Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Macam mana life korang harini? Ok? Hehe. Aku agak busy harini. Macam yang aku pernah nyatakan kat sini sebelum ni, mulai esok semua staff kat Seksyen Sumber Manusia bakal menjalankan tugas baru. Tugas yang lebih adil and saksama bagi semua pihak. So kena la habiskan kerja yang masih berbaki kalau ada. Kalau tak nanti kalut. Nak buat tugas baru lagi, nak settlekan kerja lama lagi. Kan ke menyusahkan diri sendiri je tu. Ye tak? So better siapkan sementara sempat and ada masa terluang.
Tapi aku tak dapat settlekan semua. Bajet nak siapkan semua awal-awal pagi tadi. Sekali bos nombor dua call, suruh masuk bilik mesyuarat tolong dia. Adeh. Terbantut lagi niat nak siapkan kerja tu. Sampai tengah hari baru meeting dorang habis. Lepas makan, aku naik office balik. Tengok pc aku dah siap dipasang semula. Errr.. Aku buli Abang Mok mintak tolong pasangkan balik. Aku pandai tanggalkan je. Pasang balik memang aku tak reti la. Haha.
Lepas solat Zuhur baru berkesempatan untuk siapkan separuh daripada kerja yang tinggal. Mujur dah tak banyak. Esok mungkin boleh siap. Hooraaayy!! Oh ya, esok bakal ada perubahan staff kat Seksyen Sumber Manusia. Surat pun dah keluar. Ain @ Nana bakal datang ke seksyen aku. And dengar cerita tadi, CC HRMIS pun bakal keluar dari seksyen aku tu. Haiissshh. Makin kurang orang la jawabnya. Adehh..
Tadi aku sempat mencilok gambar yang dorang tangkap guna kamera Seksyen Sumber Manusia masa Family Day haritu. Tapi sayangnya aku lupa pulak nak copy ke dalam external aku ni ha. Tak dapat la nak tunjukkan lebih banyak gambar. Haiisshh.. Tapi takpe. Esok-esok pon boleh jugak kan. Hehe.
Nota Cik Rimau : Penyakit pelik Cik Rimau dah datang balik ni. Sesiapa.. Tolong hilangkan sakit pelik Cik Rimau ni. Huhu.
2 ulasan:
atok pula masih keje yang sama
=(
Hehe.. Sian atok.. Takpe2.. Dah memang bidang atok pun kan.. Hik hik hik
Catat Ulasan