Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

27 Mac 2011

Betul Ke Antara Lelaki Dengan Perempuan, Tak Wujud Persahabatan?

Assalamualaikum and selamat malam..

Malam ni tiba-tiba rasa nak cakap pasal tajuk kat atas ni. Betul ke korang? Selalu sangat aku dengar. Even dalam drama pun, kadang-kadang ada sebut pasal ni. Kononnya, antara lelaki and perempuan takkan pernah ada hubungan persahabatan. Mesti akan ada salah satu pihak, tak kira sama ada pihak lelaki or pihak perempuan, akan simpan perasaan sayang @ cinta kepada pihak yang satu lagi. Iya ke? Korang setuju ke dengan statement tu? Kalau tanya aku, for sure aku akan jawab sangat TIDAK setuju.

Kenapa aku tak setuju? Sebabnya, aku ada ramai member lelaki. Masa sekolah dulu pun, aku lebih rapat dengan member lelaki berbanding perempuan. Bukan aku gatal ye. Tapi aku lebih senang nak bercerita dengan dorang. Kadang-kadang nak bercerita tentang perasaan pun dengan dorang. Walaupun aku rapat dengan member lelaki, tak pernah pulak aku ada perasaan yang lebih daripada rasa sayang terhadap seorang sahabat. Dorang pun aku sure tak pernah ada feeling lebih daripada tu kat aku. (Aku tak cantik. Memang dorang tak pandang kot. Haha)

Aku tau kebanyakan hubungan cinta, dimulakan dengan persahabatan. Tapi tak semestinya, bila berkawan dengan member yang berlawanan jantina, rasa sayang or cinta akan wujud. Mungkin ada la kes-kes macam ni. Aku tak nafikan. Kalau kita kenal someone ni dari kecik, selalu bersama and kongsi perasaan antara satu sama lain, kemungkinan besar akan wujud perasaan tu. Boleh jadi jugak kan? Tapi ada jugak kes yang dah kenal bertahun, tapi perasaan tu tak pernah wujud. Semua bergantung pada hati. Ye tak?

Sebab tu la aku tak setuju kalau ada yang kata antara lelaki and perempuan takkan wujud persahabatan. Pokok pangkalnya terpulang pada hati masing-masing. Aku sendiri pun ada member lelaki yang rapat. Ada la sorang tu. Sangat-sangat memahami aku. Setiap kali aku ada masalah, dia macam dapat rasa je. Kalau aku balas komen kat wall Facebook tu dengan ayat-ayat pendek, laju je ada message masuk. Tanya kenapa tulis ayat-ayat macam tu. Aku ada masalah ke tak. Aku pun rasa senang nak bercerita dengan dia. Walaupun masa sekolah dulu dia pernah buat aku mengamuk sampai tumbuk dinding, tapi entah macam mana sekarang ni, dia la yang selalu ada untuk aku luah perasaan. Tak kira la lepas geram ke apa ke. Dia pendengar yang baik. Selalu bagi aku nasihat setiap kali aku cerita apa-apa kat dia. 

Aku suka berkawan dengan dia. Tapi setakat ni, tak pernah lagi ada perasaan yang tak sepatutnya. Baik aku, mahupun dia. Masing-masing tak pernah and takkan ada perasaan yang lebih daripada seorang sahabat. Nampak dah kan? Lelaki and perempuan boleh berkawan. Sape kata tak boleh? Meh aku baham korang. Haha. :-)


 
Nota Cik Rimau : Tadi kawan baik Cik Rimau tanya Cik Rimau reti ke tak buat apa entah guna flash player. Cik Rimau mana tau. Cik Rimau dulu belajar programming je. Tu pun sempat belajar sikit je sebelum Cik Rimau berhenti belajar. Tak dapat Cik Rimau nak menolong. Huhu.

22 ulasan:

mai berkata...

tak setuju jugak. macam cik rimau, mai pun ada bestfriend lelaki. yang penting hati kita ;)

Encik Amman berkata...

ya.. penyataan itu tak buleh diterima.. daku mempunyai kawan2 wanita yang benar2 menerima kita sebagai kawan.. aku pun anggap macam kawan je..kitrg bersahabat baik.. bergelak ketawa happy2 enjoy2.. n bila kita berkawan dengan jantina yg berlainan kita akan ada pengalaman yg lain dan agak seronok bila berkongsi.. kan cik rimau? jgn baham sy.. sy tak kawin lg ;p

nuRaisha Azmi berkata...

tak jugak
sebab kawan laki lagi senang kite nak cer masalah sebab diorang ni cakap direct so walaupun pedih ayat diorang tapi tu la realiti haha :D

elianesuriane berkata...

xstuju jgk...
atra lelaki n prempuan bley wjud prshbtn..

wardah raihan berkata...

kalau ikutkan la.. mmg x kene langsung pernyataan tu.. guys n gurl cannot be friends? kalau gitu g dduk marikh la.. x yah berkawan.. hehe.. pelikpelikpelik -.-'

Fadzli Amir berkata...

Same gak...memang buleh wat kawan...mungkin ada kes2 terpencil kot, macam dalam drama atau filem...hehehhe...rasa tak de masalah....

Unknown berkata...

tapi bagi yang dah berkahwin takut gak...even kita menganggap biasa tapi pasangan kita tu cemburu

kay_are berkata...

betul sangat tu.. yang penting nye niat tu kne r betul baru r xde datang feeling2 kat member2 len jantina tu.. huu

rj Etika berkata...

hoh! sape kate ni? itu semua dusta! kawan baik saya lelaki kot.
Kan Encik Amman kan. hahahaha.

Cik Rimau berkata...

mai @ wawa : betul tu.. bestfren lelaki kdg2 ag best drpd pmpuan.. sbb pempuan ni kdg2 xsimpan rahsia.. hehehehe

Cik Rimau berkata...

encik amman : yup betul.. die bole bljar dr kite.. kite boleh bljar dri die.. kan kan kan? tp xsume bnde la bole share dgn bestfren laki.. ade certain2 hal je.. hehehe

Cik Rimau berkata...

nuraisha : betul tu.. kwn laki ni, walaupon kdg2 mulut lepas je, nasihat pon nak ayat kasar je, tp ok la tu kan.. dorg bgtau bnde btul.. hehehe

Cik Rimau berkata...

elianesuriane : ye betul.. hehehe

Cik Rimau berkata...

wardah raihan : itu la pasal.. kalau btul la mcm tu kan, bape kali la kite nak jatuh cinta kat berapa byk laki ntah.. dah kononnye kwn dgn laki xbole.. msti ade cinta.. bygkan berapa kali kite jatuh cinta.. haha

Cik Rimau berkata...

fadzli : hehe.. btul.. kalau timbul la masalah mcm tu kan, baik asingkan je lelaki and permpuan.. xyah kwn langsung.. huhu

Cik Rimau berkata...

atok : kalau dah kwin tu, kne kurgkan la kot jmpa or sembang dgn member lain jantina nie.. elakkan keruntuhan rumahtangga.. tp kalau soal berkawan tu, rasenye xde masalah slgi xlebih batasan.. kan tok? hehe

Cik Rimau berkata...

kay_are : sume terpulang pd hati.. n macam kay_are ckp.. niat kte berkawan tu atas dasar ape.. klu niat btul, ikhlas berkawan, memang xtimbul persoalan nie.. :-)

Cik Rimau berkata...

rj Etika : uik.. mrhnye.. bestrfen encik amman ke nie.. hak3.. xdela.. sllu terdengar la.. hehe

Muhammad Izuan berkata...

wahai cik rimau, ketahuilah... perempuan dan lelaki itu tidak sama. langsung tidak sama. sama sekali tidak sama. memang ada yang ikhlas. tp fitrahnya lelaki memang sukar membendung perasaan(nafsu pada perempuan) kecualilah lelaki itu bapuk yg meminati kaum sejenis. oleh itu batasilah pergaulan. perempuan boleh berkawan 100% ikhlas. tetapi tidak lelaki. boleh ikhlas, tapi bila dah rapat sgt, dia akan mengaum gak cam rimau. haha

Cik Rimau berkata...

Muhammad Burn : yeke.. bukan ke pempuan yg cepat ade feeling bile kawn dgn laki.. laki kurg.. huhu

Muhammad Izuan berkata...

fakta mengatakan lelaki terangsang 20 kali ganda lebih dari perempuan dalam sehari. so kesimpulannya???
prempuan felling...
lelaki fell lain macam...

Cik Rimau berkata...

Muhammad Burn : hehe.. yela.. den xtau tu.. kih3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...