Assalamualaikum and selamat sejahtera kepada semua yang singgah kat blog ni..
Apa aktiviti korang sekarang ni? Dah makan ke belum? Aku makan kuih je tengah hari ni sebab pagi tadi dah makan nasi goreng. Kenyang sampai sekarang. Huhu. Cadang nak tidur je. Tapi rasa nak menaip pulak. Jadinya, kat sini la aku bertapa tengah hari ni. :-)
Nampak tajuk tu? Actually tadi tergerak nak check Nuffnang. Saja-saja jela nak tengok. Sekali tengok ada BE baru. Ini ha kat bawah ni. Daripada Maxis ke Nokia aku pun tak tau. Haha.
Tujuan sebenar aku buat entri ni saja nak tanya korang, apa perlu dibuat kalau dapat BE? Banyakkan blogwalking? Adeh.. Teman ni dah la selalu sampai rumah lambat. Pastu banyak lagi nak kena buat. Lepas Isyak baru free sikit. Boleh la lepak-lepak tengok tv or layan facebook and blog ni. Sabtu selalunya aku pergi office. Cuba selesaikan kerja yang semakin melambak tu. Ahad je kot free. Itu pun kalau aku takde merayap ke mana-mana. Tapi kena usaha jugak la kan? Kalau tak mana nak nampak hasilnya. Hehe.
Nota Cik Rimau : Cik Rimau salah info la kat entri semalam. Bukan MATTA yer kawan-kawan. Tapi MAPPA. Singkatan untuk Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kedua Belas. Hehe. Cik Rimau dah betulkan lepas ditegur oleh seseorang. Haha. Hampeh..
4 ulasan:
huiyoo..
dapat BE..
apsal saye x dapat2 pn..
=D
wahh~~~tahniah dpt BE~~nt leh la blnja nakai mkn nuu~~hek3
hana : hehe.. dpt be pon, bukan ramai masuk blog nie.. so, xbyk mana pon dapt.. huhu..
Encik Nakal : tq2.. hehe.. eh.. mane ley.. harini besday nakal.. nakal la kne belanja.. baru murah rezeki.. kan kan kan?? hak3..
Catat Ulasan