Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

19 Februari 2011

Lagi Lagi Kerja..

Salam...

Selamat pagi semua. Aku sekarang ni kat pejabat. Tengah tunggu arahan daripada bos. Tak tau nak buat apa. Aku nak buat kerja sendiri. Tapi terpaksa siapkan kerja ni dulu. Haisshh..

Tadi Abang Mok kata nak datang. Tak tau la jadi ke tak. Ada ke patut pagi tadi dia hantar message kat ym aku dengan ayat yang saja nak menakut-nakutkan aku. 

"mana hantu mana hantu mana mana mana... huhu jaga2 ada hantu dalam stor yg slalu sy tido tu.... rambutnya panjang..... slalu sy nampak"

Jahat tak? Aku dah la sorang-sorang masa tu. Selalu pulak dengar cerita pasal hantu kat office ni. Nasib baik siang-siang ni. Kalau malam dah lama aku cabut. 

Aku rasa tak lama kot aku kat office ni. Siap je kerja karang aku balik la. Buat apa lama-lama. Bukan dapat siapkan kerja aku pun. Dah la pagi-pagi tadi kena pulak "travel" ke Taman Melati semata-mata nak ambik kunci. Tak sangka pulak perjalanan naik LRT dari LRT Bangsar ke LRT Taman Melati ambik masa hampir 30 minit. Memang boleh buat mata tertutup rapat la jawabnya. Haha.

Then aku turun balik kat LRT Masjid Jamek ambik teksi nak ke office. Malas aku jalan kaki. Haha. Sampai office tak ramai orang pulak. Ada la sorang dari Seksyen Pentadbiran. Aku terus naik ke SSM. Bukak lampu semua. Aku tengok lampu kat pintu utama SSM tak dimatikan. Tak tau la sape yang last balik semalam.

Tak lama pastu Kak Su datang. Dia belikan aku bihun tu. Macam tau-tau je aku tak sempat nak sarapan pagi tadi. Hehe. Rezeki jangan ditolak ok. Makan dulu then mulakan kerja. Puan Nurul sampai dalam pukul 11 lebih. Tak lama pastu Abang Mok pulak sampai. And baru kejap tadi big boss sampai dengan dua orang anak dia. 

Hurrmm... Bos sudah panggil ni. Malam nanti aku story lagi.


Nota Cik Rimau : Nak balik awal.. Agak-agak dapat tak? Hehe. Tak nak la sampai Zuhur pulak...Haiisshh

2 ulasan:

Unknown berkata...

Arini kojo? la....siannya.

Cik Rimau berkata...

Huhu.. nak buek camno.. hehe.. smlam kan ktrg xmau balik lmbat.. so smbung hrni.. tp penat tol.. kne ambik kunci lg.. tp respek ar kat big boss.. turun jugak tu hari sabtu mcm nie.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...