Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

12 Februari 2011

Seharian Di Pejabat

Salam...

Macam yang aku katakan semalam, tadi aku ada OT. Bajet nak bangun awal la konon. Kunci jam pukul 6.20 pagi. Sekali bangun tengok jam dah pukul 6.50 pagi. Kelam kabut aku bangun. Dengan tudung tak iron lagi. Then, aku check handphone tengok ada sms daripada Kak Ziha. Dia mintak aku tunggu kalau aku sampai CM dulu. Aku pulak tengah iron baju masa tu. Aku tipu yang aku tengah bersiap bila dia reply yang dia baru keluar rumah. Sori Kak Ziha. Kalau jujur sangat karang, akak tinggalkan rimau yang cute ni jalan sorang-sorang pulak. Takut la rimau. Hak hak hak. 

Lepas tu, dah sampai ofis makan dulu. Masa nak mula buat kerja, aku perasan pensel pilot aku hilang. Pensel favourite aku tu wei. Puas aku cari. Sudahnya Kak Ziha suruh aku kemas meja aku yang terlampau kemas tu. Haha. Nak tengok macam mana rupa or keadaan meja kerja rimau ni?


Gambar sape entah sesat dalam raga tu. Huhu.

Segala macam benda ada. 

Bersepah gila kan? Itu baru dalam laci meja. Belum tengok lagi laci rak belakang meja aku tu. Atas meja lagi serabut. Gambar meja yang selerak tu pun ada sebenarnya. Cuma tak sesuai kot tunjuk kat sini. Ada buku servis staff. Huhu. Actually gambar ni masa sebelum kemas ye. And selepas dikemas dah jadi lebih teratur. Pandai jugak rimau macam aku ni mengemas meja yerkk?? Haha. Nak tengok? Tak percaya la tu. Ini aku tunjukkan bukti. 

Tengok! Kemas gila kan?? Puji la wei..

Tengok meja je ye. Jangan tengok akak yang berbaju hijau tu. Hehe.
Gambar laci aku tak snap. Malas. Tapi yang pasti kemas ye. Hehe. Ada jugak yang aku tak kemas. Aku biarkan je. Nanti tak sempat pulak nak buat kerja. 

Serabut gila kan? Gambar kucing tu jangan pandang lama-lama. Pelik la tu. Tak payah pelik. Aku kan suka kucing. Sebab tu aku tampal gambar kucing kat situ.

Tong sampah penuh dengan barang-barang dari meja aku je. Tempat tak muat nak letak fail yang banyak tu. Hehe.

Banyak sampah atas lantai tu. Masing-masing sibuk berkemas.

Lepas dah siap kemas meja, aku buat kerja macam biasa. Then rehat jap. Pastu turun surau solat dulu. Naik atas balik, bukak tv. Sekali tengok ada cerita Dil To Pagal Hai la pulak. Best tu. So, apa lagi? Bantai melangut tengok cerita tu je la. Iklan je lari balik ke meja siapkan kerja. Ada lagu best je balik berkejar ke ruang menunggu. Padahal dah banyak kali tengok tu. Haha.


And then, dalam pukul 5 petang kitorang pun balik la. Masa ni tinggal aku, Kak Ziha and Kak Sal je. Abang Mok and Ila dah balik dulu area pukul 2 petang. So, kitorang bertiga jalan kaki la sama-sama masa balik. Dah la hari macam nak hujan je. Terpaksa la menapak laju-laju. Huhu.

Then, masa lalu kat CM aku dengar bunyi muzik yang agak kuat. Mula-mula aku fikir itu azan dari Masjid India tu. Situ kan azan Asar dia lambat. Bukan Asar je aku rasa. Hehe. Kebetulan aku nak masuk CM sebab nak beli payung baru. Kak Sal pulak nak beli kek kat dalam CM jugak. So, kitorang pun berpisah la kat terowong tepi CM tu. Aku and Kak Sal pulak jalan  sama-sama ke CM. 

Masa lalu kat situ, baru la kitorang tau bunyi apa yang kuat tu. Ada konsert rock apa entah yang ERA buat kat situ. Jinbara tengah menyanyi masa tu. Aku and Kak Sal pun menyibuk jugak nak berhenti kat situ. Layan beb dengar dorang nyanyi. Cepot ke apa entah nama yang main gitar kumpulan Jinbara tu. Dia memang sporting la. Menyanyi lagu Cinta Pantai Merdeka sambil pusing-pusing sekitar penonton. Dah la hujan. Kesian abang-abang bodyguard yang nak jaga dia tu basah sekali. Hehe. 

Tapi sekejap je pun sebab masa kitorang sampai tu pun, konsert dah nak habis. Aku ada jugak snap picture. Tapi tak jelas sangat sebab jauh dari pentas. Sori la gambar tak berapa cantik. Sape-sape yang ada lalu kat CM petang tadi mesti tau konsert apa kan? Tak silap aku Rock n Riuh kot. 

Artis yang ada : Jinbara, Nashrin, Fiq, Dina, Awie Rafael (entah betul ke tak nama dia aku pun tak tau.. haha). Lain aku tak pasti.

Cute jugak si Nashrin tu. Haha.

Then, aku pun masuk la ke CM lepas dah dapat tangkap gambar artis-artis yang ada tu. Tapi ada benda kat depan pintu masuk CM tu yang aku suka tengok. Comel ok! Tau apa dia? Ini dia.

Aku suka tengok yang tengah tu. Hehe.

Macam kat taman la pulak.

Cute betul. Pandai la orang yang buat benda ni. 
Hurmm.. Itu jela nak story. Hehe. Cerita pendek je. Saja terlebih rajin tempek gambar. Kih kih kih.


Nota Cik Rimau : Cik Rimau suka sebab Ku Haris (peserta Pilih Kasih) dapat ke final dengan yang lain. Suka tengok dia berlakon. Hehe.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...