita pulak datang ke meja kitorang and bagitau yang bos nak tengok kitorang semua dah siap duduk kat tempat baru Isnin nanti. Perrgghh.. Arahan apa ni. Belum lagi reda kes tu, dah nak buat kerja lain pulak. Aku bukan tak menyokong perpindahan tempat duduk tu. Aku sangat-sangat menyokong atas alasan yang aku pernah nyatakan kat sini dulu. Tapi, bagi aku buat masa ni agak tak sesuai. Takut nanti orang kaitkan kehilangan barang tu dengan proses perpindahan tempat duduk tu. Tak ke naye?
Masa rehat pulak, aku keluar makan dekat Pasar Seni dengan Kak Ziha and Kak Ila. Saja nak lepas tension. Otak rasa terbeban dengan semua benda kat. Lepas habis makan, kitorang balik ke office. Kitorang tak merayap ke mana-mana pun sebab hujan masa tengah hari semalam. Sampai kat office, aku tanya kawan-kawan lain. Bila nak mulakan proses pindah tempat tu. Tapi dorang kata tak payah ikutkan sangat atas beberapa alasan. Aku tak boleh nak buat apa. Nak pindah memang tak boleh la. Sebabnya, selagi meja-meja kat bahagian belakang tak diubah, selagi tu la kitorang tak boleh nak gerak. Sudahnya aku balik ke tempat aku semula. Buat penat je cari kotak sampai luka-luka tangan. Sekali tengok takde pergerakan. Haiisshh.
And semalam, sebelum balik aku kacau CC Zaini. Saja nak mintak dia sokong permohonan cuti aku kat sistem HRMIS. Karang tak pasal-pasal Pak Syed tak nak luluskan cuti aku kalau CC tak sokong. Tak kisah la Pak Syed belum luluskan. Janji CC dah sokong. Isnin cuti. Yeeehhaaaa... Haha.
Memandangkan Isnin ni aku nak cuti, so aku pun datang la OT tadi. Aku bangun lambat tadi. Sampai kat office pukul 9.30 pagi. Sekali tengok, Abang Mok and Abang Zack dah terpacak tunggu kat luar office. Adeh.. Awalnya dorang datang. Nasib baik dorang tak membebel marahkan aku. Hehe. Pastu aku bajet nak buat kerja aku sendiri. Sekali kena buat kerja lain pulak. Tapi takpe la. Tolong kawan. Abang Zack pun tolong sekali. Dalam pukul 11 lebih kot baru sorang lagi staff SSM sampai. Sampai-sampai je dah buat aku panas dengan soalan kerek dia tu. Geram betul..
Nota Cik Rimau : Cik Rimau sakit kepala la. Jom layan Berkalong Noda... Hehe
8 ulasan:
my girl?? best cite tu.. hee.. agak tegang gak r situasi tu.. bos marah tu.. jangan men2.. huu
ayoyo....rajinya OT cik rimau. Lebat bulan2 ni
kay_are : memang best cite tu.. feeling abis la.. cite plg cik rimau minat sblom keluar you're beautiful.. hurmm.. memang tegang pun.. bos marah2.. mujur die bukan jnis yg menengking.. just membebel je.. hehe
Atok : mane de rajin tok.. terpakse.. hehe.. minggu depan ade mesyuarat ag tau.. takut lau byk keje tertunggak bos marah lak..
Sabar-sabar~~cuma perlu senyum jer..tak perlu kata apa2~~hakhakhak
encik nakal : haha.. ayat nakal buat cik rimau teringat lak nak post something dgn ayat tu.. hehe.. nanti nak citer soemthing dgn ayat nakal ni.. :-)
ehhh cik rimau pon lyn my girl ke..cik pon minat gile..ulng bnyk kali pun x jemu
cik lola : awat.. xcaye ek?? ganas2 pon layan ok citer jiwang.. pasal minat gile la cik rimau sanggup beli dvd yang nak dekat 100.. tp xkisah la duit melayang asalkan dapat layan cite tu banyak kali.. you're beautiful adik dah tlg download kan.. byk kali layan.. huhu
Catat Ulasan