Salam..
Jiwang pulak tajuk aku kali ni. Hehe. Sebelum aku mulakan cerita, aku nak tanya korang sikit. Apa yang terlintas kat fikiran korang kalau aku guna tajuk macam ni? Apa benda la yang aku nak cerita ni ye. Cinta kot? Haaa.. Betul la tu. Of course la pasal cinta. Apa korang kata? Cik Rimau tak boleh bercinta? Isy korang ni. Tak baik tau fikir macam tu. Mentang-mentang la aku ni harimau. Huhu.
Abaikan apa aku mengarut kat atas tu. Kembali kepada tajuk entri ni. Mesti korang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba aku bercakap pasal cinta. Yerla, selama ni mana pernah aku sentuh pasal cinta or perasaan ni. Tapi itu tak bermakna aku benci cinta or aku takde someone yang special dalam hati ni. Err.. Ada ke? Takde kot. Ah.. Biarlah rahsia. Haha.
Actually, punca aku cerita pasal ni sebab apa yang aku buat siang tadi la. Lunch hour tadi aku ambik masa yang agak lapang tu dengan membaca blog-blog orang. Entah macam mana tersinggah la dekat blog awek kepada EX aku masa kolej dulu. Haiisshh.. Banyak pulak tu awek dia cerita pasal perjalanan kisah cinta dorang tu. Jealous? Tak la. Takde maknanya.
Bagi aku, itu kisah lama. Kenangan aku dengan dia dah lama berlalu. Tak guna nak ingat. Baik masing-masing bawak haluan sendiri. Aku pun dah ada jalan aku. Nak berhubung balik dengan dia? Tak mungkin kot. Tak nak dia fikir aku still simpan perasaan kat dia. Aku doakan dia bahagia dengan awek dia tu. And paling penting, dorang kekal sampai ke jinjang pelamin. Hehe. (Baik la konon)
Betul la. Ikhlas ni doakan dorang. Aku kan baik. Hak hak hak. Sila jangan buat muka or jolok-jolok tekak keluarkan isi perut. Ingat aku tak nampak? Hehe.
Nota Cik Rimau : Mood Cik Rimau tak betul malam ni. Terima kasih pada sorang kawan lama yang amat memahami and tau bila aku ada masalah. Ko memang best la!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan