Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

13 Februari 2011

Cerekarama Yang Buat Aku Rasa Nak Nangis!!

Aku baru lepas tengok cerekarama kat tv3 ni. Korang tengok tak? Best tau! Aku tengok sekerat je tadi. Tadi layan cerita lain. Sekali tukar channel, tengok best la pulak. Rugi tak tengok dari mula. Huhu.

Bagi aku, cerita ni banyak pengajarannya. Lagu yang dia guna pun macam kena je dengan drama tu. Touching woo.. Cerita pasal KEWAJA. Memang bagus apa yang cuba disampaikan oleh penerbit drama ni. Arahan sape ek drama ni? Sheila ke? 

Kalau korang perasan la, kebanyakan drama terbitan syarikat dia banyak menyampaikan maksud yang baik. Ajak orang jangan buat perkara-perkara mungkar, sihir or yang dibenci Allah. Bagi pengajaran yang baik-baik la dari segi Islam. Cerita malam ni pulak, bagi kesedaran kat kita semua tentang anak luar nikah. Berkesan la cerita dia ni. 


Nota Cik Rimau : Pejabat Cik Rimau sekarang ni gila dengan Hantu Kak Limah. Sana sini dengar dialog dari filem tu. "Kite bakor", "Sabor jela", "Ce citer", "Nampak beno menipunye" and lain-lain la. Bangga Cik Rimau sebagai orang Perak dengar sana sini mengikut loghat negeri Cik Rimau. Haha. (Pelakon watak Usop lembut tu dulu jadi ketua kem masa aku ada Kem Prostar kat Kolej Risda Kuala Kangsar. Macam tak percaya dia tu pelakon. Hehe)

2 ulasan:

zih@n berkata...

sedih kan..jln crita n skrip dia tu mmg berkesan la..hubby siap gelakkan akak sbb nangis..akak suh dia hayati crita tu bru tau n akhirnya dia sndiri ckp sedih smbil cover supaya tak nangis gak...hehehe.

Cik Rimau berkata...

Hehe.. Sedih.. Tapi tu la.. Rugi tak tengok dari mula.. Ingatkan tak best.. Layan cite lain dlu.. sekali tukar best la plak.. Rugi2.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...