Assalamualaikum and selamat malam semua..
Aku baru je lepas melayan cerita Gemilang ni. Suka cerita ni walaupun aku tak berapa nak suka dekat pelakon-pelakonnya. Tapi ok la kan. Dari segi lakonan dorang aku suka. Lagu tema cerita ni pun best.Cuma episod malam ni, aku rasa macam menyampah je kat Umar tu. Tak nak dengar cakap kawan and sebab sorang perempuan je, sanggup tak bertegur dengan kawan baik. Haiissshh... Korang jangan buat macam tu ye. Hehe.
Actually, malam ni aku nak cerita something yang buat aku geram. Korang tau kan aku cuti hari ni. Tadi lepas aku settlekan urusan aku and bawak abang aku pergi gunting rambut, aku balik rumah terus. Then, bila dah free aku on la laptop balik. Bukak ym dulu. Tengok ada dua orang yang buzz aku. Dua-dua orang office aku.
Sambil-sambil sembang dengan sorang akak kat office aku tu, aku sempat la tanya apa yang jadi sepanjang aku takde kat office harini. Sakit hati betul bila dengar cerita pasal Pakcik Syed tu. Sedap-sedap je mengata aku kat belakang ye. Mula-mula dia bajet aku EL. EL tu wei. Tak pernah sekali pun sepanjang aku kerja kat situ, aku EL. MC pun tak pernah. Cuti aku pun banyak balance ok. Sampai boleh bawak 10 hari masuk GCR lagi tu. Nak tuduh aku EL pulak. Nampak sangat dia tak check inbox HRMIS dia. Dia yang salah, nak cakap aku pulak kan.
Itu satu hal. Lagi satu pasal mesyuarat MBJ yang akan diadakan 22 Mac ni nanti. Tau kan apa MBJ tu. Kalau tak tau, MBJ tu singkatan untuk Majlis Bersama Jabatan. Pakcik Syed tu urusetia untuk MBJ. Aku ni dia mintak untuk jadi pembantu dia. Tapi aku tak rasa macam pembantu pun. Yela, semua benda aku pulak nak kena buat.
Yang buat aku geram tu, pasal mesyuarat pra-MBJ yang dorang nak buat nanti. Aku tak tau bila dorang nak buat. Hari Jumaat tu Pakcik Syed cuti. Setiausaha pihak pekerja call tanya aku, jadi ke tak MBJ pada 22 Mac tu. Sebabnya, 22 Mac tu nanti ada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kedua Belas (MAPPA XII). Kemungkinan besar ketua jabatan akan pergi MAPPA XII tu. Aku tak tau nak jawab apa. Pakcik Syed mana pernah inform kat aku sama ada jadi ke tidak mesyuarat tu. Pakcik tu suka bagitau kat aku last minute. Suka buat aku kelam-kabut. Geram betul!
Boleh pulak tadi dia tanya kat kawan office aku, aku dah order ke belum makan untuk mesyuarat pra-MBJ tu nanti. Nasib baik aku takde kat office harini. Kalau tak, mau aku menjawab. Fikir logik la pakcik oit. Setiausaha pihak pekerja call sebab nak tau jadi ke tak MBJ 22 Mac tu. Kalau jadi dorang nak buat mesyuarat pra-MBJ. That means, dorang belum tetapkan bila nak buat mesyuarat tu. Kalau aku tau awal-awal bila mesyuarat pra-MBJ tu, dah lama dah aku orderkan. Tapi tadi aku dapat tau, yang dia dah order sendiri. Tau pun nak buat sendiri kan. Takkan semua nak harap orang bawah je. Dia buat apa? Sejak rombakan kerja ni, aku tengok dia semakin rileks. Tak aci betul.. Huh.
Esok rasa macam malas je nak masuk kerja. Mesti pagi-pagi lagi dia dah serang aku. Tanya kenapa tak order. Tapi takpe. Aku dah ready dengan jawapan balas. Haha. Yela, aku tak salah. Buat apa nak takut. Betul tak kawan-kawan? Hehe. Lagi satu aku risaukan pasal kerja aku. Akak office cakap kerja aku ada banyak atas meja tu. Adeh. Esok sah-sah la sakit jiwa sekejap tengok kerja yang semakin bertimbun. Aku paling risau pasal kes peletakan jawatan tu. Aku tak tau macam mana nak buat. Baru je belajar. Mujur jugak Kak Ziha, CC Zaini Othman and Cik Kema banyak tolong aku.
Nota Cik Rimau : Kan best kalau boleh kerja dari rumah je. Tak payah nak mengadap muka Pakcik Syed. Hehe. Sekarang jom layan Criminal Minds.
6 ulasan:
mule2 sekali.. EL tu ape?? x faham ni.. huu.. nak wat cane kalau orang ske mengate kan.. biar je r mereka ngan diri mereka tu.. cakap banyak pun x gne.. lagi 1, matta fair tu ape bende lak?? ish ish.. x faham..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
Apa khabar orang kampung
Lama sudah tak berjumpa
Minta-minta semuanya
Di dalam sihat sejahtera
Apa khabar orang kampung
Bilakah dapat berjumpa
Kirim-kirimlah berita
Janganlah senyap sahaja
thnks kami ziarah balik
cuti cuti, kerja kerja.
hehe.lupakan sekejap hal kerja, enjoy masa cuti ni :)
kay_are : EL xtau ek? aik.. xkan xpenah dgr.. huhu.. EL singkatan utk Emergency Leave.. Cuti Kecemasan.. Pakcik tu memang.. Depan Cik Rimau cakap lain.. Belakang ckap lain.. Errr.. Actually bukan MATTA fair.. Hehe.. salah dgr lak.. MAPPA baru betul..
Afzainizam : tq sudi singgah.. hehe
Azhan : ermm... smalam je cuti.. harini keje balik.. adeh.. byk gile keje nak kne buat.. huwaaaaaaaa
Catat Ulasan