Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

02 Mac 2011

Nuffnang Bagi Aku Hadiah Hari Jadi!

MySpace Assalamualaikum and selamat malam kepada semua yang sudi singgah hutan rimba aku ni. Hehe. Mood aku sekarang ni : tengah kemalasan yang amat sangat nak menaip malam ni. Tapi tetap jugak paksa  jari untuk menaip. Kan aku dah cakap sebelum ni, aku tak nak tertinggal sehari pun merepek kat blog ni. Tapi kalau dah tertidur sebelum on laptop, itu kes lain okeh. Hik hik hik.


Hurrrmmm.. Harini, aku and lima orang lagi staff Seksyen Sumber Manusia (SSM) pergi ke kementerian sebab ada kursus/seminar/ceramah setengah hari kat sana. Seminar kot yang lebih sesuai. Tajuk seminar tu "Bijak Mengurus Wang". Disampaikan oleh pegawai kat SIDC. Lupa nama penuh SIDC tu. Google jela kalau nak tau. Hehe. Keseluruhannya, aku rasa teknik penyampaian penceramah bagus. MySpace  Takde la kitorang ni bantai tidur sepanjang kursus. Ye tak? Walaupun ada sikit rasa mengantuk tu, tapi still ok la.


Dalam pukul 1, kitorang balik office semula. Rupa-rupanya harini ada majlis perpisahan untuk sorang staff Seksyen Pentadbiran yang baru bersara tu. Ada makan-makan. Nasi beriyani (aku confuse ejaan sebenar) menu jamuan dorang. Aku tengok ramai tulis status kat facebook, mengantuk lepas makan beriyani. Mujur aku tak makan. Kalau tak, dengan aku-aku sekali mengantuk. Heheh. Mana boleh mengantuk. Kerja banyak siot. Tapi rehat tadi, aku tertidur sekejap. Rasa mengantuk pulak walaupun aku tak makan beriyani tu. Ada la dalam setengah jam. Puas jugak la. Haha. MySpace


Lepas tu sambung kerja balik. Agak terkejar-kejar jugak la nak siapkan semua kerja. Sampai lupa nak tanya kat CC, dah kena audit ke belum. Aku tengok semua rileks je. Maybe dah settle dah kot. Ok la kalau dah lepas. Takde la SSM kelam kabut macam semalam. Semua sibuk nak siapkan benda-benda untuk audit. Haiiissshh..


Harini jugak sibuk mengajar and belajar perkara baru tentang kerja. Mana-mana kawan yang tanya pasal kerja yang aku tau buat, aku ajar. Yang aku tak tau nak buat pulak, aku la pergi cari sifu. Nak pandai, murid kena la cari sifu. Kalau tak sampai bila-bila takkan pandai. Hik hik hik. Tapi pandangan peribadi aku la, aku nampak sistem kerja baru ni agak huru-hara sikit. Agak serabut. Sampai ada yang naik tension. Maybe sebab baru je lagi dimulakan. Sebab tu rasa macam ni. InsyaAllah lama-lama nanti ok. Ye tak? Mudah-mudahan... Yang penting usaha kena ada. MySpace


Ok. Nampak tak tajuk gedik aku tu? Haha. Tadi aku check la akaun gmail aku. Sekali tengok ada email daripada Nuffnang. Aku pun bukak la. Rupa-rupanya Nuffnang  nak kasi aku 4 pass percuma untuk tengok wayang kat TGV sempena birthday aku yang bakal menjelma tak lama lagi. Best jugak tu. Tapi yang tak bestnya kena pergi ambik sendiri pulak kat office dorang. Malas la aku. Baik duduk rumah tengok tv je.


Mesti korang kata aku jakun sebab dapat macam tu pun nak kecoh. Hehe. Yerla.. Kutuk la aku. Aku mana pernah dapat lagi. Sebab tu la jakun semacam. Hak hak hak. Kalau korang, korang ambik ke tak? MySpace (Eh jap.. Offer tu betul-betul ke main-main je? Haha)



Nota Cik Rimau : Minggu ni mood Cik Rimau dah macam harimau je. Rasa nak marah memanjang. Orang usik Cik Rimau sikit je, mula la nak melenting. Adakah Cik Rimau terkena tempias kegarangan sang harimau? Hehe.

2 ulasan:

diyana berkata...

saya pon dapat..tapi xtau betol x..haha..kalau macam tu hari jadi kita sama la..bulan 3..!!! (^_______^)

Cik Rimau berkata...

haha.. dpt gak ek?? yup.. same la tu.. sy 17.3.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...