Salam..
Abaikan tajuk tu ye. Aku malas nak fikir tajuk yang sesuai dengan entri malam ni. So, aku guna la tajuk tu. Dah memang aku nak membebel pun. Maklum la kan. Dah dua hari aku tak cerita apa-apa kat sini. Rasa geram pulak sebab dah tertinggal dua hari mengemaskini blog aku yang tak comel ni. Dah lari target aku nak menulis setiap hari. Huwaaa..
Ok. Lupakan jela. Harini nak story pasal ofis aku la. Ikutkan nak cerita dua hari lepas. Tapi tu la kan. Aku ada hal sikit dengan kawan aku. Tak dapat nak story.
Macam yang aku ceritakan sebelum ni, SSM ada bos baru sejak bulan lepas. Sejak bos baru ambik alih mengetuai SSM, agak banyak jugak la perubahan kat ofis aku. Kat seksyen aku jela. Contohnya pasal pas keselamatan and name tag. Memang la ada peraturan yang memerlukan/mewajibkan/memestikan semua penjawat awam memakai name tag and pas keselamatan semasa berada kat dalam kawasan pejabat. Tapi ramai staff kat tempat aku yang tak ikut sangat termasuk la aku. Haha. Tapi start minggu ni, bos aku dah wajibkan semua pakai balik semua tu. Ok memang ok. Cuma aku jela yang selalu lupa nak bukak name tag masa nak keluar makan or nak balik. Huhu.
And start minggu depan pulak, dengarnya ada perubahan dari segi tugasan untuk semua staff bawah unit perkhidmatan. Takut pulak aku nak tengok apa perubahan yang bakal dibuat tu. Suspens je walaupun dah tau sikit-sikit. So, tunggu jela Isnin ni nanti. Hope rombakan kerja tu adil and sama rata. Hehe.
Esok aku nak datang siapkan kerja. Banyak kerja tak siap. Faham-faham jela minggu ni aku agak sibuk sebab nak siapkan satu kerja tu. Dua hari kena pergi kementerian. Balik pulak kena sambung kat ofis. Tadi pun dapat lagi kerja baru. So, aku tak sempat nak buat kerja lain. Tadi pun AJT dah tanya pasal kerja yang dia bagi tu. Esok kena habis-habisan siapkan semua kerja tu. Manyak penat wooo.. Mujur la esok ramai yang nak datang.
Tadi sebelum balik, kitorang ada buat mesyuarat berkaitan dengan sambutan hari keluarga untuk seksyen aku. Aku tak tau kenapa tapi aku tak rasa excited pun nak join. Selalu aku excited gila kalau ada aktiviti yang macam tu. Tapi tadi masa tengah bincang, tiba-tiba mood aku hilang. Aku dengar je and menyampuk sikit-sikit. Tak sepenuhnya melibatkan diri. Aku rasa tak seronok. Kenapa? Aku takde jawapannya. So, tolong jangan tanya. Haha. (Silap hari bulan, mau aku cancel join hari keluarga tu kot)
Start bulan ni jugak, seksyen aku dah decide akan adakan sambutan hari jadi untuk staff setiap dua bulan sekali. Aku bulan Mac nanti. Dengan bos pulak tu. Huwaa.. Dapat hadiah ke tak ek? Haha. Gila hadiah betul aku ni kan? Aku la kan, kalau ada orang nak bagi hadiah, aku nak hadiah yang boleh dipakai selalu. Contoh? Handphone! Kih kih kih. Tak la. Gurau je ok. Aku suka hadiah yang simple tapi bagi kesan mendalam. Macam telekung ke, tudung ke. Yang bagi tu pun dapat pahala kan kalau bagi benda-benda macam tu. Ye tak? Hehe.
Ok la. Ready untuk tidur. Esok mau kerja!!
Nota Cik Rimau : Cik Rimau takde mood la. Ada sesape nak ceriakan Cik Rimau?? Hehe.
2 ulasan:
macam meriah jer tempat kerja cik rimau ni erk...banyak aktiviti.huhuhuh
Meriah ke? x jugak la.. hehe.. baru taun ni mula aktiviti mcm tu.. sblom ni xde pon tau.. ehhe.. tp org2 dlm ofis nie mmg byk yg happening..
Catat Ulasan