Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

14 Februari 2011

Harimau Yang Terlebih Rajin!!

Salam...

Hai semua. Abaikan tajuk aku kat atas tu. Saja nak kasi gempak. Psstt.. Hari ni Hari Valentine ek? Ada sape-sape sambut? Bagi yang beragama Islam, jangan la amalkan budaya menyambut Hari Valentine ni. Bukan budaya kita ok. Korang sendiri pun dah tau kan cerita sebenar di sebalik sambutannya pada 14 Februari setiap tahun. Jangan terpengaruh konon-konon Hari Valentine ni hari untuk berkasih sayang. Takde maknanya ok! Nak tunjuk rasa kasih or sayang kita tu, bila-bila pun boleh. Setiap masa and di mana-mana sahaja. Tapi biarlah pada orang yang sepatutnya and kena pada caranya. Apa-apa pun, jangan sambut ye. Hehe.

Harini cerita aku pasal ofis lagi. Aku rasa la, harini antara hari yang tenang sebab masing-masing sibuk menyiapkan kerja yang kena ada kat meja Ketua Jabatan Jumaat ni nanti. AJT pun senyap tak berbunyi. Bad mood agaknya. Tapi lagi bagus. Aman sikit kitorang. Cuma masa nak balik tadi dia desak aku siapkan kerja yang dia nak. Tersepit aku antara dua orang bos. Haisshhh.


Pagi tadi Cik Nita bagitau kitorang yang kedudukan tempat duduk akan berubah untuk kelesaan semua orang. Pada mulanya aku macam tak berapa nak suka jugak la sebab kena duduk dekat dengan pintu belakang SSM. Berdua je pulak tu duduk kat belakang tu. Tapi bila difikirkan balik, banyak jugak kelebihannya. Antaranya :


  • Lebih dekat dengan pantri - Kalau nak makan tak payah nak menapak jauh nak pergi basuh tangan. 
  • Lebih dekat dengan pintu keluar - Kalau nak keluar awal, boleh menyelinap tanpa disedari oleh sesiapa pun. Haha. And tepat 4.30 petang, sah-sah kitorang dah hilang. 
  • Lebih dekat dengan mesin faks and printer besar - Mesin faks tu aku tak heran sangat sebab aku tak guna sangat pun mesin tu. Printer tu yang penting. Sebab tu printer yang semua orang guna (kongsi). Pc aku pulak memang takde printer sendiri. So, asyik guna printer utama tu jela. Bila dekat dengan aku, takde la kena jalan jauh semata-mata nak ambik apa yang aku print.
  • Ruang lebih luas - Memandangkan hanya aku and Kak Ziha je yang ada kat situ, mungkin ruang yang kitorang ada lebih luas daripada yang sekarang ni. Boleh la letak banyak barang. And boleh la aku pakai balik kabinet aku dulu tu. (Itu pun kalau ada ruang lagi la). Tapi yang tak bestnya jauh dari Abang Mok. Tak dapat la kacau dia dah macam selalu. Haha.
  • Jauh dari orang lain - Yang ni mungkin boleh bagi privasi sikit kot. Haha. Yerla kan. Bila dah jauh dari orang lain, aku boleh la buat hal sendiri. Hik hik hik. Bergosip berdua dengan Kak Ziha. Tengok movie sama-sama ke. And yang paling best, jauh dari AJT. Sukanya!!!


Aku tak pasti bila arahan perubahan tempat duduk tu akan berkuatkuasa. Tapi dengar cerita dalam masa yang terdekat ni. Agak teruja jugak la nak tau macam mana rupanya lepas diubahsuai kedudukan tempat duduk tu nanti. Heheh.

Hurmm.. Macam yang kita semua tau, esok Maulidur Rasul. Maknanya cuti umum. Tapi aku kerja esok tau. Bukan diarahkan. Aku yang rela hati. Takde la rela sangat pun. Hehe. Memikirkan kerja aku banyak tak siap lagi, aku kena la datang. Hope esok dapat siapkan semua kerja tu. Hari Rabu nanti kalau boleh aku nak fokus siapkan kerja yang kena buat ramai-ramai tu. Takde la serabut sangat nanti. Ye tak? 

Actually aku tengah pening ni. Fikirkan adik aku nak mohon tukar tempat belajar. Boleh ke dia tukar tempat study ni ek? Haiisshh.. Pening-pening.


Nota Cik Rimau : Ada sesape nak temankan Cik Rimau OT esok? (Cik Rimau tak claim OT pun tau.. Huk huk huk)

4 ulasan:

Mr.J berkata...

hi.. salam kenal dari Borneo. .. cuti x gi jejalan ke.

Cik Rimau berkata...

Hi.. salam kenal.. x jln2.. siapkan kerja kt ofis.. huhu

amry berkata...

banyak juga kelebihan tukar tempat duduk tu erk..paling best, tepat 4.30 hilang. hahahahahahahah

Cik Rimau berkata...

Haha.. Tau takpe.. Best woo.. Dah memang plih WP1.. Sah2 4.30 dah hilang.. haha.. Susunan pon mcm best jugak.. Tapi tadi ade perubahan susunan sikit.. Hurmmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...