Assalamualaikum and selamat sejahtera kepada semua..
Harini dah 15 Mac. Cepat je masa berlalu kan. Sedar-sedar dah nak dekat pertengahan bulan Mac dah. Haiisshhh.. Kat sini aku nak ambik kesempatan untuk wish birthday kat rakan-rakan blogger yang sambut hari jadi harini. Semoga dimurahkan rezeki and sentiasa di dalam redhaNya.
Harini aku masuk kerja balik. Tapi agak liat sikit nak bangun. Malas ok nak bangun mandi pukul 5.30. Actually aku kunci pukul 5.30. Tapi macam biasa. Matikan alarm. 15 minit lepas tu baru bangun. Mujur tak terlepas bas awal. Sampai je kat tempat tunggu bas tadi rasa pelik jugak mulanya. Yerla, kenapa sunyi sepi je. Sikit sangat orang yang tunggu bas. Pastu baru teringat. Minggu ni sekolah cuti. Patut la bas pun tak penuh pagi tadi.Lapang sikit. Suka suka.
And harini jugak aku bernasib baik sikit sebab ada kawan untuk teman jalan kaki. Faham-faham jela aku pernah kena kacau dengan orang gila seks dekat dengan terowong depan Dayabumi. Seriau sikit nak lalu situ sorang-sorang. Baru dua bulan ni je aku berani nak jalan balik. Kalau tak, naik teksi memanjang. Sengkek woo.. Tapi nak buat macam mana. Trauma ambik masa nak hilang. Walaupun aku ni ganas suka and belasah orang, tapi kalau tiba-tiba kena gangguan macam tu, sape pun kecut. Tak kira Kan kan kan? Eleh.. Mengaku jela.
Sampai je office tadi, aku nampak Pakcik Syed dengan style rambut yang baru. Baru potong rambut la tu. Aku buat tak nampak je kat dia. Terus je lalu depan partition dia terus ke tempat aku. Tegur Kak Ziha dulu baru duduk. Rutin harian adik bongsu Seksyen Sumber Manusia (SSM). (Ila Kecik jangan nak bangkang pulak. Haha) Aku pandang meja. Aduyai.. Awat la banyak sangat kerja ni. Haiisshh..
Belum pun sempat nak pergi beli sarapan, Pakcik Syed dah panggil. Tanya pasal MBJ. Dia tanya dah edar belum surat makluman mesyuarat MBJ ditunda kepada 6 April nanti. Aku cakap tak tau apa-apa pasal mesyuarat tunda. Dia tak maklumkan aku. Pastu dia kata dia dah buat surat tu lama. Aku nak je mengamuk kat situ jugak tadi. Nak tipu aku ke apa? Baru minggu lepas dengar khabar angin yang kemungkinan mesyuarat MBJ akan ditunda, tiba-tiba pulak kata dah lama. Geramnya.
Itu satu hal. Yang paling tak boleh blah tu, pasal semalam. Semalam aku cuti kan. Aku ada cerita yang Jumaat lepas setiausaha pihak pekerja call aku tanya jadi ke tak MBJ 22 Mac. Dia tanya tu sebab nak buat mesyuarat pra-MBJ. Tapi dia tak maklumkan kat aku bila nak buat mesyuarat pra-MBJ tu. Tadi Kak Intan cakap kat aku, Pakcik Syed cakap yang dia dah bagitau aku awal-awal untuk order makan mesyuarat tu. Aku nak je marah Pakcik Syed tu. Dia kata aku lupa wei. Hello. Surat panggilan mesyuarat keluar petang Jumaat. Hari Jumaat dia cuti. Cer citer sikit bila masanya dia pesan kat aku. Dalam mimpi dia? Hangin betul la.
Dah la harini, setengah hari asyik buat kerja yang dia suruh je. Sikit-sikit panggil aku. Panas hati betul. Rasa nak menyorok bawah meja pun ada. Biar dia tercari-cari. Haha. Oh ya. Esok dah mula proses pindah tempat duduk. Satu hari tu diperuntukkan untuk aktiviti tu. Hope tak terganggu dengan benda lain. Takut tersalah letak barang. Naya je hilang dokumen-dokumen penting. Aku rasa aku je kot excited nak tukar tempat duduk. Takde la excited sangat. Tapi seronok la duduk kat belakang tu. Kenapa? Aku dah pernah cerita dulu. Baca je kat situ. Hehe.
Nota Cik Rimau : Harini mengantuk gila. Nyaris tak terlepas turun kat rumah. Sedap sangat tidur dalam bas. Sedar-sedar dah nak sampai. Mujur terjaga. Hehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan