Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

21 Februari 2011

Durian Oh Durian..

Sape kat sini hantu durian? Sape kat sini duduk Perak. Bak mai la sebijik dua durian kat aku. Haha. Aku mengidam durian ni. Adeh.. Apa kes nak mengidam pulak. Takdela. Aku tengok status kat facebook kawan aku. Dia cakap pasal durian. Terliur den. Nak jugak wei. Pos la sikit kat kawan yang jauh di mata ni. Hik hik hik.

Itu la yang payahnya duduk kat bandar besar ni. Payah nak dapat benda-benda yang senang nak dapat kat kampung. Ada memang la ada. Tapi agak mahal lor. Tak macam kat kampung. Kat kampung lagi best. Ada pokok durian sendiri. Bila musim durian tiba je, memang best. Ramai la pembeli yang masuk kampung untuk dapatkan durian-durian orang kampung ni. Errr.. Confuse ni. Pembeli ke peraih ek gelaran untuk orang yang beli durian daripada kita? Ada sape-sape nak betulkan? Hehe.

Kadang-kadang kan, bila dah banyak sangat durian tu, tuan punya durian pun dah tak tau nak dibuat apa dengan durian yang banyak-banyak tu. Kalau dah dekat nak habis musim, pembeli dah tak masuk sangat kampung. So, ada la yang buat tempoyak. Sedap siot kalau masak tempoyak ikan patin. Meleleh air liur. Haha. Ada jugak yang buat bubur durian la, cekodok durian la. Pendek kata semuanya berunsurkan durian je la. Tapi takpe. Asalkan sedap dimakan sudah. Ye tak?

Haisshh.. Nak durian. Ada sesape nak sponsor aku makan durian tak? Hehe. Nanti kalau ada jumpa durian nak beli jugak la. Tapi tak boleh la nak makan banyak-banyak sangat. Karang panas badan pulak. Tak pasal-pasal demam. 



Nota Cik Rimau : Rajinnya Cik Rimau update blog harini. Kan? Kan? Kan? Hehe. Actually, ada satu lagi cerita nak dimasukkan kat sini. Tapi nanti jela. Nak layan kartun kejap. Haha. (Jangan nak kata Cik Rimau budak-budak pulak. Cik Rimau dah nak masuk 22 tahun dah tau. Hehe)

2 ulasan:

Unknown berkata...

Wah......atok pun dah termengidam dah...

Cik Rimau berkata...

eh eh.. tok mane bole mkn durian.. tok da tua.. hik hik hik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...