Assalamualaikum and selamat malam semua..
Dah tidur ke korang semua? Aku belum nak tidur lagi. Tadi siang dah banyak tidur. Tu yang macam payah je nak lelap ni. Haha.
Ok. Aku nak story pasal satu benda ni. Kalau korang perasan la kan, nampak tak ada banner yang warna pink tu kat blog aku ni? Tau tak apa bendanya tu? Aku rasa kebanyakannya dah tau apa namanya. Ya betul. Itulah heartbeat. Korang pun dah ramai yang join benda ni. Aku agak ketinggalan kot. Baru je join. Tadi lepak blog Saiful Nazmi. Tertarik pulak nak join. Hehe.
Aku tak nak cerita panjang. Aku pun tak tau sangat heartbeat ni best ke tak. Baru je cuba, mana nak tau hasilnya. Berbaloi ke tak. Tapi tak salah kan kalau nak mencuba? Sebab tu aku join. So di kesempatan ni, aku pun nak ajak jugak la korang-korang yang belum join tu, meh la sama-sama kita mendaftar heartbeat ni.
Kat bawah ni ada cara macam mana nak daftar. Aku cilok daripada blog Saiful Nazmi. Dah mintak kebenaran nak cilok ni. Jom la join beramai-ramai. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Selepas klik... anda akan nampak website seperti di bawah ni...
2) Pastu klik pada tanda "Let Us Start" tu ye. Akan keluar seperti di bawah pulak.
3) Kemudian klik pada "Create Account macam yang ditunjuk dalam gambar. Kemudian akan keluar satu borang macam di bawah ni.
4) Sila isikan semua butir2 yang diperlukan. Bila dah selesai isi jangan lupa untuk tick pada kotak di sebelah "I agree to HeartBeat's terms of service".
Kemudian tunggu sebentar sebab akaun anda sedang didaftarkan. Bila semuanya ok dan pendaftaran diterima automatik anda akan dibawa ke laman seperti di bawah.
5) Jangan tutup dulu ok. Pendaftaran belum selesai. Sekarang klik pada "Join HB!Affiliate" pulak macam yang ditunjuk dalam gambar.
Kemudian akan keluar page seperti di bawah ni.
6) Klik pula pada "Online Application". Pastu anda akan dibawa ke page seperti kat bawah ni.
7) Isikan borang tersebut. Jangan lupa masukkan nama blog dan website blog anda ye. Kemudian jangan juga lupa untuk klik pada kotak di sebelah "I agree to HB!Affiliate's terms and conditions". Seterusnya klik pada "continue".
Anda akan di bawa ke page seperti dibawah.
8) Page ini memaparkan makluman mengenai HB!Affiliate anda. Berapa pendapatan anda dan sebagainya. Kalau diikutkan... pendaftaran telah pun SELESAI. Tapi jangan lupa.. anda perlu letakkan Banner HeartBeat di dalam blog anda. Untuk mendapatkan codenya, sila klik pada icon "Get A Code" seperti dalam gambar di atas.
9) Sila highlight pada code yang dibulatkan dalam gambar di atas. Copy code tersebut dan kemudian boleh dimasukkan ke dalam blog anda (Terdapat 4 jenis dan bentuk banner yang boleh anda pilih seperti bahagian yang ditandakan kotak empatsegi. Setiap jenis dan bentuk juga ada saiz yang berbeza. Buatlah pilihan mengikut kesesuaian anda).
Macamana nak masukkan dalam blog?
Setelah di copy code dalam bulatan tersebut. Anda pergi semula ke blog anda. Klik pada tab "Design", kemudian klik "Page Elements", kemudian di mana2 kotak yang anda rasa sesuai nak letak banner tadi tu klik "Add a Gadget", kemudian pilih "HTML/Java Script". Sesudah itu sila paste kan apa yang anda dah copy tadi ke dalam bahagian "content" dan kemudian "save". Sudah siap.. tapi jangan lupa save pula perubahan yang dah dibuat pada blog. Dah sudah? Boleh cuba tengok kat blog anda. Hehehe.
Dah cuba belum? Daripada yang aku selalu baca kat blog orang lain, kita kena selalu promote kat orang lain untuk klik banner yang ada kat blog kita ni. Kalau ada yang register melalui klik pada banner kita, kita dapat RM 2 untuk sorang. Kalau ada yang klik pada iklan kita pulak, kita dapat 4 sen.Rasa macam lebih berbaloi daripada Nuffnang. Korang cubalah dulu. Lepas dah cuba baru boleh bandingkan mana lebih berbaloi. Kalau korang berdaftar dengan Nuffnang and berstatus Glitterati, jangan risau. Benda ni takkan menghilangkan status korang tu. Tak percaya? Tanya sendiri kat dorang. Haha.
Ok la. Masa untuk aku tidur. Esok terlambat pulak nak bangun kerja. Haiisshh malasnya la nak kerja esok. Muka masing-masing mesti hitam je kan. Maklumla main air tengah-tengah panas semalam.
Nota Cik Rimau : Selasa ni Seksyen Sumber Manusia bakal menerima ahli baru. Apa-apa pun, selamat datang la ye Cik Ain @ Nana.
2 ulasan:
rasa macam nuffnang lagi berbaloi kot. satu klik 4 sen..sikit tuu..nak harap orang join under kita jer. susah gak tu. hehe...
hehe.. itu la psl saje2 test.. agak2 xbest buang aje.. hehehe
Catat Ulasan