Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

16 Februari 2011

Pemberontakan!!

Salam..

Hehe. Pelik semacam je tajuk aku malam ni. Tak payah pelik-pelik nak fikir kenapa. Aku nak cerita la ni. Pasal office aku lagi. Kalau korang baca entri ini, korang mungkin dapat tangkap apa kaitan tajuk ni dengan office aku.

Hurrmm.. Isnin haritu, lepas diberi taklimat ringkas berkaitan perubahan susunan tempat duduk, aku tengok semua takde komen apa-apa. Semua macam setuju je. Aku pulak memang tak kisah dengan perubahan tempat tu asalkan aku dapat meja and pc aku balik sudah. Tapi tadi aku dengar la bunyi-bunyi tak puas hati tu. 

Ada la dua tiga orang yang bercakap sama-sama dorang. Dorang nyatakan sebab tak puas hati tu. Ada betulnya jugak pendapat dorang tu. Faham-faham jela yang kitorang sekarang ni tengah busy dengan task force untuk siapkan kerja yang bos janji nak submit kat Ketua Jabatan (KJ) Jumaat ni. Kalau minggu ni jugak nak ubah semua tu, memang terbantut kerja lain. 

So, tadi kitorang mintak kat pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ni untuk mintak dipanjangkan tempoh untuk pindah tempat duduk tu. Kalau nak diikutkan memo yang kitorang dapat tadi, kitorang kena ubahsuai tempat duduk masing-masing sebelum Jumaat ni. Tapi fikir logik la kan. Mana sempat. Kerja banyak. Then, line-line telefon, faks, printer semua tu kena fikirkan jugak nak alih ke mana. Lepas pegawai tu bincang balik dengan bos, bos setuju lanjutkan tempoh sampai 25 Februari ni. Betul-betul sehari sebelum Hari Keluarga tu. Mujur jugak dia bagi kelonggaran. Alhamdulillah. :-)

Esok kat ofis aku ada sambutan Maulidur Rasul. Tak pasti dorang buat sambutan macam mana. Tadi dalam pukul 2-3 petang, lembu untuk majlis esok and akikah sampai kat office. Petang tadi jugak dorang sembelih lembu tu. Kat mana dorang sembelih pun, aku tak tau. Tapi yang pasti dah selamat disembelih dah pun. Aku tengok kat Facebook kawan, gambar-gambar dorang tengah sibuk memotong bawang and gotong-royong memasak. Macam best je. Rugi pulak tak join. Tapi tu la. Kerja banyak lor. Bukan saja-saja malas nak tolong. Hehe.


Nota Cik Rimau : Jari kaki Cik Rimau sakit. Haritu terpotong kuku agak dalam. Sakit wooo.. Huhu

3 ulasan:

amry berkata...

time time sibuk disuruh buat benda celah gigi macam tu memang boleh kasi panaz....huhu

p/s : sapa tak tolong untuk sambutan tu tak leh makan erk. waaakakaka..jangan mareeee :P

ayie berkata...

hehe..memang xde masa..berblog ni kan..hehe..jgn mareee jugak..hehe

Cik Rimau berkata...

Amry : Yerla.. Dah ar terkejar2 nak siapkan kerja tu. Disuruh pulak buat kerja yang boleh dibuat bile free. Mesti la timbul rase xpuas ati tu. Tak boleh makan ek?? Xpe.. Makan encik amry je.. hahaha

Ayie : Huwaa.. Sampai ati kate gitu.. Mane de la. Kat ofis tekun buat kerja. Rehat je layan blog jap. Tapi bukan tulis entri baru. Merayap ke blog org lain. Sekeh kang! huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...