Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

18 Februari 2011

Aku Benci Kerja Last Minute!!!

Salam..

Aku baru je dapat merehatkan diri ni. Sangat penat harini.. Kalau setakat penat badan takpe lagi. Penat otak ni yang susah nak hilang. Huhu. Aku betul-betul geram and tension tadi. Mau tak nya. Katakan korang dah set kat otak, tepat-tepat 4.30 petang nak balik. Ada hal or saja-saja ke tak kisah. Janji korang memang dah set nak balik tepat pada masanya. Sekali korang tengah bersiap nak balik, bos panggil suruh korang siapkan satu kerja. Kerja tu pulak kalau boleh nak siap cepat. Korang angin tak? Mungkin ada yang tak angin kot. Tapi aku, memang angin + tak puas hati + geram + marah. 

AJT tu la panggil aku dengan Kak Su. Bos pun ada sama masa tu. Dorang suruh kitorang siapkan folder untuk mesyuarat apa entah Isnin nanti. Masa dorang cakap tu, aku terus pandang jam. Sah-sah la aku balik lambat jawabnya. Aku tengok jam masa tu dah pukul 4.15 petang. Walaupun tak puas hati, aku tetap ambik apa yang dia bagi tu. Then balik ke tempat, buat apa yang patut. Sambil-sambil tu mata aku ni asyik je menjeling-jeling jam kat dinding tu. Sikit-sikit masa berjalan. Dalam pukul 5 petang, AJT berkemas nak balik. Geram je aku rasa. Suruh kitorang siapkan kerja dia. Dia sedap-sedap je balik. Banyak cantik! Huh.

Aku cuba fikir positif. Aku anggap bos pun baru tau pasal meeting tu. Tengah aku buat kerja tu, tiba-tiba bos cakap, "Get ready la ye sembahyang Maghrib kat sini."  Aku terus angkat muka. Rasa menyirap tiba-tiba. Dalam hati dah mula nak menyumpah seranah. Agak-agak la wei. Takkan tak boleh sambung esok. Kak Su tanya la kat bos, esok tak boleh ke sambung. Bos cakap tak boleh. Nak harini jugak. Aku tiba-tiba terfikir. Apa salahnya siapkan esok je. Lagipun mesyuarat tu bukan buat esok. Isnin nanti ok. 

Aku pandang jam. Tengok dah pukul 5.10 petang. Terus turun solat Asar dulu. Dapat jugak menenangkan hati yang tengah panas membara masa tu. Lepas solat naik ke atas balik. Kak Su datang kat aku. Katanya nak balik sampai pukul 6 petang je. Husband dia dah sampai kat pagar pejabat. Aku dah mula tak sedap hati. Tak boleh jadi ni. Takkan la aku tinggal sorang je nanti. 

Korang tau kenapa aku tak nak balik lambat? Ada dua sebab. Satu, aku ni takde kenderaan sendiri. Takkan aku nak jalan kaki keluar dari kawasan pejabat tu sorang-sorang pada waktu malam? Fikir logik la. Jalan Cenderasari and Jalan Tugu tu, kalau korang tau macam mana kawasannya, memang agak menakutkan kalau berjalan waktu gelap. Pagi-pagi aku nak pergi kerja pun dah seriau. Pagi-pagi takpe la kan. Sebabnya ada la jugak staff jabatan lain yang jalan kaki sekali. Tapi ini dah malam. Mana ada yang jalan kaki balik kerja waktu malam. Takde sape berani la kalau kat kawasan situ. Aku boleh je balik lambat kalau ada orang hantar aku balik. Tapi ni takde. Bayangkan aku sorang jalan kaki malam-malam. Kalau kena kidnap, ragut or bunuh, sape nak bertanggungjawab?? Cuba fikir sikit. 

Kedua, aku ni ada abang kat rumah tu. Aku risau dia keluar merayap pulak. Dia tu bukan boleh aku balik lambat sikit pun. Lambat karang mula la dia pergi bantai bukak pintu rumah pulak. Kalau dia pandai berkawan dengan orang takpe la kan. Takut nanti dia main ikut je kalau ada orang ajak dia pergi mana-mana. Memang naya la aku nak kena cari dia pulak. 

And then tadi, dalam pukul 5.45 petang, Kak Su ajak aku jumpa big boss. Mintak kebenaran dia untuk sambung buat esok. Kebetulan pulak, bos yang arahkan kitorang siapkan haritu jugak takde. Dia pergi jumpa sape entah kat bahagian lain. Mujur bos yang ni baik hati. Dia kata takpe. Sambung esok je. Dia kata nanti kitorang buat la surat OT. Tapi make sure buat kerja rasmi. Jangan buat kerja personal pulak. Ok la tu kan. Boleh jugak claim nanti. Hehe.

Lepas jumpa bos tu, aku terus berkemas. Nak balik cepat wei. Aku tanya la sape antara yang nak datang esok tu yang ada pegang kunci pejabat. Sekali dapat tau, takde sape yang pegang. Satu kunci kat big boss, satu kat Kak Ziha and satu lagi kat Kak Ana. Kak Ana kata dia boleh je bagi kunci kalau semua nak balik time tu. Tapi masalahnya, bos tu pulak tak balik-balik lagi. Takkan kitorang nak tinggalkan dia pulak kan. So tadi, masa aku tengah tunggu bas, aku call la Kak Ziha. Aku mintak kunci yang dia pegang tu. Esok terpaksa la aku ambik kunci tu kat dia. Terpaksa la ke Taman Melati. Nak buat macam mana. Kalau tak macam mana nak buat kerja esok? Nasib baik la tunggu kat LRT Taman Melati tu je. Huhu.

Aku sampai rumah tadi betul-betul 10 minit lagi nak masuk Maghrib. Nasib baik aku dah solat Asar kat pejabat. Kalau tak, mau terlepas. Kesimpulannya, aku memang boleh jadi tension kalau tiba-tiba dapat kerja last minute. Kenapa la tak bagi awal-awal. Saja je menguji kesabaran kitorang. 


Nota Cik Rimau : Dah dapat dah handphone Cik Rimau. Suka! Esok macam malas je nak datang. Cik Rimau nak siapkan kerja Cik Rimau. Bukan kerja tu. Huwaaaaaa.. 

7 ulasan:

aLieF si Muncung ManiS berkata...

cik rimau,,sabar ye..mungkin bos awk tu sayang kat korang..dia nak korang improve kan kualiti kerja..sbb tu diabagi tugas byk2 dan melatih korang supaya pandai adapt dgn situasi last minit.huhu..btw,cik rimau tinggal dgn abg ke??huhu..
ENTRY BARU ALIEF... -->"salah ke alief nak buat kawan2 alief happy lepas baca blog alief??tak salah kan??.""

Unknown berkata...

Xpolah cik rimau. B positiv k. kadang2 boss tu dapat news last minute. Kalau tak harapkan pertolongan cik rimau, sapo lagi dio nak harap kan? Moga2 leh dapat pekerja cemerlang...hihi

Cik Rimau berkata...

Alief : hehe.. syg eh.. xde maknenye.. tmpt keje cik rimau mmg suke cenggitu.. suke kerja last minute.. yup.. n utk pengetahuan alief, abg cik rimau oku.. nampak normal but fikiran mcm budak2 skit.. sbb tu cik rimau takut nk tgglkan die sgt.. xde org nak jage lor..


Suhami @ Atok : Huhu.. mmg nk jd positif.. t kdg2 geram gak.. pye la byk staff bwh die.. cik rimau gak die suh.. xde maknenye cemerlang atok oit.. hrtu bos bwh die kasi markah mcm cik rimau xbuat kerja lgsg.. sedih2.. :-(

aLieF si Muncung ManiS berkata...

oooo..sorry cik rimau..alief tak tahu...tak ape,,alief doakan dia okay di bwh jagaan cik rimau..peace..

Cik Rimau berkata...

heheh... xde mnde la.. tq2...

Tanpa Nama berkata...

Kita berhibur jap dengan pantun di bawah, hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

Dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’

Cik Rimau berkata...

Haha.. hampeh pye pantun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...