Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

17 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul di Pejabat

Salam..

Selamat tengah hari semua. Ke selamat petang dah? Hehe. Pagi tadi agak liat sikit nak bangun pergi kerja. Mata berat gila nak bukak. Tidur la lambat-lambat lagi. Kan dah malas nak bangun. Tapi takpe. Asalkan sempat sampai pejabat sebelum pukul 7.30 pagi. Sape suruh pilih WP1. Kan dah kena pergi kerja awal. Tapi tadi sampai lewat sikit daripada biasa. Aku sampai kat pagar utama dalam pukul 7.15 pagi kot. Selalu 7.05 or 7.10 pagi. Lambat pulak. Haiisshh..

Hurmm.. Harini pejabat aku adakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Jabatan. Walaupun tak semua staff dapat join, still ramai yang datang memeriahkan majlis. Kebanyakan yang datang dari area Kuala Lumpur. Walaupun tak banyak khemah yang dipasang tapi boleh dikatakan majlis sambutan ni agak meriah. Sebabnya, penyediaan makanan semuanya kitorang buat secara gotong-royong. Dah macam nak buat kenduri kahwin pulak. Staff perempuan potong bahan-bahan nak masak. Staff lelaki pulak jadi tukang masak. AJT yang jadi ketua chef. Haha.

Kitorang dari SSM pulak, mulanya tak ramai yang turun menolong. Ada la dua tiga orang yang turun. Dalam pukul 9 lebih macam tu, bos cakap sape nak turun boleh turun. Kitorang pun pakat turun ramai-ramai. Yerla, takkan nak tunggu makan je kan. Kena la tolong jugak. Masa sampai kat tempat dorang memasak tu, dah tak banyak sangat benda yang nak dibuat. Tapi kitorang still lepak situ jugak. Tolong apa yang patut. Sambil-sambil makan sikit-sikit and posing-posing. Hehe.

Malas cerita panjang. Nak tengok ke? Aku ada tangkap gambar sikit. Sori la ye. Aku tangkap guna kamera handphone Hazel aku tu je. Tak lawa den mintak maaf ye. So, layan la gambar-gambar ni. Huhu.

Bekerjasama memotong buah, bawang and apa-apa yang boleh dipotong.. Haha.

Dua orang anak dara ni buat kerja ke posing je? Huhu.

Semua bahagian ada tolong. Bagus-bagus..

Masa ni tengah dengar ceramah. Best ustaz yang bagi ceramah tu.

Masa ni dah makan dah. Barisan tu VIP ye. Hehe.

Beratur ambik makanan. Kitorang buat sambutan ni kat tempat parking kereta. Hehe.

Khemah tak banyak. So, tambah dengan kerusi-kerusi.

Yang ni sesat kenapa pulak? Eheh. Ini buah tangan dari seseorang yang baru balik bercuti kat Sarawak. Hak hak hak.


Ok. Tu je dulu untuk sekarang ni. Karang kantoi pulak dengan bos. Hehe. 


Nota Cik Rimau : Manyak kenyang woooo.. Hehe

5 ulasan:

Unknown berkata...

best...bergotong-royong amalan mulia =)

aLieF si Muncung ManiS berkata...

wahhh...best nye dpt makan free dan bergotong royong..huhu...dan alief bangga ada pasu buatan org sarawak kat blog awk..hehe.sbb alief org sarawak..huhu..ni entry baru alief.sinngaah la kalau sudi

ENTRY BARU ALIEF..kalau nak popular dengan cepat,,sila baca..jgn malu-malu..ni dia tips-tips nak jadi popular dgn cepat..""

Cik Rimau berkata...

Suhami : hehe.. betul3.. rse mcm kat kg lak gotong-royong memasak nie..

Alief : org srwak upenye.. hehe.. saje je tempek.. pg td dpt.. so, masuk sekali je.. hehe.. ok.. nnt rimau singgah

phreak-id berkata...

Eh sama lah. Department phreak-id pun buat ceramah + makan-makan. hehe

Terbaru >Kenduri Aqiqah. Jumpa Bean Moreno, Che Armster, dan.....? > Monday Blues > Download Drama Bersiri TV3 - Gemilang (Episode 1 - 3)

Cik Rimau berkata...

buat harini jugak ke? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...