Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

22 Februari 2011

Hujan..

Aku sampai rumah awal lagi harini. Hooorraayy. Kak Su hantar. Memang ngam sangat la sebab masa aku balik tadi hujan dah nak turun. Sekarang ni dah hujan dah pun. Kalau Kak Su tak hantar tadi, dah sah-sah sekarang ni aku tengah meredah hujan. Dah la tak beli payung baru lagi. Karang tak pasal-pasal basah macam haritu. Naya je.

Hurrmmm.. Kalau korang ada baca entri aku tengah hari tadi, korang mesti perasan mood aku yang macam hampeh tu. Tapi terpaksa jugak cerita kat sini. Karang simpan dalam hati je, naik gila pulak jadinya. Haiisshhh. Nampak sangat aku ni tak matang kan? Sebab hal kecik macam tu je pun nak hangin. Nak buat macam mana. Dah masa aku taip tu pun mood celaru. Nak senyum pun macam malas je. Abang Zack mintak cerita Yogi Bear kat aku tadi pun, aku layan nak tak nak je. Hehe. 

Tapi betul la. Minggu ni mood agak terganggu. Banyak benda nak fikir. Banyak benda nak kena settle. Kena hadap banyak kerenah orang yang macam-macam. Adehh.. Pening kepala.



Nota Cik Rimau : Ada tak pekeliling pasal mc yang dikeluarkan hospital psikiatri? Kalau ada, tolong bagitau Cik Rimau pekeliling tahun bila and bilangan berapa. Puas cari ni. Huhu.

6 ulasan:

annaz.hamirzul berkata...

cik rimau tengah moody..lari..nanti kena ngap..hahaha..xD

irwanmiswan berkata...

kalau hati tak keruan minumla air cap badak keh3....

Cik Rimau berkata...

Annaz : haha.. mane de la.. ok je ni..

budak kampung : uik.. awat air cap badak pulak.. huhu

Unknown berkata...

Ha pekeliling mc dari hosp. psikiatari? sapo yang mc? CIk rimau?

Cik Rimau berkata...

Atok ni kang.. Mau kena baham jugak ni.. Bukan Cik Rimau la tok.. Atok tu.. Haha.. X la.. Bos suh Cik Rimau cari.. Puas cari tapi tak jumpa.. Betul ke ade beza mc hosp. gov bese dgn hosp. psikiatri?? Musykil nie..

Unknown berkata...

atok tak pasti ado mc hosp. psikiatri. Tapi yang atok pasti mc hosp. gov dgn mc hosp. private ado...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...