Salam..
Hurrmm.. Harini aku rasa macam nak membebel la. Boleh kan aku membebel sekali sekala? Erkk.. Sekali sekala ke? Rasa macam beribu-ribu kali je. Haha.
Actually, aku tengah boring ni. Masuk facebook pun macam hampeh je. Ada orang buat aku geram. Tak faham betul aku. Kenapa entah nak cari pasal. Dia tanya aku something pastu nak marah-marah pulak. PMS ke wei? Oppsss.. Dia lelaki la. :-)
Ok. Lupakan pasal kebosanan aku ni dulu. Aku nak story pasal tajuk kat atas tu. Kerana dia? Lagu ke? Eh, bukan la. Salah tu. Dia yang aku maksudkan semestinya la AJT. Kerana dia, aku sengsara. Kerana dia, aku stress. Kerana dia, aku rasa give up. Haha. Kuat betul penangan dia ni kan?
Honestly, aku dah rasa semakin bosan untuk menghadap perangai AJT yang makin lama makin melemaskan aku. Dia sekarang ni semakin kuat mendesak. Aku tak suka selalu didesak. Buat aku jadi tension. Aku suka suasana kerja yang tenang. Bukan kelam kabut macam tu. Tolong la faham. Susah sangat ke nak faham kehendak or keperluan orang bawahan ni? Haissshh..
Tadi kan aku pergi ke kementerian sebab nak siapkan satu kerja tu. Awal-awal lagi aku dah kena marah dengan bos sebab kitorang gerak lambat. Masalahnya bukan aku yang drive ok! Nak marah-marah kenapa?
And then, bila dah sampai kat kementerian, baru aku perasan purse aku tertinggal dalam laci meja kat pejabat. IC takde. Mujur la aku bawak pas keselamatan tu. Kot-kot kena tahan dengan imigresen ada jugak back up. Kot-kot la kalau dorang tak boleh nak bezakan aku ni warganegara Malaysia ke bukan. Haha.
Lama jugak la kitorang nak siapkan kerja tu. Ambik masa jugak sebab bertiga je buat. Sedangkan benda yang perlu dibuat tu agak banyak jugak la. Bayangkan la, rehat pun kitorang tetap bekerja. Turun la sekejap cari makan. Dalam pukul 3.30 petang kitorang balik ofis semula. Then terus pergi pantri makan-makan kuih sekejap.
Lepas tu aku balik ke meja semula. Tapi ditahan oleh AJT tu. Dia tanya pasal buku yang dia mintak masa dia suruh Abang Mokthar call Abang Mat. Actually Abang Mat lupa nak tanya kat pegawai yang berkaitan dengan buku yang AJT mintak. So, aku terpaksa tipu sebab tak nak dengar dia bising. Lagipun, takkan aku nak bagi Abang Mat kena marah pulak kan? Sori AJT. Terpaksa ok! Hehe.
And yang pastinya, esok kitorang kena pergi sana balik. Kena settlekan kerja yang tak sempat disiapkan tadi. Rasa macam malas. Nasib baik la sampai tengah hari je. Kalau tak mau muntah menghadap benda tu je sepanjang hari kat dalam bilik yang tak berapa nak sejuk. Haha.
Masa balik tadi, aku jumpa Kak Salina. Dia belanja aku makan kat Kafe Mawar dalam Dayabumi tu. Rezeki jangan ditolak kata orang. Haha. Thank you kak sebab belanja orang tadi. Kak Ziha pun aku nak wish jugak la thank you sebab pernah belanja aku and buatkan something special untuk aku haritu. Haha. (Esok sure aku kena belasah dengan Kak Ziha.. Dia ganas woo.. Kalah aku yang rimau ni.. Hik hik hik)
Nota Cik Rimau : Malam ni Cik Rimau rasa tak berapa sihat. Kepala pening and perut pulak sakit. Tak bestnya.. Hurmm..
9 ulasan:
Kot-kot kena tahan dengan imigresen ada jugak back up. Kot-kot la kalau dorang tak boleh nak bezakan aku ni warganegara Malaysia ke bukan. Haha.
nais! kalau kena tahan gak memang tatau nak kata. haha
Pergi Haji Guna Wang Kertas Haram, Lebih Keji Dari Babi?
Haha.. tu la.. xkan dorg xley nak beza muke warganegara dgn bukan.. sy warganegara yg sah.. hehe
AJT tu ape
hehe.. kumbang bace la entri sblom nie.. AJT singkatan gelaran utk someone kat ofis sy yg suke sakitkan ati org lain.. huhu..
ololo..sape eh org brtuah yg dirindui itu?;)
cpt2 mkn ubt tau!:)
wei rimau..ko tgk aku dah jdi pengikut ko yg ke 71 tau!!!cepat2 bg hadiah..hahahah
paling tension bila kena arah buat tu buat ini...grrr...tapi nak buat cam ner kan..makan gajii
Echah : Bukan rindu la.. Haha
Ila : xde adiah2.. pelempang nak.. haha.. wei.. ko buat ape ot harini ha?? :-)
Amry : yup.. memang tension kalau tgh byk kerja tibe2 kne arah buat mcm2... sgt boring lau mcm tu.. hehe
Catat Ulasan