Salam Maulidur Rasul..
Apa korang buat sempena Maulidur Rasul harini? Aku awal-awal pagi lagi dah bersiap sebab nak pergi pejabat. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah dapat siapkan 80% daripada kerja yang ada. Aku ingatkan tak ramai yang datang tadi. Sekali sampai je kat pintu masuk pejabat, aku tengok ada beberapa orang pegawai dari bahagian lain tengah berkumpul dekat dengan stor. Tak tau apa yang dorang bincangkan. Mungkin berkaitan dengan sambutan Maulidur Rasul yang dorang nak buat nanti. Mungkin la..
Tadi aku tengah tengok cerita Hani. Cerita sorang budak perempuan bernama Hani yang mata jadi buta lepas operation. Lupa pulak dia sakit apa. Hehe. Cerita ni menarik jugak. Aku jarang layan cerita Melayu. Tapi cerita ni termasuk dalam senarai cerita-cerita Melayu yang aku boleh layan la. Aku geram dengan perangai kawan dia yang nama Aliah tu. Dasar tikam belakang punya orang. Huh!
Sedih kan kalau tiba-tiba dapat tau jadi buta. Kalau aku la, aku tak tau apa aku buat kalau jadi macam tu. So, sementara kita masih diberi peluang untuk menikmati keindahan alam ni, bersyukurlah. Jangan asyik tak puas hati dengan apa yang ditentukanNya. Jaga and guna nikmat yang diberiNya sebaik-baik mungkin.
Hurmm.. Macam haritu, masa aku dalam bas balik dari kerja. Ada sorang pakcik ni naik dari Brickfields. Aku kesian tengok dia. Dia buta, dah tua. Tengok dia teraba-raba nak cari tempat duduk, betul-betul buat aku rasa nak menangis. Kesian tengok. Mujur jugak ada yang sudi menolong dia. Tengok kesukaran dia tu, buat aku rasa bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku selalu bandingkan diri dengan orang lain. Selalu rasa rendah diri. Tapi bila tengok pakcik tu, aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab masih lagi punya anggota badan yang sempurna. Takde apa yang kurang.
Kesimpulannya, kita sebagai hambaNya kena la sentiasa bersyukur dengan semua pemberianNya. And selalu la ingat, semua yang ada pada kita adalah pinjaman dan bersifat sementara. Bila-bila masa Dia boleh tarik semua nikmat tu. Sekadar mengingatkan..
Nota Cik Rimau : Esok kerja. Kepala Cik Rimau rasa berat je pulak ni. Nak demam pulak ke?? Haiissshh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan