Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

18 Mac 2011

Tak Tau Tajuk Apa

Assalamualaikum and selamat malam semua..

Harini agak lewat aku merepek kat sini. Seronok tengok cerita harimau kat tv3 ni ha. Geram wei tengok anak harimau tu. Comel gila. Macam manja je. Nak bela harimau boleh tak? Macam best je tengok orang tu jaga anak harimau. Hehe. Tapi sedih tengok part yang mak harimau terpisah dengan anak dia. Huwaaaaaaaaa..

Hurrmm.. Ok. Lupakan kejap cerita pasal harimau comel tu. Aku nak membebel lagi malam ni. Korang kena baca. Kalau tak aku merajuk tak nak merayap rumah korang. Hehe. (Gurau je ok.) Harini kan, aku rasa macam aman semacam je kat pejabat tu. Pakcik Syed takde. Kak Su EL. Abang Mok still cuti tanpa rekod. Yang lain-lain pulak, ada je kat pejabat. Cuma rasa macam senyap sikit pejabat. Tenang and damai. Maybe sebab masing-masing sibuk kemaskan tempat baru. Yerla. Baru pindah tempat kan. Mesti la nak kemas and selesakan diri masing-masing. Yang paling penting, aku happy sebab tempat aku dengan Kak Ziha and Kak Liza dah kemas. Senang je hati bila tengok. :-)

Harini aku keluar pejabat lambat sikit. Pukul 5 petang kot baru keluar. Masa sampai dekat tempat parking luar kawasan jabatan, ada sorang pak guard tegur kitorang. Aku tak pasti dia pak guard jabatan mana. Yang pasti bukan jabatan aku la. Dia pesan kat aku and Kak Ziha. Dia suruh kitorang berhati-hati sikit bila berjalan sebab dia ada nampak dua orang lelaki naik motor berlegar-legar kat sekitar situ dengan gaya yang mencurigakan. Berderau darah dengar pesanan pak guard tu. Tapi rasa berterima kasih jugak la sebab bagi peringatan kat kitorang. Baik kan pak guard tu? 

Aku and Kak Ziha asyik tertoleh-toleh je sepanjang berjalan tu. Aku tak risau sangat sebab bawak beg sandang belakang. Kak Ziha bawak beg tangan. Agak bahaya la kan. Tapi mujur la tak terserempak dengan orang yang dimaksudkan oleh pak guard tu. Sampai je kat terowong depan Dayabumi tu, aku nampak ada orang ramai berkumpul depan pintu keluar Dayabumi. Aku ingatkan orang accident. Bila kitorang sampai dekat sikit dengan tempat orang kumpul ramai-ramai tu, aku nampak ada sorang lelaki muka berdarah. And then, ada kereta yang kat dalamnya ada 3-4 orang lelaki berhenti tengok je. 

Aku tak pasti apa yang jadi. Tapi hati aku kuat mengatakan yang lelaki yang tercedera tu adalah orang yang dimaksudkan oleh pak guard tu. Sebab ciri-ciri yang dinyatakan pak guard tu kat kitorang macam kena je dengan orang yang accident tu. Aku tengok dorang macam kena tahan dengan orang ramai je. Kalau betul la dorang tu yang pak guard maksudkan, alhamdulillah la sebab dorang berjaya ditangkap. Huhu.


Nota Cik Rimau : Cik Rimau happy ni sebab tadi Kak Ila bagi Cik Rimau kasi hadiah besday. Tak sangka dia nak belikan Cik Rimau hadiah. Sukanya. Hehe. Jom ikut Cik Rimau tengok adik-adik Cik Rimau berlakon kat tv3. Cik Rimau geram tengok harimau tu. Comel gila. Auuuwww.. Nak peluk je rasanya. Hehe.

10 ulasan:

amry berkata...

kena sentiasa alert dengan persekitaran.sekarang ni macam2 boleh jadi.tak terduga.1 saat kecuaian.penyesalan yang mungkin makan tahun wooo....

Suke sangat la cik rimau ni dengan rimau erk..jangan sampai kena cakau erk.hehe

Wafiy Suzly berkata...

wah peminat rimau pun adaa

kay_are berkata...

lame dah x tengok tv.. ish ish.. semlam baru arse tengok raja lawak final.. em.. x habis2 cite pakcik syed.. kalau die bace blog ni xtau r.. ape pun.. free je kne balasan kan.. so kne pk r sebelum wat jahat ni kan?

Suhami Ahmad berkata...

ooo citer 2 brothers ek...sodih cito tu cik rimau....tapi happy ending =)

rj Etika berkata...

Hoh...betul ke lelaki tu lelaki yg pakgad tu cakap? gile cepat dapat balasan.

Kalau camtu letak la tajuk entry, 2 Orang Lelaki Naik Motor Muka Mencurigakan. Ok..saje je. Bai. hahaha~

Cik Rimau berkata...

amry : yup betul.. seram dok kl nie.. macam2 kes dah jd.. huhu..

uishh.. memang suke pon.. sebab mcm kucing tp besar berganda2.. i like binatang berbulu nie.. kecuali ulat bulu.. hehe.. xdela.. cik rimau kan harimau gak.. xberani dorg nak cakau.. haha

Cik Rimau berkata...

Wafiy Suzly : hehe.. nape.. pelik sgt ke minat rimau.. hehe

Cik Rimau berkata...

kay_are : xtgok raja lawak sebab xde astro.. haha.. adeh.. dah name pon xsuke pakcik syed.. mmg byk sal die jela.. sape suh cri psal dgn cik rimau.. xpe.. die bute it.. mane reti main blog nie.. haha.. yup.. tp xsure la btul ke tak itu orgnye.. huhu

Cik Rimau berkata...

atok : haah.. sedih tok.. tgok mak die kejar mase anak die kne kidnap tu.. jatuh plak dr atas trak tu.. kne lawan adik beradik la.. kne pakse lompat gelung api la.. sedih je tgok dorg.. nsb baik lastnye dorg jpe balik.. hehe.. btw, macam mane dorg latih rimau tu utk berlakon.. hehe

Cik Rimau berkata...

rj Etika : itu la pasal.. tp pak guard tu ckp 2 org laki india.. betu la tu kot.. sbb yg accident tu pon indian gak.. bukan racist ye.. cite btul ni.. tp kalau btul dorg, nampaknye memang cept gile balasan tu.. hehe.. wah tajuk.. nak gmpak je ek.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...