Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

21 Februari 2011

Aku Busy?? Boleh Percaya Ke Ni??

Selamat petang semua. Aku sampai rumah awal harini. Sebelum pukul 5 dah ada kat bawah rumah. Kak Su yang tumpangkan. Siap hantar sampai ke rumah. Servis lima bintang betul. Haha. Jimat masa and duit tambang bas aku.  (Berkira betul duit tambang.. Hehe)

Harini hari Isnin. Walaupun baru hari pertama bekerja dalam minggu ni, tapi kerja dah menimbun kat atas meja aku tu. Cadang nak tunjuk la rupa meja aku yang bersepah tu. Tapi laptop buat hal la pulak. Driver apa entah yang bengong sampai tak boleh nak detect kalau ada  pendrive, external hd or kabel handphone yang aku  cucuk kat laptop tu. Hangin betul.

Harini jugak aku rasa agak busy sikit. Busy sikit ke banyak ek? Hehe. Pagi-pagi tadi siapkan kerja dulu. Then dalam pukul 10.30 pagi, kitorang AJK yang terlibat untuk Family Day SSM dipanggil ke Bilik Mesyuarat Melati untuk bincangkan apa yang patut. Pengangkutan nak ke Taman Desa Water Park tu macam mana, makan macam mana, pakaian nak seragamkan warna apa, and acara-acara or mainan yang nak diadakan. Benda-benda tu semua la yang disentuh. Aku tak banyak cakap dalam meeting tu sebab aku busy buat kerja yang bos suruh. Sebab tu semua cadangan aku setuju je. Mata and otak asyik ke fail depan mata. Mana nak bagi tumpuan.  Mengelat betul aku ni kan? Haha.

Settle meeting, sambung buat kerja sekejap. Pastu dalam pukul 12.30 tengahari, aku, Kak Ziha, Kak Intan and Cik Nita pergi CM sebab nak cari souvenir sebagai tanda kenang-kenangan. Dapat la something dengan harga yang berpatutan. Tapi kitorang tunggu dulu. Merayap-rayap dulu kot-kot nanti ada yang lain yang kitorang berkenan. 

Puas survey kat kedai-kedai yang jual souvenir tu, kitorang gerak pulak ke McDonald's yang dekat dengan Mydin kat Puduraya tu. Tanya kat dorang berapa charge kalau kitorang nak booking untuk buat birthday party untuk staff-staff yang sambut birthday bulan Januari and Februari. Boleh la tahan harganya. Mintak nombor telefon then try pergi tanya kat KFC yang dekat CM tu. KFC agak mahal sikit daripada McDonald's kalau nak booking ni. Tapi kitorang ambik jugak nombor telefon dulu. Kot-kot tak jadi pilih McDonald's. 

Lepas tu, kitorang masuk CM balik. Cari makanan la pulak. Dah lunch hour kan. Perut pun dah mula bagi amaran suruh pergi makan. Hehe. So, kitorang pun naik kat food court yang kat tingkat 2. And alhamdulillah. Rezeki lagi harini. Cik Nita belanja kitorang semua. Jimat lagi duit aku. Haha. Thank you Cik Nita sebab bermurah hati nak belanja kitorang makan. (Ayat bodek ni.. Macam la dia bukak blog aku ni.. Huhu..)

Siap je makan, kitorang turun ke kedai akak yang kelakar tu semula. Confirmkan dengan dia tempahan souvenir tu. Akak tu ok je. Kitorang bayar separuh dulu and janji nak ambik hari Jumaat nanti. Pastu keluar dari CM. Nak ke mana lagi? Balik la. Dah pukul 2.15 petang kot masa tu. Karang tak pasal-pasal kena hambat dengan bos. Hehe.

Sampai je kat office, solat Zuhur dulu. Pastu naik atas balik sambung kerja. Tak sempat nak siapkan kerja yang bos bagi. Lagipun CC Zaini pinjam fail yang aku tengah guna tu. Aku tak boleh nak sambung kerja tu. Fail tu pun ada satu je. Haisshhh.

Orang-orang SSM pun agak busy harini. Masing-masing buat macam-macam kerja. Staff lelaki kat SSM tolong menolong mengangkat barang-barang yang baru dapat dari stor jabatan. Berpeluh-peluh dorang. And padan muka Abang Zack. Kan tak pasal-pasal je aku siku perut dia. Sape suruh hadang jalan aku and laser dengan aku. Kan dah dapat sebijik.  Haha.

Pastu kitorang tanya Cik Nita bila nak mulakan proses pindah tempat duduk tu. Mula-mula dia pun blur je. Banyak sangat benda nak kena handle dalam satu masa. Dah dekat nak balik tadi dia confirmkan balik. Hari Khamis ni start pindahkan barang. Terfikir jugak. Macam mana nanti rupanya kedudukan baru kitorang nanti. Excited pulak aku. Hehe.


Nota Cik Rimau : Kasturi Walk yang dekat sebelah CM tu dah macam kat Jalan TAR la pulak.. Hehe. 

2 ulasan:

Unknown berkata...

Macam sonot je...petang ni atok ado mmesyuarat agong kelab kebajikan....janganlah dilantik apo2 jawatan...haddoii

Cik Rimau berkata...

sonot eh tok?? haha.. meh la tukar jabatan nie.. hak3.. bole la buli tok hari2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...