Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

30 Mac 2011

Tengah Cari Tajuk Sesuai..

Assalamualaikum and selamat malam semua..


Sekarang ni tengah tengok tv + online facebook + memikir nak taip apa kat blog ni + layan movie korea lagi + try settlekan kerja yang tak sempat siap = mereng sekejap. Haha. Serius ni. Terpaksa bawak balik kerja ke rumah. Esok bos nak. Adeh.. Dah la harini agak malang sikit sebab...


Nampak tak tu?? Merah ok. Rosak rekod kehadiran aku. Hak hak hak.

Tau apa punca kelewatan tu? Satu, bangun lambat. Takdela lambat sangat pun. Pukul 6.15 pagi. Standard la tu kan. Nak turun awal pun tak boleh. Hujan pulak masa tu. So,aku turun la pukul 6.45 ke tempat tunggu bas. Tunggu punya tunggu, bas tak jugak muncul. Aku dah mula risau. Yela, walaupun aku dah bajet nak naik teksi je kat LRT Bangsar tu, tapi macam tak sempat je sampai office. Aku dah boleh agak. Kalau naik bas dari rumah aku pukul 7, for sure takkan sempat sampai LRT Bangsar sebelum pukul 7.30 pagi. Dengan jammednya lagi kat kawasan rumah aku tu. Lagi la menambahkan reason aku lambat pagi ni. (Kalau dah lambat tu, ada je alasan kan? Haha) Finally, tepat pukul 7 baru nampak bas. Geram betul. And betul jangkaan aku. Memang tak sempat. And hasilnya, macam yang korang nampak kat atas ni la. Huh!


Lepas je sarapan, aku buat la kerja macam biasa. Takde la tekun sangat sebab sempat lagi layan ym. Terpaksa tumpu satu kerja tu je memandangkan esok bos nak tengok hasilnya. Lagipun esok jugak, girl-girl kat Seksyen Sumber Manusia (SSM) nak pergi mesyuarat PUSPANITA kat kementerian. Separuh hari takkan ada kat office. Memang tak sempat punya nak siapkan kerja tu. So, sambil menekunkan diri untuk buat kerja, tiba-tiba pulak mata buat hal. Rasa ada something je bergayut kat mata suruh aku melelapkan mata yang mengantuk. Plus dengan menguap yang tak terkira berapa kali tu, aku pun mula buat kerja gila...


Ditulis dengan penuh semangatnya oleh seseorang yang tersangat la mengantuknya. Hehe.


Nampak note tu? Aku dah mengantuk gila masa tu. Menguap pun dah tak terkira berapa kali. Sudahnya aku tulis benda ni lekat kat dinding partition. Hehe. Tapi bukan aku sorang je yang mengantuk ok. Akak yang duduk kat sebelah partition aku tu pun mengantuk jugak. Faham-faham jela kalau baru lepas hujan. Mata memang nak lelap je. Aku ni pulak mengantuk sebab salah sendiri. Aku tidur pukul 1 lebih malam tadi. Melayan drama korea tak sudah-sudah. Resultnya bangun lambat la jawabnya. Haha. (Jangan ikut perangai aku ok. ^-^ )


Lunch hour pulak, bantai melayan movie kat pc. Tapi tumpuan terganggu bila ternampak Abang Zack and Abang Lan angkat papan carom ke pantri. Baru teringat semalam dorang pergi beli buah carom sebab nak main time rehat. So, apa lagi? Aku and yang lain-lain pun pergi la ke pantri sebab nak tengok dorang main. Aku reti main carom tapi segan nak main. Hak hak hak. Setakat tengok jela. Tapi memang kelakar la tengok dorang main. Bukan setakat main je. Siap buat lawak yang aku lambat nak tangkap apa maksudnya. Double meaning betul lawak-lawak dorang. Otak kotor. Hampeh sungguh la. Haha. 


Dorang main sampai la waktu rehat tamat. Sape yang menang? Of course la Abang Lan. Walaupun kidal, hebat tu. Abang Zack pulak, gaya juara dah ada. Tapi bila lawan.. Baru tau rupa-rupanya gaya je lebih. Hik hik hik. Aku tak sure kenapa dorang beria sangat nak main carom tu. Mungkin semangat nak jadi wakil kat SUKNA bulan Jun or Julai ni nanti. Asah bakat gamaknya. Huhu.


Ingat lagi kan pasal nametag nama RATA tu? Banyak member-member kat office ni panggil aku RATA tak kira la kat ym or facebook. Tak suka tau. Huhu. Bos aku tu pun sama. Nak tau apa dia buat tadi? Tadi dia agak mereng. So, dia duduk la lepak kat tempat kitorang. Kat belakang tempat duduk kitorang ada mesin typewriter tu. Dia tak reti guna. Pastu Kak Ziha ajar la dia guna. Bila dah reti guna, boleh lak dia buat benda ni.

Nampak tak apa dia taip? Rata jugak dipanggilnya. Huhu.

Okey la. Nak sambung buat kerja kejap. Esok pagi-pagi dah nak pergi kementerian. Haisshhh..



Nota Cik Rimau : Cik Rimau tak suka kalau orang yang bajet baik, bajet suci konon nak nasihatkan Cik Rimau tapi diri sendiri pun tak betul. Tak salah nak nasihat. Boleh je terima. Tapi cara nak nasihat biar berpada. Mulut jangan terlampau lancang sangat. Jangan salahkan Cik Rimau kalau Cik Rimau menjawab balik. Salahkan diri sendiri sebab tegur dengan sinis and ayat menyindir. Cik Rimau susah nak menyampah kat orang tanpa sebab yang munasabah. Tapi kalau macam ni la caranya, Cik Rimau tak boleh nak tahan diri daripada rasa menyampah kat seseorang. Jangan tegur orang kononnya apa yang dibuat tu tak elok padahal benda tu awak sendiri pun buat. Ada faham? Huhu.


Pssstt.. Tadi Cik Rimau google la nak cari something. Sekali terjumpa blog bos Cik Rimau. Mujur masa tu belum log in lagi. Tak mau dia trace blog Cik Rimau. Kantoi nanti. Haha. (Hari ni aku check Nuffnang. Ada BE baru. Yey! Hehe)

7 ulasan:

Encik Amman berkata...

hehehe.. olololo lambat pule ye. hehe..

Fadzli Amir berkata...

Macam2 cerita dalam satu entry...hehehe..
1) pasal mengantuk- boleh pulak mengantuk berjemaah dengan kakak sebelah...

2) datang lambat- seriau kalu kena kes macam ni...nasib baik masuk 9.30...hehhee

3) Boss guna type writer- eeee gatal nak kawen...tergedik2...hahahaha..

4) Kena tegur- biasalah, terkadang kuman seberang laut nampak, klcc depan mata diseliputi jerebu...hehehe

5)Bos punye blog- jadi je follower, pastu buat entry yg memuji2 dia...hahahaaaaa...

Fadzli Amir berkata...

Sorry nak komen pasal entry lepas...Bagus pe kalu org panggil Cik Rata....rataaaaaaa je...hahahhahaa...jgn marahhh...

aLieF si Muncung ManiS berkata...

kalau ngantok,minum kopi kapal api betul2 kaw..dan lakukan senaman ringan...wahh..peminat tegar citer korea rupanye..:P

Cik Rimau berkata...

encik amman : hehe... terbabas tidur kot.. :-)

Cik Rimau berkata...

fadzli : hehe.. patut gune rojak story je kot.. kan?? hehe.. amboi... suke ye kate cik rimau rata.. ni rase nak mengamuk kat encik fadzli neh.. haha

Cik Rimau berkata...

alief : uik.. haritu kate jgn minum kopi.. haha... senaman.. adeh.. kemalasan tol la... korea? semestinye la.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...