Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

16 Mac 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum and selamat malam semua..

Tajuk kat atas tu aku tak pasti sangat dah pernah guna ke belum. Tapi tak kisah la kan. Tajuk je pun. Janji apa yang aku nak ceritakan ni ada kena mengena dengan tajuk. Betul tak kawan-kawan? Korang kena iyakan jugak apa aku cakap walaupun dalam hati korang kata tak betul. Aku kejam okeh. Haha.

Semalam aku ada cerita yang kat office aku akan adakan gotong-royong pindah tempat duduk. So, harini aktiviti gotong-royong tu berjalan seperti yang dirancangkan. Tapi bermula agak lewat la. Sebabnya masing-masing macam tertanya-tanya bila nak mulakan. Takde arahan yang jelas. Karang memandai-mandai buat sendiri, bos marah pulak kan? Tapi sudahnya kitorang ubah jugak sebab ada sape entah cakap yang bos nak tengok esok semua dah ubah tempat duduk. Tak kisah la semua dah pindah ke belum. Janji ada nampak pergerakan. Sebab tu la kitorang gerak jugak.

Lepas dorang kemas kawasan pintu belakang, baru la kitorang mula pindahkan meja and kabinet. Aku masukkan semua barang aku ke dalam kotak. Memang semua bekerjasama. Bagus sikap tu. Tapi agak kecewa la dengan sikap beberapa orang yang tak beri kerjasama tu. Aku tak maksudkan yang dah berusia. Dorang aku tak kisah. Aku faham. Yang aku tak faham tu, yang muda-muda. Bukan semua. Ada la beberapa je. Langsung tak ambik port. Duduk je kat meja. Sikit pun tak jenguk kitorang yang bertungkus lumus berkemas. Akak yang baru lepas operate masa bersalin tu pun boleh tolong kitorang angkat barang-barang. Kenapa dorang tak boleh kan? Sihat walafiat lagi tu. 

Mungkin dorang banyak kerja. Tapi bukan dorang je yang banyak kerja. Kitorang yang ke hulu ke hilir pindahkan meja-meja and barang-barang tu semua tak banyak kerja ke? Banyak ok. Bukan sikit-sikit. Tapi dah bos arahkan pindah, kitorang kena buat jugak walaupun ramai yang tak bersetuju. Tak setuju bukan ikut suka hati je ye. Ada alasan kenapa kitorang tak bersetuju. Masalah utama, ruang yang sangat terhad. Lagi satu, bos kata bulan Jun ni nanti akan ada renovate lagi sekali. Tak ke nanti macam buat kerja yang sama dua kali. Tapi bangkang pun tak guna kan. Ikut jela bos suruh. 

Berbalik kepada yang tak menolong tu pulak, lepas je meja aku and geng satu kawasan aku settle dipindahkan, Abang Zack tanya la kat dorang, nak duduk belah mana. Boleh pulak sorang tu tanya, "kena pindah harini jugak ke?" Aku dengar Abang Zack jawab dengan nada yang agak keras sikit. Yerla kan. Kawan tu penat sepanjang harini angkat meja. Dah la tadi Seksyen Sumber Manusia (SSM) ada tiga orang hero je. Abang Mok cuti sebab wife bersalin. Abang Mat ada hal kat luar. Pakcik Syed pergi Terengganu. Tinggal la Abang Zack, Abang Lan and CC Zaini. Nak harapkan perempuan angkat meja yang berat tu, memang tak terangkat la. Aku sendiri pun fail. Ini kan pulak nak ajak akak-akak yang lemah-lembut tu. Haha.

Abang Zack kata dia nak pindahkan meja harini jugak. Esok dia malas. Lepas Abang Zack cakap macam tu, baru la dorang nak bergerak. Baru terkial-kial nak berkemas. Sebelum tu buat tak tau je. Aku memang tak tolong la. Bukan balas dendam ye. Aku pun dah penat gila. Peluh usah cakap la. Memang tak berhenti keluar. Kak Ziha and Kak Liza pun busy kemas tempat kitorang. Aku pulak jadi tukang pasang balik wayar-wayar komputer. Walaupun agak takut-takut nak pasang balik, tapi berjaya jugak on balik komputer. Hehe.

Aku ingatkan susunan kat tempat orang yang tak tolong tu dah settle la lepas rehat tu. Rupa-rupanya sampai ke petang tak settle jugak. Sebabnya ada orang tak nak mengalah and nak ruang yang besar untuk diri sendiri. Semua jenis almari nak disumbat kat kawasan yang sempit tu. Haissshh.. Susah betul orang macam ni. 

Dah la semua benda nak harap kat orang lain. Barang-barang yang aku lekat kat dinding tu pun, kalau boleh dia nak jugak. Mana boleh. Bukan kedekut. Aku pun susah payah cari info sendiri. Print dari laman web. Mintak salinan or fotostat sendiri kalau aku tak jumpa kat web. Jangan la asyik harap orang suap je. Kalau macam tu, sampai bila nak pandai? Kata nak belajar. Aku ajarkan. Yang jadi halnya, dia bukan mintak aku ajar sebenarnya. Macam mintak aku settlekan pulak. Aku la pulak yang kena semak pekeliling untuk pastikan ok ke tak benda yang dia nak buat. 

Tolonglah wei. Belajar la. Orang lain pun banyak kerja. Mujur pagi tadi mood aku ok. Aku tolong la jugak dia buat kerja tu. Actually, aku dah bagi semua contoh macam mana nak buat kerja tu. Semua contoh yang aku pernah buat sebelum ni. Complete. Tak tengok ke? Aku bagi soft copy tu. Bukan print kat kertas ke apa ke. Itu pun malas jugak nak study. Sikit-sikit nak tanya. Tak salah tanya. Aku pun selalu jugak bertanya. Tapi kalau boleh, study dulu yang aku dah bagi contoh tu. Agak-agak tak faham baru tanya. Ye tak?

Aku bukan kedekut ilmu. Aku boleh ajarkan. Aku pun suka kalau orang tanya. Itu membuktikan orang percaya kat kita. Yang tak sukanya, dah la nak belajar kan. Kita pulak kena jadi kuli nak pergi ke tempat dia pergi ajar. Come on la. Ada ke orang yang nak pandai tunggu cikgu datang ajar? Awak nak belajar, awak kena datang berguru. Bukannya main jerit bajet bos. Ingat aku kuli ke? Kita satu level ok. Aku tau aku paling muda kat SSM. Tapi tak bermakna aku boleh senang-senang dibuli.


Nota Cik Rimau : Esok birthday Cik Rimau yang ke 22. Korang kena bagi Cik Rimau hadiah. Haha. (Gurau je.).. Cik Rimau nak tidur.. Penat wooo

10 ulasan:

aNiss :):) berkata...

hehehe :) sabarlah yea.. biasa lah tuhh.. ade org rajen, ade yg malas.. ehh! epy befdays yea :)

Pencacai Alim berkata...

bab pindah memindah ni mmg boring dow..nk mengemas satu hal.nak plak yg pakai PC..adus nk pasang blk lagi la..kalau notebook senang..

kyo_9 berkata...

お誕生日おめでとう!
Selamat Hari Jadi.. ;)

p/s Guru di sekolah memang dibayar ntk mengajar anak murid sampai paham.. tp bila dah kluar dari alam persekolahan, memang dah jadi tanggungjawab kita ntk belajar sendiri; usaha sendiri ntk belajar sampai paham.. ;)

kay_are berkata...

panjang cik rimau bercerite.. em.. baba gotong royong, bese time sekolah memang mase2 camni r ramai2 cube lari.. so kepade cik rimau yang rajin, tahniah.. nak komen kat dorang yang x wat keje tu, yang ngah menaip komen ni pun malas bab2 gotong royong ni.. so xleh r nak kate ape =P

Unknown berkata...

sabar ek cik rimau. mano2 pun kito jumpo orang camtu...tapi atok advice, jgn 100% luahkan perasaan kt blog. takut........takut ado batu api baco blog ni p laga2 kan cik rimau ngan opismate...ada kes cmtu...

Cik Rimau berkata...

aniss : hurmm.. tu la psl.. tp geram la.. huhu.. tq yer..

Cik Rimau berkata...

pencacai alim : betul tu.. penat gile nak pindahkan.. dah r kne pasang pc balik.. pening nak igt wayar kat mane.. main pasang je.. huhu

Cik Rimau berkata...

kyo_9 : tau xpe.. tp masih ade lg yg suke disuap je.. xreti nak usaha sndri.. mals tol.. tq yer.. hehe

Cik Rimau berkata...

kay_are : perli cik rimau ke? haha.. xdela.. just geram je.. sikit pon xtlg.. dah ar libatkan tmpt die sekali.. ikutkan xnak ktrg tlg die.. tp dah name pon gotong-royong.. msti la buat same2 kan? hehe.. oo.. malas eh..

Cik Rimau berkata...

atok : huhu.. tau tok.. tp stkt ni, yg tau blog cik rimau just Ila(meteoragurlz), sorg akak yg rapat dgn cik rimau and kwn skola.. lain cik rimau xkasi.. sebab xxboleh dipercayai.. hik3.. papepon, tq tok.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...