Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

06 Mac 2011

Kursus Teambuilding Bahagian Khidmat Pengurusan

Assalamualaikum and selamat malam semua..

Aku takde mood nak update blog ni sebenarnya. Takde idea and takde cerita. So, dari tadi aku dok merayap ke blog orang lain. Baca-baca entri. Kalau aku rasa ada benda aku nak cakap, aku komen. Tak tau nak cakap apa, aku kacau kat shout box je. Hehe. Memandangkan aku takde cerita best nak story malam ni, boleh tak kalau aku nak mengimbau memori dulu-dulu? Tak boleh? Ah.. Tak kira. Nak jugak! Haha. (Gila cakap sorang-sorang)

Ok. Tadi aku tengah layan gambar-gambar masa Kursus Teambuilding Bahagian Khidmat Pengurusan kat Pulau Pinang. Tiba-tiba je rasa nak putar balik masa. Kursus paling best aku pernah join tahun lepas. Aku malas nak cerita panjang. Malam ni kita layan gambar jela ye. Aku nak layan facebook pulak malam ni. Hehe. So, layan..

Masa ni tengah tunggu nak naik bas. Abang Mok tengah setting kamera sambil diperhatikan oleh Ila Kecik.

Bas dah memulakan perjalanan. Tengok Ain tengah gila.. Haha.

Baru je sampai kat Penang.

Berhimpit macam dalam tin sardin je. Masa ni nak pergi ke tempat kursus.

Sampai ke tempat yang dituju. Air Itam, Pulau Pinang. Kat atas bukit ni.

Sesi ice breaking and perkenalkan nama kumpulan.

Ini la kumpulan aku. Semut ok. Tak semangat betul. Hehe.

Ini ahli kumpulan aku. Tengah melukis logo kumpulan.

Main tali. Lupa dah macam mana nak lepaskan dua tali tu daripada terikat. Pusing-pusing je. Kreatif la. Huhu.

Ini bilik tidur yang disediakan. (Pinjam gambar yang orang lain tangkap)

Ini dapur. Macam kat rumah tau.

Hari kedua. Bersedia nak pergi buat aktiviti lasak.

Geng-geng lelaki Bahagian Khidmat Pengurusan.

Tengah tunggu giliran nak buat flying fox dengan apa entah lagi satu tu.

Aku tak berani nak main benda ni la. Gayat ok!

Flying fox. Mula-mula orang yang jaga tali tu lepaskan aku, aku jerit tak ingat dunia. Gayat siot. Tapi bila dah sampai ke tengah rasa macam best pulak. Hehe.

Balik ke tempat penginapan selepas penat main aktiviti lasak. (Lasak ke? Lasak la jugak. Hehe)

Penat-penat macam ni, minum air kelapa pun best jugak. Kelapa tu ditaja oleh Ketua Seksyen Kewangan. Ada jugak makan durian. Tapi tak jumpa gambar. Hehe.

Aktiviti malam. Ada karaoke la kat sini.

Ini semua kaki karok ni. Termasuk la aku. Aku rasa, aku paling banyak melalak kot malam tu. Hehe. Sepatutnya ada poco-poco malam tu. Tapi dibatalkan.

Aktiviti hari ketiga. Tak ingat nama penceramah tu. Tapi dia best tau.

Semua pakai baju yang ditempah khas untuk kursus ni. Hijau je. Cantik. Hehe. Masa ni ada game yang kena bagi bola kat semua orang dalam masa yang singkat.

Ini pulak game yang kena turunkan batang apa entah sampai ke bawah. Tapi kena seimbang je sampai la ke lantai.

Dah penat main, makan la pulak. Sepatutnya ada satu game lagi ni. Main lompat tali. Tapi tak jumpa la gambar tu.

Bergambar sebelum merayap sekitar Penang di waktu petang.

Masa ni dorang bantai borong jeruk and asam. Aku tak minat jeruk or asam ni. So tengok jela. Hehe.

Berposing sekejap dengan kawan-kawan yang lebih kurang sebaya je.

Jejaka-jejaka Bahagian Khidmat Pengurusan. Ada yang bujang lagi ni tau. Haha.

Dorang ni memang kaki posing betul.

Ini masa singgah kat tepi laut tu. Bergambar tengah panas. Hitam kulit sekejap.

Masa untuk makan la pulak lepas dah penat merayap.

Tau tak area mana ni? Aku lupa la. Hehe.

Malam terakhir. Ada BBQ and poco-poco.

Antara yang join poco-poco. Aku duduk tepi je sebab tak mau berpeluh malam-malam. Tak mau mandi dah. Sejuk wei kat situ. Atas bukit la katakan.

Malam akhir ni pun ada sesi karaoke jugak. Cuma aku nyanyi satu lagu je sebab malam ni ramai sangat join. Malu den. Aku nyanyi lagu Bukan Cinta Biasa je sebab malam tu suara tak berapa nak power and mikrofon yang dah mula bengong. Hehe. Yang baju hitam tu la Pak Syed ok. Tepi tu Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan. Orang Nogori ni. Comel kan?? Hehe.


Nota Cik Rimau :Kursus paling best Cik Rimau pernah pergi setakat ni. Suka gila. Dapat berkenalan lebih rapat dengan staff seksyen lain. Walaupun kitorang satu bahagian, tapi dibahagikan kepada empat seksyen berlainan. Dapat berkumpul sama-sama pun time mesyuarat and kursus-kursus yang macam ni la. Kalau ada lagi, rasa nak join la. Hehe. (Kalau masa tu adik aku balik la. Hurmm)

11 ulasan:

Unknown berkata...

wah cik rimau, besh nyer....atok tak ponah poie lagi kursus team building camni....macam sonok

Cik Rimau berkata...

hehe.. meh dtg JPBD ni ha.. Atok masuk sini, sah2 la duduk satu bahagian dgn rimau.. hehe.. xkan xpenah g tok? memang best pon.. seronok gile la.. hehe

Mohamadazhan.com berkata...

salam

menariknya gambar2 tu, memang enjoy :)kat mana ek ait itam tu..dok pk ni ?

albalang berkata...

team building mmg seronok.. letihnya cuma rase bila balik sampai kat umah..

Cik Rimau berkata...

Azhan : Air Itam kat Pulau Pinang lor.. Hehe..

albalang : yup.. best mase kat kursus.. sampai kt umah kne pk nak basuh baju plak.. adeh.. satu beg besar lak tu.. huwaa

Fadzli Amir berkata...

Pasembur tu kat gurney drive...hehehe

Cik Rimau berkata...

Fadzli : kat situ ek?? x ingt la.. tau singgah je.. hehe

Tanpa Nama berkata...

teambuilding mmg best ! pengalaman yg xleh lupa bila kne kursus kat kem askar utk 3 hari. gilaa..

Cik Rimau berkata...

ye.. memang best.. memang tujuan utamanya pon utk eratkan hubungan antara ahli-ahli, kawan-kawan sekerja or seklas.. buat mcm2 xtvt yg best.. sbb tu best.. hehe

Unknown berkata...

maso blaja dulu ado...maso kojo ni x ponah laie

Cik Rimau berkata...

atok : lau mcm tu kne cri la tmpt kojo yg ado kursus cmni tok.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...