Salam..
Korang semua tengah buat apa? Aku sekarang ni tengah tengok tv. Sambil menghadap laptop memikirkan nak menulis apa malam ni. Dah banyak blog aku terjah. Kot-kot la bila baca entri blog orang lain, boleh bagi idea kat aku. Tapi tak menjadi la pulak. Masih lagi blur. So, bantai jela merepek bukan-bukan. (Tak nak tertinggal sehari pun update blog.. Hehe)
Korang tengok tak Mentor? Aku tengah layan ni. Best jugak. Cerita pasal ujibakat Mentor kat Sabah Sarawak. Macam-macam gelagat ada. Ada peserta yang tak kenal sape mentor yang dorang nak pilih. Ada yang tersekat tumit kasut kat dalam lubang sampai sekuriti terpaksa tolong tanggalkan. Ada yang bertopeng ganas sekali nyanyi lagu slow pulak. Macam-macam hal. Si Ajai dengan Adam bantai gelak je kerjanya. Hampeh.
Ada jugak yang datang dengan harapan nak ubah nasib keluarga. Kesian tengok. Ada jugak yang kisah hidup dorang macam kisah hidup aku je. Terpaksa berhenti belajar sebab takde duit. Haissshh.. Tapi nak buat macam mana. Juri ada kriteria-kriteria tertentu yang dorang tengok untuk pilih peserta yang layak. Kalau dorang tak memenuhi kriteria yang ditetapkan, juri takkan pilih. Ye tak? (Macam juri la pulak aku ni. Haha)
Nota Cik Rimau : Cik Rimau boring ni. Jiran sebelah rumah Cik Rimau ni buat bising la pulak.
4 ulasan:
tahniah..semangat yang jitu..aku ada menulis tips untuk jana idea bagi menulis blog... kalau tak keberatan sila lawat..http://cerita-benar.blogspot.com/2011/02/tips-bagaimana-menulis-blog-yang-unik.html
tq2.. nnt Cik Rimau singgah ye..
Lagi lawak tengok Mentor dari Raja Lawak.. Orang kata la.. Hihi.. :p
Haha.. Betul jugak tu.. Dorg kat Mentor ni lawak asli and real lg.. Kat Raja Lawak kan buat2 je.. Hak3..
Catat Ulasan